Google
 

Tuesday, March 29, 2011

Ujian memandu guna transmisi auto

KUALA LUMPUR: Pelatih yang mahu mendapatkan lesen memandu akan dibenarkan menjalani latihan dan ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik tidak lama lagi selepas kerajaan meluluskan penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu sedia ada yang menggunakan kenderaan transmisi manual. Berikutan itu, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata, kurikulum baru itu sudah siap sepenuhnya dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi selepas Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima peruntukan daripada kerajaan.

“Pelaksanaan sistem itu selaras permintaan orang ramai, manakala penambahbaikan silibus kurikulum akan turut memasukkan elemen nilai tambah untuk melahirkan pemandu kompeten, berhemah dan berdisiplin.

“Melalui sistem terbaru itu, calon mempunyai pilihan untuk menjalani ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik, berbanding sekarang yang membenarkan mereka menggunakan kenderaan manual sahaja.

“Kerajaan mendengar permintaan orang ramai berikutan penggunaan kenderaan transmisi automatik semakin meluas di negara ini. Saya tidak menjangkakan institut memandu akan menghadapi masalah untuk menjayakan sistem baru itu nanti,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Abdul Rahim berkata, penambahbaikan silibus bertujuan memantapkan kurikulum latihan memandu secara komprehensif bagi melahirkan pemandu yang bukan saja mahir mengendalikan kenderaan dan mengetahui peraturan jalan raya, malah meliputi penerapan aspek menyeluruh.

Bagi tujuan itu, suntikan input diperoleh daripada pelbagai pihak berkaitan, berkepakaran dan berkepentingan, termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Sementara itu, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) , Mat Aris Bakar, berkata penambahbaikan silibus berkenaan adalah yang pertama kali dalam tempoh 13 tahun kurikulum latihan memandu dilaksanakan setakat ini.

Pada Mesyuarat Agung PIMA di Kota Bharu pada 18 Mac lalu, beliau berkata, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, memaklumkan ahli persatuan bahawa kurikulum baru berkenaan lebih efektif serta membabitkan elemen kognitif dan psikomotor yang antara lain memberi penekanan terhadap aspek pengurusan risiko dan emosi.

“PIMA menyambut baik penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu ini dan akan memberikan kerjasama penuh menjayakannya. Pelaksanaan itu juga akan memerlukan kira-kira 12,000 tenaga pengajar di sebanyak 174 institut memandu seluruh negara menjalani kursus secara berperingkat,” katanya.

Mengenai laporan akhbar semalam yang memetik Solah sebagai berkata, ada institut memandu menggunakan khidmat tenaga pengajar tidak terlatih dan kenderaan tiada perlindungan insurans bagi melatih calon yang mahu mendapatkan lesen memandu, Mat Aris mengaku terkejut dan menegaskan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan keselamatan. - bharian


source

Harga kereta melonjak

GANGGUAN terhadap industri automotif Jepun yang dicetuskan bencana gempa bumi dan tsunami dijangkakan menjadi semakin buruk. Dalam beberapa minggu akan datang, pembeli kereta akan menghadapi kesulitan mencari model kenderaan dan warna yang diinginkan, sementara ribuan kakitangan kilang automotif mungkin akan diminta untuk tidak keluar rumah dan pengeluar kenderaan seperti Toyota, Honda dan lain-lain pula akan kehilangan pendapatan berbilion dolar.

Lebih dari dua minggu sejak bencana alam melanda negara itu, simpanan bekalan peralatan penting kenderaan, daripada cip komputer sehinggalah kepada pigmen cat, semakin berkurangan berikutan pengeluar bahan berkenaan terkial-kial memulakan operasi semula.

Berikutan komponen dan bekalan diangkut menggunakan kapal, penurunan sebenar bekalan masih belum dialami di kilang yang beroperasi di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

“Ini adalah kesan terburuk dalam sejarah industri pengeluar kenderaan,” kata Pengarah Urusan Advanced Research Jepun di Tokyo, Koji Endo.

Sebahagian besar industri automotif Jepun, iaitu pembekal kereta kedua terbesar di dunia, masih belum beroperasi.
Beberapa kemudahan pengeluarannya terjejas teruk akibat gempa bumi, namun dengan kekurangan bekalan air dan elektrik, tiada seorang pun yang mampu menyatakan bilakah ia akan kembali beroperasi seperti biasa.

Beberapa penganalisis automotif berkata situasi semasa berkemungkinan berlarutan sehingga musim panas.

Hitachi Automotive Systems, pengeluar komponen seperti pengesan aliran udara dan sistem kawalan pemanduan, masih menunggu pembekalnya memulakan operasi, selain ia turut berdepan dengan masalah sendiri.

Tidak lama lagi, pembeli kereta bakal berdepan dengan kenaikan harga kenderaan selain kekurangan pilihan, manakala beberapa warna kenderaan juga sukar didapati ekoran kemudahan pigmen cat di Jepun mengalami kerosakan.

Toyota dan Honda dijangka akan menutup kilangnya di Amerika Utara di mana Honda menyatakan pengeluaran kilangnya akan terganggu selepas 1 April walaupun sebahagian besar bahagian kenderaan dibina di luar Jepun, namun beberapa bahagian masih dikeluarkan di negara itu. – AP 


source

Proton Persona Terbakar


28 MAC 2011: Keadaan sebuah kereta Proton Pesona yang sedang terbakar selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km 17, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, dekat Teluk Kemang malam tadi. Bagaimanapun mangsa terselamat dalam kejadian itu. - Utusan/MD.SHAHJEHAN MAAMIN


source

Wednesday, March 23, 2011

Beransur-ansur henti import alat ganti kereta terpakai mulai 1 Jun

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kerajaan akan menghentikan import alat ganti dan komponen kereta terpakai secara berperingkat mulai 1 Jun tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria.

Dalam peringkat pertama, empat barangan kritikal akan dilarang daripada diimport iaitu pelapik brek, pengalas brek, tayar dan bateri, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat antara agensi-agensi kerajaan dan wakil-wakil dari Persekutuan Persatuan Alat Ganti Motor dan Kejuruteraan Malaysia (FEMPTAM) dan Persekutuan Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia (FAWOAM).

Rebecca berkata, melalui perundingan dengan peserta industri dan agensi-agensi kerajaan yang lain, semua pihak telah bersetuju larangan itu dilaksanakan secara beransur-ansur bermula dengan komponen dan alat ganti yang paling kritikal.

Beliau berkata, kementerian itu akan terus berbincang dengan peserta industri serta agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan untuk mengkaji piawaian yang akan diwujudkan sebelum mengambil langkah untuk mengenakan larangan seterusnya. - Bernama

Honda Insight Specification





Engine
Engine Type Inline 4 Cylinder SOHC 2 Stage i-VTEC+IMA
Fuel Supply System Honda Programmed Fuel Injection (PGM-FI)
Bore & Stroke (mm) 73.0 x 80.0
Displacement (cc) 1,339
Compression Ratio 10.8
Maximum Power kW[PS]/rpm 65[88] + 10(14) (Engine + Electric Motor)
Maximum Torque (Nm[kg-m]) 121[12.3] + 78[8.0] (Engine + Electric Motor)
Drive-by-Wire (DBW)
IMA System (Integrated Motor Assist)
Emission System Euro

Transmission
Transmission Type CVT
Steering
Gear Type Rack & Pinion (Electronic Power Assist)
Overall Steering Ratio 16.8
Turning Radius at Wheel (m) 5.17
Turning Radius at Body (m) 11
Turns, Lock to Lock 3.29
Braking
Front Disc
Rear Drum
Suspension
Front MacPherson Strut
Rear Torsion-Beam
Dimension
Overall Length (mm) 4,395
Overall Width (mm) 1,695
Overall Height (mm) 1,435
Wheelbase (mm) 2,550
Tread (Front) (mm) 1,480
Tread (Rear) (mm) 1,470
Curb Weight (kg) 1,201.2
Wheel Size 16" Alloy Wheels
Tyre Size 185/55R16
Spare Wheel Temp
Fuel Tank Capacity (litre) 40
Specifications may vary and are subject to change without prior notice.

Saturday, March 19, 2011

Yamaha 135 LC 2011 Malaysia Version

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd launched the new Yamaha LC 135 2011 at  Putrajaya yesterday.
The new model, a replacement for the current Yamaha 135LC is priced at RM6,118 for the auto clutch and RM6,668 for the hand clutch variant.










Type
Liquid-cooled, 4-Stroke, SOHC,
4-Valve
Cylinders
Single Cylinder
Displacement
134cm3
Bore x Stroke
54.0 x 58.7mm
Compression Ratio
10.9 : 1
Maximum Horsepower
8.93kW (8,500rpm)
Maximum Torque
11.79N.m (5,500rpm)
Starting System
Electric and Kick
Lubrication System
Wet Sump
Engine Oil Capacity
0.9 Liters
Fuel Tank Capacity
4.0 Liters
Carburetor
BS25 x 1
Ignition System
DC - CDI
Headlight
12V, 32W/32W
 
Type
Rotary Type 4-Speed
Primary Reduction Ratio
2.875
Secondary Reduction Ratio
2.600
Gear Ratios
1st: 2.833
2nd: 1.875
3rd: 1.353
4th: 1.045
Clutch Type
Automatic Centrifugal / Constant Mesh, Wet Multi-Plate
 
Frame Type
Diamond
Overall Length
1,960mm
Overall Width
695mm
Overall Height
1,080mm
Seat Height
775mm
Min. Ground Clearance
130mm
Dry Weight
105kg
 
Front
Telescopic
Rear
Monocross
 
Front and Rear
Hydraulic Single Disc and Drum
 
Front
70/90 - 17
Rear
80/90 - 17



source

Perodua Myvi SE 2011 Spyshot Pictures

Ini adalah gambar 'spyshot' Perodua Myvi generasi kedua yang diambil oleh pembaca blog Paultan, Azani. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, model ini dipercayai adalah Perodua Myvi SE yang lebih sporty berbanding model biasa.




source

PERODUA ubah sistem enjin turbo

2011/03/18

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melaksanakan transformasi kepada sistem enjin kereta keluarannya dalam tempoh dua hingga lima tahun ini, dengan mengutamakan ciri mesra alam dan penjimatan petrol.

Mengikut transformasi itu, dalam tempoh dua tahun ini, syarikat automotif nasional kedua itu akan menumpu kepada penggunaan blok enjin diperbuat daripada aluminium sepenuhnya dan enjin berkuasa turbo dwi suntikan.

Dalam tempoh tiga hingga lima tahun berikutnya pula, ia dengan kerjasama rakan teknikal yang juga pemegang sahamnya, Daihatsu Motor merancang menggunakan sistem enjin teknologi hidrogen dan air yang mesra alam.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata PERODUA sentiasa berusaha meningkatkan mutu kereta keluarannya dengan menumpukan kepada aspek penjimatan kos terutama penggunaan petrol.

Katanya, lebih penting lagi PERODUA akan mengurangkan penggunaan bahan berasaskan besi untuk sistem enjinnya yang boleh mendatangkan lebih banyak pencemaran, sebaliknya lebih kepada teknologi hidrogen dan air.

Bagaimanapun, katanya penggunaan enjin teknologi hidrogen dan air itu masih dalam peringkat kajian yang dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun akan datang. -bharian

Perodua Jangka Lancar Model Baharu

BESUT 18/03/2011— Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka melancarkan model baharu kereta kompak yang menampilkan reka bentuk terkini, lebih bergaya dan sporty pada Julai atau September tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu yang bakal diperkenalkan itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris sedia ada, MyVi, Alza dan ViVa.

“Bagi model baharu ini, kita juga mengambil kira komen pelanggan terhadap model sebelum ini.”

“Sebab itu setiap kali Perodua memperkenalkan model baharu, tentunya ia lebih baik daripada yang lama, umpamanya dari segi reka bentuk, enjin dan penjimatan minyak,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai model baharu itu, mahu pun mengesahkan ketika ditanya kemungkinan model baru itu membabitkan kereta sedan kompak dengan kapasiti enjin 1.5 liter.

“Ia kereta kompak yang mampu milik dan berpatutan, ia sesuai untuk semua golongan masyarakat, khususnya golongan muda,” katanya.

Pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan 195,000 unit tahun ini.

– BERNAMA

Wednesday, March 16, 2011

Gambar Myvi Baru

Ini adalah gambar Perodua Myvi baru yang dikirimkan oleh pembaca blog kakikereta, Hilmy Ibrahim. Terima kasih saya ucapkan atas kiriman gambar-gambar tersebut. Nampaknya, Perodua Myvi akan masih menjadi sambutan kerana rekaan terbaru ini lebih menarik. Mungkin Perodua akan melancarkan model ini tidak lama lagi. Sama-samalah kita nantikan.




Sunday, March 13, 2011

Fast Five Official Movie Trailer 2

This is another trailer or the second trailer from Fast Five movie. The first trailer can be seen here.

Saturday, March 12, 2011

[Spyshot] Proton Tuah Spotted

Proton Persona R aka Proton Tuah aka Proton Espire according to Proton website undergoing road testing at ELITE highway. Some Paultan reader, Daryl Loy spotted this car and snapped this pictures. Thanks to Daryl Loy for this awesome spyshots.






source

Friday, March 11, 2011

Replika kereta diperbuat daripada tanah liat

SEORANG lelaki melihat sebuah replika kereta yang diperbuat daripada tanah liat di sebatang jalan raya di London semalam

LONDON - Sebuah replika kereta Chevrolet saiz sebenar yang diperbuat daripada 1.5 tan tanah liat dipamerkan di daerah Clerkenwell di sini, lapor sebuah akhbar di sini semalam.

Replika model yang menelan belanja £6,000 (RM29,417) itu dibuat sempena pelancaran kereta model baru, Chevrolet Orlando yang memiliki tujuh tempat duduk.

Sebanyak lapan orang pengukir bertungkus-lumus menyiapkan ukiran kereta tersebut dalam tempoh dua minggu. - Agensi

source

Wednesday, March 9, 2011

Kerajaan Belum Buat Keputusan Tamatkan Import Barangan Dan Komponen Kereta Terpakai

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Kerajaan masih belum memuktamadkan rancangan untuk menamatkan industri mengimport barangan dan komponen kereta terpakai kerana perkara itu masih dalam perbincangan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kementerian berkenaan akan mengadakan pertemuan dengan pihak yang terlibat Jumaat ini.

"Terdapat pelbagai rancangan dalam Dasar Automotif Negara, namun sebelum dimuktamadkan, kita akan dengar maklum balas semua pihak," katanya kepada pemberita pada Seminar Pelaburan Domestik Nasional di sini Selasa.

Mustapa berkata kementerian itu menerima pelbagai cadangan serta memorandum daripada pihak yang terlibat dan semuanya akan ditentukan dalam rundingan lanjut tersebut.

"Kerajaan ada membuat cadangan supaya beberapa item yang kritikal di haramkan penggunaannya, namun ia baru di peringkat cadangan dan belum dimuktamadkan lagi.

"Kita ada pengguna kenderaan, penjual alat ganti dan orang awam, jadi kita harus buat pertimbangan yang seadil-adilnya. Kita tidak akan buat keputusan muktamad sehinggalah kita teliti pekara ini semasak-masaknya," jelas beliau.

Dasar Automotif Negara yang diumumkan pada 28 Okt 2009 menetapkan untuk menamatkan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai secara berperingkat-peringkat mulai Jun 2011.

Peraturan ini hanya terpakai untuk alat ganti dan komponen terpakai import. Ini selari dengan objektif jangka panjang kerajaan untuk mengharamkan pengimportan komponen automotif terpakai yang kurang bermutu dan tidak selamat.
 

source: bernama

Make a Sportcar From Perodua Kancil










source

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad