Google
 

Wednesday, July 25, 2012

PROTON Makeover - Satria GTI

Friday, July 20, 2012

Model gantian Perdana guna platform Nissan Fuga






Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter. Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.
“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.

Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.

Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.

Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.

Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.

Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.

“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.

“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.


source

Thursday, July 19, 2012

Saturday, July 14, 2012

Monday, July 9, 2012

Kereta mini jadi dinding rumah




KOTA BHARU - Idea kreatif guru digunakan sebaik-baiknya apabila beliau sanggup menjadikan kereta Mini miliknya dipotong kepada dua dan bahagian depan dijadikan landskap dinding luar rumah.

Kereta Mini yang dinamakan ‘Che’ Wo’ itu terhasil apabila pemilik rumah iaitu pesara guru, Abdul Rahim Abdul Kadir, 62 menjadikan ia sebagai salah satu tarikan pengunjung ke Taman Restu, di sini.

Lebih menarik, cetusan idea itu turut disokong isterinya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Norlin Othman, 57 yang juga meminati kereta antik.

“Idea ini diperoleh semasa menjadi guru, saya mengajar Kemahiran Hidup dan sudah biasa menjalankan sendiri sesuatu kerja kerana saya berasa puas apabila hasilnya tercipta.

“Bahagian kereta mini ini dijadikan sebahagian daripada pagar tepi rumah setelah ideanya saya cipta dan disiapkan pada 31 Ogos 2007 iaitu selepas saya bersara menjadi guru,” kata Abdul Rahim kepada Sinar Harian di kediamannya di Nombor 13, Taman Restu, di sini.

Abdul Rahim berkata, nama ‘Che’ Wo’ itu diabadikan memandangkan beliau adalah penghuni perintis di kawasan perumahan Taman Restu dan boleh dikatakan seluruh penduduk serta kenalannya memanggilnya ‘Che’ Wo’.

Kata beliau, sebelum kereta Mini itu dipotong kepada dua bahagian, beliau bersama isteri menggunakan kenderaan itu, namun setelah ia rosak, idea menjadikan landskap unik itu kemudiannya menyusul.

“Kami memang meminati kereta antik dan sebelum ini mempunyai dua kereta Mini, sebuah kereta Morris Minor, Nisan Fair Lady, Mazda Savana RX7 dan Mazda Neo, selain terdapat dua motosikal klasik.

“Dulu kami ada banyak motosikal klasik, tetapi memandangkan ramai yang berminat, kami menjualnya dan kini hanya simpan dua buah sahaja,” katanya yang mempunyai lima anak

Thursday, July 5, 2012

RON 97 turun lagi

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

 Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok. Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

 Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. -Bernama

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad