Google
 

Tuesday, December 28, 2010

Harga tender plat pendaftaraan kenderaan “MCA 1” RM300,100

28/12/2010 6:55pm

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Nombor plat pendaftaran kenderaan “MCA 1” telah ditender pada harga RM300,100 dan merupakan tawaran tertinggi untuk nombor plat di negara ini, setakat ini.

Kementerian Pengangkutan berkata, sebelum ini harga plat pendaftaran tertinggi ialah “TAY 1” yang ditender pada harga RM242,000 dan “TAN 1” sebanyak RM200,900.

“Pada masa sama, nombor pendaftaran kenderaan “MCA 2” turut ditender dengan harga RM101,000 dan “MCA 8” pada harga RM88,168.00. Manakala “MCA 888” mendapat tender terbanyak dengan 15 bidaan dan ia ditawarkan pada harga RM15,400,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - Utusan

source

Wednesday, December 22, 2010

Gran Turismo 5 Launch Trailer

Naza Forte PDRM

This time, PDRM choose Naza Forte to be another MPV for their officers. What a cool ride.






source

Monday, December 20, 2010

UPDATE; Kemalangan Bas Pelancong Thailand di Simpang Pulai

Korban nahas bas di Simpang Pulai meningkat 28

IPOH: Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

"Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang," katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

"Buat masa ini saya amat sedih...saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa," katanya.
- BERNAMA

source

Proton jual 4,000 unit Inspira sejak dilancar November

ALOR SETAR: Proton Holdings Bhd berjaya menjual 4,000 unit Proton Inspira di seluruh negara sejak dilancarkan pada November lalu.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata Proton Inspira yang juga model terbaru syarikat berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negara ini.
Ketika ditemui pemberita selepas perasmian Festival Proton 1Malaysia di sini hari ini oleh Datuk Bandar Alor Setar Datuk Khazali Din, beliau berkata syarikat itu mempunyai perancangan masa depan untuk mengetengahkan model yang berkonsepkan Siri Pahlawan di pasaran negara ini.
"Kami namakan konsep ini berdasarkan kepada lima pahlawan yang termasyhur pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi," katanya.

Lima model Proton Siri Pahlawan itu dipamerkan bersempena dengan Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 dari 3 hingga 12 Disember lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Syed Zainal Abidin berkata konsep ini dipilih untuk melambangkan imej pahlawan yang dikatakan kuat, sekali gus berupaya menggambarkan Proton semakin kukuh kedudukannya dalam usaha menghasilkan produk yang berkualiti kepada pelanggan.

"Kami sudah berjaya berada sampai ke tahap yang begitu baik sekali dan tahun ini sudah masuk tahun yang ke-25, Proton beroperasi. Siri pahlawan ini mampu memberi sinar baru kepada Proton dan membuktikan kegigihan kami kepada masyarakat luar," katanya.
Beliau berkata syarikat itu sedang membuat pertimbangan untuk memasarkan model berkonsepkan Hang Tuah dalam masa terdekat.

Pada Majlis Festival Proton 1Malaysia seramai 50 anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin di sini menerima sumbangan berupa wang tunai dan kelengkapan keperluan sekolah. - BERNAMA

source

Harga tayar naik

Peningkatan permintaan getah di pasaran dunia

KUALA LUMPUR: Produk berasaskan getah terutama tayar naik antara 6.5 peratus hingga lapan peratus bermula bulan ini berikutan peningkatan harga getah di pasaran dunia.

Syarikat pengeluar tayar Yokohama, Toyo, Bridgestone, Pirelli, Michelin, Falken, Hankook dan Kumho mengumumkan kenaikan itu susulan peningkatan harga getah dan bahan mentah lain berasaskan petrokimia seperti getah sintetik dan karbon hitam yang menjadi bahan mentah utama menghasilkan tayar.

kk: Kenaikan ini pasti akan membebankan para pengguna kenderaan. Dengan kenaikan harga minyak dan harga barang, berita ini amat menggusarkan para pengguna kereta. Untuk pengguna kereta yang mempunyai rim sukan yang besar, penuhkan poket anda atau tukar rim sukan anda kepada rim standard 13".

source

Tragedi bas pelancong terbabas


IPOH 20 Dis. – Jumlah kematian dalam tragedi bas pelancong terbabas ketika menuruni Cameron Highlands di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini disahkan seramai 23 orang.

Ketika ini, 19 disahkan mati di tempat kejadian, manakala empat lagi penumpang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. – Utusan

UPDATE: Jumlah kematian bertambah menjadi 26 orang

IPOH 20 Dis. – Tiga rakyat Malaysia turut terbunuh dalam nahas bas pelancong yang terbabas di Simpang Pulai hari ini.

Ini bermakna jumlah korban dalam tragedi bas tersebut meningkat kepada 26 orang.

Ketiga-tiga mereka adalah pemandu bas tersebut, Omar Shahidan, 48, serta pemandu kedua dan pemandu pelancong yang belum dikenal pasti identiti masing-masing.

Bas tersebut yang bernombor pendaftaran AFX 2266 membawa 34 penumpang warga Thailand ketika kejadian dan dipercayai dalam perjalanan dari Cameron Highlands. – Utusan


Gambar bas sebelum kejadian.
Crdt picture to public.bay.livefilestore.com

source

Sunday, December 19, 2010

Cycle Bike

Ini mesti kerja budak-budak sekolah yang tengah mengidam nak bawak motor. Tak dapat motor, coverset pun jadi. Sekali tengok gempak jugak.

Proton akan Melancarkan Persona R Menjelang 2012

Proton akan melancarkan Proton Persona R dalam tempoh 2 tahun lagi. Model Persona R adalah berdasarkan model konsep Proton Tuah yang dipamerkan di KLIMS 2010 baru-baru ini.

2011 Honda CBR250R Specifications

The Kawasaki 250 Ninja has been the leader of the entry-level sportbike class since arriving on American shores in 1986, mostly due to the lack of competition.

But this will all change for 2011, as Honda released the CBR250R stateside. The lightweight sportbike will bring the attractive styling of its older brothers to the entry-level sportbike rider, all with at an affordable price (price will be announced in November).

Bill Savino (Honda Powersports Press Manager) says: "This is really an amazing machine we're adding to Honda's list of models for 2011.

The new 2011 Honda CBR250R is specifically aimed at new riders, yet it's packed full of high-tech features and offers great performance, all in a lightweight, affordable package. This new model expands another segment of the market for Honda buyers."

The Honda CBR250 R features an efficient 249cc, liquid-cooled single engine that features an all-new design with sophisticated four-valve DOHC cylinder head, engine counterbalancer, and fuel injection.

On the handling side, the lighweight Honda CBR250R features a diamond twin-spar steel frame plus a 37mm front fork and Pro-Link single-shock rear suspension, which provide impressive handling and a comfortable ride.

The Honda CBR 250 R will also be available with ABS. Colors are Metallic Black and Red Silver. Honda expects the bikes on the showroom floors in Spring 2011.

2011 Honda CBR250R | Features and Benefits

* The sophisticated, all-new Honda 249.4cc single-cylinder engine is thoroughly modern in design thanks to its dual overhead camshafts driven by a Hy-Vo-type chain, forked roller rocker arms, four-valve head, shim-style valve adjustment, counterbalancer shaft and liquid cooling.
* The Honda CBR250R has a single-cylinder engine that produces a remarkably broad torque curve with peak torque generated at an easily accessible 7000 rpm.
* Peak horsepower kicks in at 8500 rpm, well before the 10,500-rpm redline-further testimony to the wide spread of power.
* Such power characteristics facilitate easy, responsive operation while also returning impressive fuel economy.
* The crankshaft runs in plain bearings for quieter operation, and the big end of the connecting rod spins in a needle bearing.
* Gear-driven counterbalancer shaft helps quell engine vibrations for rider comfort. It's located so close to the crankshaft that the balancer weight passes between the two crank weights to keep the engine as compact as possible while boosting mass centralization.
* Engine countershaft sits lower than the mainshaft to further reduce the front-to-back engine dimension.
* Honda Programmed Fuel Injection (PGM-FI) continuously monitors several variables to ensure the correct fuel mixture for the existing riding and atmospheric conditions, thereby delivering optimal performance and remarkably crisp throttle response over a wide range of operating conditions, plus increased fuel economy.
* PGM-FI system incorporates an Idle Air Control Valve (IACV) to minimize torque reaction and smooth responses to small changes in throttle position.
* This is accomplished through gradual reductions of air and fuel intake when the throttle is opened and closed.
* Thanks to its single-cylinder configuration, the CBR250R incorporates a light, compact and fuel-efficient powerplant, resulting in an overall package that is remarkably compact and nimble for intuitive handling dynamics.
* The six-speed transmission works in concert with the engine's broad power delivery to produce quick acceleration plus admirable fuel economy during top-gear cruising.
* Diamond twin-spar steel frame plus a 37mm front fork and Pro-Link single-shock rear suspension provide impressive handling and a comfortable ride.
* ABS version available for enhanced braking characteristics.
* Base weight of only 359 pounds gives the CBR250R outstanding maneuverability and helps instill rider confidence.
* Stylish full fairing with windscreen deflects the oncoming wind to boost rider comfort.
* Sporting ergonomics keep the rider perched in a well-balanced seating position to deliver a natural feel and comfortable stance even over daylong rides.
* Full-sized 17-inch cast wheels return big-bike feel and handling traits.
* Fuel capacity of 3.4 gallons gives the CBR250R a cruising range of more than 200 miles.
* An external fuel filter maximizes fuel tank capacity while also easing fuel filter maintenance.
* Grab rails on the tail section are designed to fit gloved hands, giving passengers a dedicated handhold while riding two-up.
* A handy underseat storage area adds to the CBR250R's versatility.
* Multi-function digital instrument pod includes speedometer, tachometer, engine temperature display, fuel gauge, clock, odometer and trip meter.
* Exciting Honda CBR250R colors: Metallic Black and Red/Silver.

2011 Honda CBR250R | Genuine Accessories

* Seat Cowl
* Carbon Fiber Tank Pad
* Cycle Cover


2011 Honda CBR250R | Motorcycle Specs

Model: CBR250R / CBR250R ABS
Engine Type: 249.4cc liquid-cooled single-cylinder four-stroke
Bore and Stroke: 76mm x 55mm
Compression Ratio: 10.7:1
Valve Train: DOHC; four valves per cylinder
Induction: PGM-FI, 38mm throttle body
Ignition: Computer-controlled digital transistorized with electronic advance
Transmission: Six-speed
Suspension: Front: 37mm fork
Rear: Pro-Link single shock with five positions of spring preload adjustability
Brakes: Front: Single 296mm disc
Rear: Single 220mm disc
Optional ABS
Tires: Front: 110/70-17 radial
Rear: 140/70-17 radial
Wheelbase: 53.9 inches
Rake (Caster angle): 25.0°
Trail: 95mm (3.74 inches)
Seat Height: 30.9 inches
Fuel Capacity: 3.4 gallons
Color: Metallic Black, Red/Silver
Curb Weight*: 359 pounds / 368 pounds (ABS)
Price: TBA Nov. 11, 2011

source

2011 Honda CBR250R

Khabar angin mengatakan motor ini dikatakan akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun depan. Kehadiran motor ini pasti akan memberikan banyak pilihan untuk para peminat motor berkapasiti 250 cc.






source

Another Fast Five Movie Trailer

Saturday, December 18, 2010

RC Drifting

[Kreatif] Buat Motor dari Pemetik Api






Yamaha LC 135 VS C70 Petak

Honda C70 memotong Yamaha lc 135 dengan selambanya. Tolong jangan tiru aksi ini kerana boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain. Apa-apa pun tabik spring untuk C70.

Very Crazy Action

Please do not follow this action because it is very dangerous and your life is important than a little fun.

Wednesday, December 15, 2010

Proton Launched Proton Saga FL 2011


source

Fast Five Movie Trailer

Fast and Furious sequel is back. The 5th sequel of the movie will be known as Fast Five. Watch the movie trailer below.

Thursday, December 9, 2010

Perodua Bezza

Perodua revealed his own concept car at KLIMS 2010. This concept car called Perodua Bezza and personally I am really impressed with this car.


source

Wednesday, December 8, 2010

Proton Satria Neo R3 Concept

Proton Satria Neo R3 Concept at KLIMS 2010. This Proton Satria Neo R3 is powered by a Campro CPS engine tuned by R3 to make 200 hp and 250 Nm of torque. To reach that performance, the 1.6L Campro CPS gets a turbocharger, R3 forged pistons, steel conrod, performance camshafts, reworked cylinder heads, carbon airbox, a new exhaust system and management computer


source

Thursday, December 2, 2010

Proton Tuah Concept

Proton Tuah Concept at KLIMS 2010. This car will be the next generation of Proton Persona.

source

Wednesday, December 1, 2010

Proton Saga BLM Facelit R3

source

Ron 97 RM 2.30 Seliter Bermula Hari Ini

Bermula hari ini, 1 Disember 2010, para pengguna Ron 97 perlu membayar RM2.30 seliter untuk kenderaan mereka berikutan dengan harga minyak pasaran dunia yang meningkat. Minyak Ron 95 masih kekal dengan harga lama kerana ia masih disubsidi oleh kerajaan. Kenaikan ini pasti mengecewakan ramai pengguna Ron 97 kerana kenaikan ini walaupun hanya RM0.15/liter, ia pasti memberikan kesan yang besar dalam perbelanjaan bulanan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad