Google
 

Saturday, July 30, 2011

Motosikal paling panjang di dunia

COLIN FURZE menunggang sebuah motosikal yang mengandungi 25 tempat duduk di Grantham baru-baru ini.

GRANTHAM, Britain - Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu.

Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.

Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.

Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.

Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia. - Agensi


source

Friday, July 29, 2011

Saga FLX tawar lebih penjimatan

PETALING JAYA 27 Julai - Model Saga FLX Proton Holdings Bhd yang baharu dilancarkan, dijangka memberikan kecekapan bahan api yang lebih baik, kira-kira enam peratus, menerusi penggunaan teknologi transmisi pemboleh ubah (CTV) secara berterusan.

Versi yang dipertingkat itu menggunakan sistem tali sawat untuk mengubah kilas kepada kuasa, menjadikan penukaran gear lebih lancar serta mengurangkan pengunaan petrol yang memberikan pengalaman pemanduan yang lancar.

Pengurus Jabatan Ujian Kebolehsanaan Halid Deni berkata, syarikat itu sudah membandingkan kereta itu dengan modal sebelumnya (Saga FL), dan mendapati ia lebih ekonomi dan berdasarkan data, peningkatannya sekitar enam peratus.

"Model baharu itu juga dilengkapi transmisi automatik yang dipertingkat (SAT) - hanya untuk varian automatik - yang membolehkan sensasi penukaran gear tranmisi automatik enam kelajuan standard," katanya selepas pandu uji kereta itu di sini hari ini.

Model varian automatik sebelumnya hanya dilengkapi transmisi empat kelajuan standard manakala kedua-dua model masih menggunakan kapasiti enjin 1.3 liter yang sama.

Proton juga sudah meningkatkan ciri-ciri keselamatan dengan memasang kunci gear, kemudahan yang tidak disediakan pada modal sebelumnya.

Saga FLX, yang dilancarkan semalam, dijual pada harga atas jalan daripada RM38,598 (manual) hingga RM44,998 (automatik) di Semenanjung Malaysia dan daripada RM41,378 (manual) hingga RM47,798 (automatik) di Sabah dan Sarawak. - Bernama

source

Ken Block's newest racecar: The Hybrid Function Hoon Vehicle

Thursday, July 28, 2011

Beg udara: Harga kenderaan bakal lebih mahal

KUALA LUMPUR - Harga kenderaan dijangka akan mengalami kenaikan jika pemasangan beg udara diwajibkan dipasang pada setiap kenderaan pada 1 Januari depan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, pihaknya tidak menolak harga kenderaan perlu dinaikkan jika ada tambahan peralatan atau aksesori pada kenderaan tersebut.
"Memang sudah menjadi kebiasaan, jika ada sesuatu yang ditambah, harga kereta juga pasti tidak akan sama dengan harga sebelum ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam bahawa kementerian itu bersedia melonggar masa enam bulan lagi bagi membolehkan pekilang dan pemasang kenderaan di negara ini mematuhi peraturan baharu memasang beg udara dalam kenderaan keluaran mereka pada 1 Januari depan.
Cho Ha dipetik berkata, semua kenderaan kecuali pacuan empat roda akan dikehendaki dipasang dengan beg udara mulai tahun depan sebagai salah satu usaha mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
Difahamkan kos pemasangan beg udara bagi sesebuah kenderaan agak tinggi iaitu di antara RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada jenis kenderaan.

Mengulas lanjut, SM Zulkifli berkata, berikutan peraturan itu, pekilang dan pemasang kenderaan perlu membuat persediaan awal bagi memastikan peraturan tersebut dapat dipatuhi.
"Ini bukan isu baharu, kerajaan telah membuat pengumuman sebanyak beberapa kali, ini merupakan tanggungjawab semua untuk meningkatkan kualiti kenderaan di negara kita," ujarnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai isu tali pinggang keledar, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, isu itu sudah lama dibincangkan dan tidak sepatutnya menjadi masalah kepada pengeluar kenderaan.

source

Wednesday, July 27, 2011

CVT Vs Normal Automatic Gearbox

Graphs below show the advantage of CVT gearbox compared to normal automatic gearbox.




source

Proton Saga FLX Price




source

4,200 kereta di Singapura dipanggil semula

SINGAPURA 26/07/2011 : Kira-kira 4,200 kereta Honda yang dijual oleh Kah Motors di Singapura terpaksa dipanggil semula berikutan 200,000 kereta penumpang buatan Jepun itu di seluruh dunia dikesan mempunyai kerosakan di bahagian enjin.

Kerosakan skru enjin boleh menyebabkan masalah terhadap sistem penyejukan motor dan kemudiannya mungkin menyebabkan enjin berhenti. Syarikat berkenaan berkata, ia menerima 63 aduan daripada pelanggan di Jepun berkaitan masalah enjin akibat kerosakan berkenaan tetapi tiada yang menyebabkan kemalangan. - BERNAMA

Saturday, July 23, 2011

Proton Saga FLX CVT

Proton akan memperkenalkan Proton Saga FLX tidak lama lagi dan apa yang menarik tentang Proton Saga FLX ni dilengkapi dengan transimisi CVT 6 kelajuan. Spesifikasi penuh untuk model ini masih belum diketahui tetapi menurut Paultan, kemungkinan model baru ini dilengkapi dengan brek ABS. Harga dipercayai di bawah RM 50k dan 'soft launch' untuk model ini dijangkakan pada 25 Julai 2011.



source

Thursday, July 21, 2011

‘Jangan tergesa-gesa tukar lesen’

PUTRAJAYA – Inisiatif menyamakan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir pemilik lesen dijangka dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Namun selagi ia belum dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan mengingatkan hampir 12 juta pemegang lesen supaya jangan tergesa-gesa memperbaharui lesen masing-masing menjelang sambutan hari lahir mereka.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, lesen memandu hanya wajib diperbaharui apabila tamat tempoh.

“Pemilik lesen hanya wajib perbaharui lesen apabila tamat tempoh dan bukannya apabila tarikh lahir mereka tiba,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Akhbar semalam melaporkan kenyataan Cho Ha bahawa cadangan pelaksanaan skim itu bertujuan memudahkan orang ramai mengingati tarikh luput lesen memandu masing-masing

source

Wednesday, July 20, 2011

LENO GETS MCLAREN DRIVING LESSON

PDRM Berazam Kurangkan Kes Curi Kenderaan

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Polis berazam mengurangkan kejadian curi kenderaan selepas berjaya menangani jenayah ragut dan kecurian kecil menerusi kaedah pengawasan bersama orang awam.

Pengerusi Majlis Pengurangan Pencurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) Datuk Hadi Ho Abdullah, yang juga Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berkata sejumlah kenderaan dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion hilang akibat dicuri tahun lepas.

Ini berdasarkan indeks jenayah tahun lepas yang menunjukkan curi kenderaan menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks berkenaan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas bengkel tertutup dua hari anjuran VTREC dengan kerjasama Pemandu dan agensi berkaitan serta sektor swasta bagi membangun strategi memerangi jenayah curi kenderaan.

Hadi juga berkata jenayah itu mempunyai kesan yang ketara terhadap pengusaha insurans dan takaful kerana ia mungkin menyebabkan kadar premium meningkat, sekaligus membebankan pengguna.

"Dalam dunia jenayah tanpa sempadan kini, kumpulan dan sindiket penjenayah menggunakan transaksi elektronik serta kaedah sofistikated bagi mencuri kenderaan.

Hadi berkata VTREC akan mengemukakan semua saranan kepada Pemandu selain bekerjasama dengan pihak dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi memantau perkembangan pelaksanaannya.

Tuesday, July 19, 2011

Kereta isteri Putera William dilelong

SONNER BRAZIL bersama kereta yang pernah digunakan Kate Middleton.

LONDON - Sebuah kereta terpakai milik isteri Putera William, Kate Middleton gagal menarik sebarang bidaan selepas dua hari diiklankan untuk dilelong.

Kereta Volkswagen Golf 1.4 berwarna biru itu kini dijual menerusi laman lelong eBay dan ia pernah digunakan oleh Kate dan William semasa mereka belajar di Universiti St Andrews, Scotland.

Walaupun telah dibeli dengan harga £10,818 (RM52,511) di Edinburgh pada tahun 2001, pemilik sekarang, Sonner Brazil telah meletakkan harga £20,000 (RM97,072) kerana ia mempunyai sejarah.
Kereta itu hampir tidak digunakan sejak ia telah dijual oleh keluarga Kate.

Kate dan William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain berkahwin pada April lalu.
Pendaftaran pertama pemilik kenderaan itu tertera nama Kate yang membelinya pada November 2011, beberapa bulan selepas dia dan William menjadi rakan. - Agensi

source

Mahu elak bayaran, kereta hanyut ke laut

KERETA Alfa Romeo mula tenggelam akibat air pasang di sebuah pelabuhan di Portmouth, Britain pada Jumaat lalu.

PORTSMOUTH, Britain - Seorang pemandu di Britain kerugian besar semata-mata dia mahu mengelak daripada membayar tiket pakir berharga cuma £2 (RM9.60), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang mahu mengelak daripada membayar tiket parkir bertindak memilih untuk meletakkan keretanya secara percuma di tepi sebuah pelabuhan di sini daripada memasuki sebuah kawasan kereta berdekatan.

Pemandu itu kemudian menaiki tren untuk menuju ke London pada Jumaat lalu.

Namun, tindakannya memakan diri apabila keretanya mula dibanjiri air laut ketika air pasang dan beralih kedudukan kerana dibawa arus.

Kereta Alfa Romeo berharga £30,000 (RM145,507).

Polis gagal mengesan pemilik kereta itu tetapi berjaya menghubungi menantunya, Steve Sterling.

Menurut Sterling, bapa mentuanya akan kecewa apabila mengetahui mengenai kejadian itu. - Agens

source

London dibanjiri kereta mewah putih

TIGA buah kereta mewah, Maybach Xenatec (kiri), Ferrari 599 dan Bugatti Veyron diletakkan di Hotel Dorchester, London baru-baru ini

LONDON, Britain - Sekumpulan kasanova kaya dari Asia Barat tiba di pusat bandar di sini dengan menaiki puluhan kereta sport yang semuanya berwarna putih, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan jutawan berganda berkenaan singgah untuk menginap di sebuah hotel mewah, Hotel Dorchester, semasa mereka dalam perjalanan untuk menjelajah ke beberapa destinasi menarik di Eropah sempena percutian musim panas.

Antara kereta mewah yang dipandu mereka termasuk kereta sport Koenigsegg Agera R yang berharga £1 juta (RM4.8 juta), Bugatti Veyron berharga £1.2 juta (RM5.8 juta), Maybach Xenatec berharga £600 ribu (RM2.9 juta) dan tidak terkecuali, sebuah Ferarri 599 yang memiliki harga jualan £200 ribu (RM967,586) di Britain.

"Nampaknya putih menjadi warna trend pada tahun ini," kata seorang graduan kejuruteraan berusia 22 tahun yang berada di lokasi itu.

Ramai warga Arab kaya-raya memilih untuk melancong ke Eropah pada bulan ini untuk mengelakkan suhu ekstrem di negara-negara Asia Barat yang mengalami musim panas. - Agensi

source

Kereta terbang ibarat Transformer kini jadi realiti

KERETA terbang Terrafugia Transition terbang diiringi sebuah pesawat di Britain, baru-baru ini. - AGENSI

LONDON 18 Julai - Konsep kereta terbang yang telah lama dicetuskan bakal menjadi kenyataan di Britain dalam masa lima tahun lagi apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor telah meluluskan satu model kereta futuristik itu baru-baru ini.

Kereta terbang dua tempat duduk Terrafugia Transition yang bernilai 155,000 pound (RM752,021) itu boleh terbang dengan kelajuan maksimum 184 kilometer sejam.

Kenderaan itu perlu menjalani 20 jam ujian penerbangan dan setiap kali butang pendaratan ditekan, sayapnya akan tertutup secara automatik dalam masa 15 saat.

Untuk setiap perjalanan baru, kereta terbang itu memerlukan kuasa yang disalurkan dari bahagian kipas ke roda belakangnya.

Ketika dalam mode kereta, kenderaan masa depan itu boleh dipandu pada kelajuan maksimum 104 kilometer sejam dan ia boleh disimpan di dalam garaj sama seperti model kereta lain.

"Ia tidak ubah seperti apa yang digambarkan dalam filem Transformer," kata pengasasnya, Carl Dietrich.

Walaupun kenderaan itu pada mulanya disasarkan kepada pelanggan di AS, lebih 20 rakyat Britain telah menyatakan minat mereka untuk membeli kereta terbang bebas karbon tersebut.

Pengeluaran kenderaan itu bakal menjadi kenyataan selepas Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan AS baru-baru ini mengumumkan pengecualian untuk membenarkan ia berada di jalan-jalan AS.

Lembaga Penerbangan Sivil mengesahkan, pengumuman itu akan memudahkan lagi Terrafugia Transition menerima pengesahan oleh Agensi Keselamatan Eropah yang beribu pejabat di Cologne.

Dua prototaip kenderaan itu hampir siap sepenuhnya dan beberapa perubahan akan dilakukan sebelum ia mula dikilangkan tahun depan. - Agensi

source

Monday, July 18, 2011

Proton CVT Technology

PROTON - CVT by Hezeri Samsuri, NST (Cars, Bikes and Trucks journalist)

Saturday, July 16, 2011

Malaysia Vs Liverpool 2011 Live Streaming

Oleh kerana demam Asia Tour 2011 melanda, jom kita lihat perlawanan Malaysia vs Liverpool 2011 di sini. Harap Harimau Malaya dapat memberi tentangan yang membanggakan dan perlawanan yang menyeronokkan.

UPDATE: Malaysia 3, Liverpool 6


Video streaming by Ustream

Lamborghini Replica

Ubah suai Ford jadi Bugatti Veyron

KERETA Ford Cougar yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron.
(gambar kecil) KERETA Ford Cougar

MIAMI - Seorang peminat kereta, Mike Duke mengubah suai kereta Ford Cougar miliknya yang berharga AS$1,600 (RM4,812) menjadi kereta sport Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menghabiskan masa selama sembilan bulan untuk mengubah suai kereta itu.

Duke kini menjual kereta seperti Bugatti Veyron itu pada harga AS$89,000 (RM267,667.49). Harga sebenar kereta Bugatti Veyron ialah AS$1.6 juta (RM4.81 juta).

Namun, kereta Ford yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron itu menggunakan enjin 2.5 liter V6. Bugatti Veyron menggunakan enjin lapan liter yang boleh memecut sehingga 407.16 kilometer sejam. - Agensi


Tuesday, July 12, 2011

Toyota Vios G Limited & TRD Sportivo Dilancarkan

Toyota telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Vios G Limited dan Vios TRD Sportivo baru- baru ini. Model baru ini tampil dengan reka bentuk dan warna yang baru serta dilengkapi dengan aksesori terkini. Untuk maklumat lanjut, spesifikasi dan gambar, layari website rasmi Toyota di SINI.


source

Lamborghini Aventador LP700-4 On The Streets Of Rome Official Video

Sunday, July 10, 2011

2011 Yamaha XJ6 Engine Sound

2011 Yamaha XJ6 in Malaysia engine sound.

Saturday, July 9, 2011

Kereta 'hantu' bakal dilelong RM1.42 juta

MICHIGAN - Sebuah kereta Pontiac Deluxe Six yang dikeluarkan pada 1939 dijangka dilelong pada harga AS$475,000 (RM1.42 juta) pada hujung bulan ini di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu diberi gelaran 'hantu' kerana badannya yang lut sinar dan dihasilkan oleh General Motors dengan kerjasama syarikat kimia Rohm dan Haas pada harga AS$25,000 (RM75,262).

Model kereta itu dilengkapi dengan enjin enam silinder, brek hidraulik dan transmisi manual tiga kelajuan dihasilkan untuk Pameran Dunia New York pada 1939-1940.

Kereta itu diperbuat daripada kaca lut sinar Plexiglas yang pernah digunakan dalam pembuatan pesawat tentera semasa Perang Dunia II.

Pemilik Pontiac itu kini mewarisi kenderaan itu daripada bapanya yang membelinya dari pengumpul kereta klasik, Leo Gephart pada awal 1980-an. - Agensi








source

Friday, July 8, 2011

Industri automatif Jepun terjejas

GEMPA bumi yang melanda wilayah Tohoku, di timur Jepun yang disusuli tsunami pada Mac lalu dan ancaman radiasi berikutan kerosakan loji nuklear Fukushima No. 1 telah mengucar-ngacirkan ekonomi Jepun.
Bencana alam itu menyebabkan jalan raya, pelabuhan, rumah dan infrastruktur penting yang lain mengalami kerosakan teruk.

Malapetaka itu menghentikan kebanyakan kemudahan pengeluaran syarikat yang terletak di kebanyakan kawasan yang paling teruk dilanda bencana itu. Kebanyakan syarikat yang terletak di luar kawasan yang mengalami kesan gempa bumi dan tsunami itu juga terpaksa menghentikan pengeluaran berikutan gangguan kuasa dan kesukaran mendapatkan sumber bahan mentah, alat ganti, komponen dan barangan siap.

Wilayah Tohoku adalah antara pusat kawasan pengeluar alat ganti dan bahan komponen automotif yang penting. Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (Jama) berkata, jualan kenderaan baharu pada April merudum kepada rekod 47.3 peratus berbanding setahun lalu berikutan gangguan pengeluaran yang disebabkan kekurangan alat-alat ganti berikutan gempa bumi dan tsunami.

Mulakan operasiIa merupakan bulan kedua berturut-turut penurunan mendadak jualan kenderaan selepas jualan Mac 2011 menurun sehingga 35.1 peratus. "Toyota mencatatkan penurunan paling teruk sebanyak 68.7 peratus manakala pengeluaran Honda mengecut 48 peratus dan Nissan sebanyak 37.2 peratus."

Menurut Jama, pengeluaran dijangka tidak kembali ke paras pragempa bumi sehingga lewat tahun ini dan tidak dapat memenuhi permintaan para pelanggan bagi serahan mengikut masa. Menjelang pertengahan April, kesemua kilang memulakan semula operasi, bagaimanapun, pengeluaran di talian pemasangan dilakukan pada paras rendah antara 50 hingga 70 peratus berbanding paras pragempa bumi.

Penulis berada di Yokohama, Jepun, bagi menghadiri Pameran Industri Automotif Malaysia (MAIE) yang diadakan serentak dengan Pameran Kejuruteraan Automotif (AEE) dari 18 hingga 20 Mei lalu.

Pada akhir bulan Mac, Toyota berhadapan kesukaran mendapatkan kira-kira 500 alat ganti automotif.
Unit kawalan enjin, alat ganti berkaitan brek dan kepingan keluli adalah antara komponen yang paling teruk menerima kesan. Sebulan kemudian, jumlah itu diturunkan kepada 30 jenis alat ganti.

Wilayah Tohoku adalah pusat peralatan dan acuan alat ganti jitu automotif dan beberapa pengeluar yang menerima kesan gempa bumi dan tsunami itu, mengalami kemusnahan teruk keseluruhan jentera dan mesin, stok dan malah pekerja serta bangunan kilang.

Lebih memburukkan lagi keadaan, pada awal Mei, Perdana Menteri Jepun Naoto Kan meminta Chubu Electric Power Co. supaya menghentikan sementara loji nuklear Hamaoka di Prefecture Shizuoka di kawasan pantai Pasifik, yang diberi amaran oleh pakar seismologi akan berlaku gempa bumi yang besar.

Kompleks nuklear itu dibina pada jaluran gempa dan dikatakan berisiko menerima kesan gempa bumi yang kuat. Pengendali loji itu, Chubu Electric Co, menghentikan operasi loji tersebut pada pertengahan Mei lalu yang dijangka ditutup selama kira-kira dua tahun.

Pihak industri bimbang keadaan itu akan memberi kesan buruk kepada industri pemasangan di wilayah Chubu atau wilayah Tokai yang merupakan tumpuan kilang pemasangan utama pengeluaran kenderaan seperti Toyota, Honda dan Suzuki. Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Tokyo, Yuslinawati Mohd. Yusof berkata, kesan selepas gempa bumi itu terhadap perdagangan Malaysia dengan Jepun boleh dilihat dalam pelbagai industri terutama sekali industri utama Jepun, khususnya automotif, besi dan keluli serta industri elektrik dan elektronik (E&E).

PENGELUAR automotif Jepun kini sedang mencari sumber komponen automotif dan alat ganti dari seluruh dunia

Timbalan Pengarah Jabatan Pengiklanan, Daily Automotive News, Suguru Okubo berkata, para pembekal alat ganti dan komponen automotif Malaysia perlu bertindak segera menawarkan perkhidmatan masing-masing kepada pengeluar automotif Jepun selepas bencana di wilayah Tohoku. Beliau berkata, pengeluar autotomotif Jepun kini sedang mencari sumber komponen automotif dan alat ganti dari seluruh dunia.

"Ia terbuka kepada para pembekal Malaysia," katanya semasa memberi ceramah kepada wakil 11 pengeluar alat ganti dan komponen automotif Malaysia yang menyertai MAIE dan AEE berkenaan. Pindahkan pangkalan Okubo berkata, para pengeluar automotif Jepun sedang mencari syarikat yang telah membangunkan ciri-ciri khas yang menarik.

"Mereka menyasarkan pertumbuhan masa depan dan akan bertindak mendapatkan rakan yang kukuh dan mengembangkan jaringan masing-masing di seluruh dunia," kata Okubo yang pernah melawat pengeluar alat ganti dan komponen Malaysia pada masa-masa lalu.

Berdasarkan fakta itu, beliau menasihati pembekal Malaysia agar bertemu para pengeluar automotif Jepun dan menunjukkan kepada mereka produk yang boleh mereka keluarkan.

Tadashi Mizushima, wakil Pengarah PNB Asset Management (Japan) Co Ltd. berkata, banyak syarikat Jepun kini mula memindahkan pangkalan pengeluaran masing-masing ke tempat yang lebih selamat di luar Jepun. Mizushima yang berpangkalan di Tokyo berkata, beliau akan mencadangkan Malaysia sebagai salah satu daripada tempat tersebut.

Sehubungan itu katanya, agensi Malaysia yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab meningkatkan perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan negara lain perlu mengadakan banyak pameran atau seminar perdagangan di Jepun.

Yuslinawati pula menggesa para pembekal Malaysia yang berminat berdagang dengan rakan mereka di Jepun supaya menunjukkan kualiti produk masing-masing lebih baik daripada produk daripada Amerika Syarikat atau Eropah.

"Testimoni produk masing-masing perlu dijelaskan mengikut asas-asas dan sokongan data," katanya sambil menyatakan bahawa dari segi harga, pengeluar-pengeluar Malaysia kemungkinan berhadapan dengan kesukaran. - Bernama

source

Squirrel VS Lamborghini LP670-4 SV

Wednesday, July 6, 2011

Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta

PORSELIN digunakan sebagai material utama untuk kemasan dalaman dan luaran Bugatti Veyron ini
 
BERLIN - Pengeluar kereta supersport mewah, Bugatti baru-baru ini memperkenalkan model Veyron terbarunya yang menggunakan kemasan porselin dan dijual pada harga AS$2.24 juta (RM6.73 juta) seunit.
Kereta yang turut dikenali sebagai Grand Sport L'Or Blanc tersebut dilancarkan di luar kilang porselin milik syarikat Koenigliche-Porzellan-Manufaktur (KPM) di Berlin, Jerman. Ia dihasilkan sebagai meraikan permulaan kerjasama antara KPM dan Bugatti.

Menjadi kereta pertama yang menggunakan material porselin pada bahagian dalaman dan luarannya, hanya sebuah Veyron sebegini dihasilkan.

Bugatti Veyron dengan spesifikasi biasa dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit. Ia dilengkapi dengan sebuah enjin V8 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j).

Pemilik KPM, Jorg Woltman memberitahu idea untuk bekerjasama dengan Bugatti sebenarnya diinspirasikan oleh Rembrandt Bugatti yang merupakan seorang pembuat arca terkenal. "Sekarang, kami telah menghasilkan porselin paling laju di dunia," kata Woltman. - Agensi
source

Monday, July 4, 2011

Bugatti dilelong RM2.08 juta, harga asal cuma RM290

JACK PERKINS memandu kereta lumba Bugatti di sebuah lokasi pada tahun 1950-an.

SUSSEX, Britain - Sebuah kereta lumba Bugatti yang dibeli pada harga £60 (RM290) pada 1950 telah dijual dalam satu lelongan pada harga £430,000 (RM2.08 juta) pada Festival Kelajuan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu milik Jack Perkins dari Ruby, Warwickshire yang dibelinya di Nottinghamshire dan diubah suai untuk digunakan dalam perlumbaan.

Perkins yang merupakan seorang jurutera menggunakan kereta itu dalam perlumbaan Indianapolis 500 pada 1936 dan Kejuaraan Kebangsaan Amerika pada 1938.

Dia meninggal dunia pada 1992 dan berlumba sehingga Jun 1988 semasa berumur 78 tahun.

Balunya, Jean kemudian memutuskan untuk mempamerkan kereta itu di Muzium Kenderaan Haynes di Somerset sehingga Disember 2010.

Keluarga Perkins kemudian memutuskan untuk melelong kereta itu dalam satu acara lelongan pada hujung minggu lalu.

Identiti pemilik baharu kereta itu tidak diketahui. - Agensi

source

Saturday, July 2, 2011

Kejutan surat saman

KUALA LUMPUR: Belum sampai setahun menggunakan kereta pertamanya, seorang jurujual terkejut selepas beberapa surat saman dihantar ke alamat kediamannya di Bandar Sri Damansara, di sini, sejak awal tahun ini.
Mangsa dikenali sebagai Poong, 23, yang membeli Perodua Myvi menggunakan nombor pendaftaran WSV5270 pada 27 Julai 2010 mendapati ada pihak lain menggunakan nombor itu pada kenderaan mereka.

Kejadian disedari Poong selepas menerima sepucuk surat saman daripada Balai Polis Subang, 27 Januari lalu, mengatakan kenderaannya terbabit kes langgar lari pada 27 Disember 2010.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, mangsa terkejut kerana dia tidak pernah langsung terbabit mana-mana kemalangan tetapi segera ke balai bertanyakan surat itu.

“Poong tidak pernah melalui kawasan seperti dinyatakan dalam surat itu.

“Polis meminta mangsa menghubungi individu membuat laporan terbabit dan individu itu mendakwa, kereta yang melanggarnya pada hari kejadian dipandu lelaki lain,” katanya.

Selepas itu, Poong dinasihatkan polis berhubung dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menggugurkan saman terbabit dan dia menurutinya.

Bagaimanapun, baru-baru ini, pada 21 Jun, Poong sekali lagi menerima surat saman atas kesalahan memandu melebihi had laju pada 2 Jun di Kilometer 383, Lebuhraya Utara-Selatan, padahal dia tidak pernah melalui kawasan itu. Mangsa merujuk perkara itu ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan melalui gambar rakaman diberikan polis, kereta itu bukan miliknya kerana berlainan model, malah mempunyai antena sedangkan keretanya tiada.

Sehubungan itu, Poong membuat laporan polis kerana mengesyaki plat keretanya disalah guna individu lain.

Sehingga semalam, mangsa menerima lima saman trafik bukan miliknya, malah Poong pernah ke Ipoh membayar dua saman RM600.

Chong berkata, mungkin terdapat kesilapan teknikal dari segi pendaftaran nombor kenderaan, namun tidak menolak kemungkinan ada pihak menyalahgunakan nombor pendaftaran itu.

source

Kereta terbaharu BMW dalam Mission Impossible

BENTUK kereta BMW i8

LOS ANGELES - Siri keempat filem aksi Mission Impossible yang dibintangi oleh aktor Tom Cruise akan memaparkan penggunaan kereta mewah dan berteknologi tinggi, sebuah kereta BMW i8.

Syarikat automotif BMW telah mengesahkan bahawa kenderaan futuristik i8 hibrid elektrik diesel itu buat pertama kali akan muncul dalam filem tersebut.

Paparan treler filem Mission Impossible: Ghost Protocol menunjukkan kereta BMW i8 tiba di Hotel Ritzy, Dubai iaitu lokasi penggambaran filem itu manakala pelakon pembantu, Paula Patton dengan penuh bergaya keluar dari bahagian penumpang.

Kereta BMW i8 yang berharga AS$160,000 (RM481,679) memberikan pemanduan penuh dengan gaya hebat.

Cruise memegang watak sebagai perisik Ethan Hunt dalam filem tersebut.

"Jika anda adalah perisik Ethan Hunt, kenderaan ini sememangnya sesuai di sisinya. BMW i8 menjanjikan kelajuan dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh lima saat.

"Kereta itu dikuasakan dengan 328 kuasa kuda diesel-elektrik yang mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 249.45 kilometer sejam manakala bahan api pula 100.58 kilometer untuk 3.78 liter. Dalam erti kata lain, ia merupakan kenderaan perjalanan jauh yang sempurna," jelas pihak BMW. - Agensi

source

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad