Google
 

Monday, April 25, 2011

Speed Trap 707km/h...???

Pergh..memang laju betul kereta ni...Bugatti Veyron pun tak laju macam ni...


source

Windows bug in Protons sorted out

SHAH ALAM: Proton's power window problem is in the past, and in a show of confidence, the national car maker will give a life-time warranty.
Proton managing director Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir said Proton power windows now had zero defects although people still thought otherwise.
“We have improved the quality by leaps and bounds, but the negative perception lingers,” he said after launching Proton's campaign for quality here yesterday.
“The perception of the public at large is very important, and it is our biggest challenge,” Syed Zainal said.
He chose to tackle the most widespread misperception the infamous power window problem that had plagued Proton in the past.
“We will guarantee that the power windows will work,” he said.
However, he said, there would be conditions attached to the life-time guarantee and the guidelines would be out by the end of the month.
Earlier in his speech, Syed Zainal related his experience riding in a Proton Waja airport limousine from KLIA to his house in Subang Jaya.
“The driver would open his door instead of using the power window when we stopped at the toll booth. My wife was giggling and poking fun at me.
“So I asked him if the window was spoilt. He said no.
“He said his friend told him that if he used the power window too much, it would break down,” Syed Zainal said.
The Proton boss said this agitated him as the perception about the quality of Proton cars was very important to the point of it being debated in Parliament.
“I gave the taxi driver my card, and asked him to do me a favour by using the power window.
“I told him to call me on my mobile phone if the window breaks down. He has yet to call me,” he said.
He said the quality of cars was not solely the responsibility of assemblers but started from the suppliers to the sales dealers, service dealers and stockists.
“We want parts to arrive at the factory in good quality.
“Some people, although they have never driven a Proton, are saying Protons are not good. We want to put a stop to that,” he said.
source

Rakyat Britain pertama caj kereta

ALAT pengecaj kereta elektrik dipegang Mark Goodier di rumahnya di Hampstead, utara London baru-baru ini. Mark Goodier mengecaj kereta Nissan Leaf di rumahnya di Hampstead, utara London baru-baru ini.

LONDON - Seorang deejay radio, Mark Goodier menjadi penduduk Britain pertama mengecaj kereta elektrik di rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Goodier, 49, mengecaj kereta Nissan Leaf selama lapan jam di rumahnya di Hampstead, utara London dengan menggunakan panel solar.
"Hari-hari berbaris di stesen minyak dan membayar kos minyak yang berlebihan kini sudah berakhir.
"Saya kini mampu untuk membekalkan kuasa untuk kereta saya daripada cahaya matahari yang percuma," katanya.
Menurutnya, kereta itu mempunyai kuasa pecutan yang bagus dan mempunyai kelajuan tinggi.
Panel solar di rumahnya bernilai £12,500 (RM62,026) untuk dipasang tetapi pihak kerajaan akan membayar kepadanya £1,200 (RM5,954) setiap tahun selama 25 tahun kerana dia menggunakan kuasa solar yang mesra alam sekitar. - Agensi

source

Tuesday, April 19, 2011

Kenderaan terpakai wajib diperiksa

KUALA LUMPUR - Bermula Jun ini, semua kenderaan bermotor terpakai termasuk motosikal yang hendak dijual wajib menjalani pemeriksaan menyeluruh di Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom).

Peraturan itu bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan yang tidak selamat untuk digunakan, dicuri atau diubah suai secara haram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut selaras dengan penguatkuasaan Akta Sewa Beli (Pindaan 2010) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Kita mahu melindungi kepentingan pengguna supaya mereka mengetahui status kenderaan tersebut yang mungkin pernah mengalami kemalangan atau tidak diselenggara dengan baik menyebabkan kenderaan itu tidak selamat digunakan," katanya selepas Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tahun 2010 di sini semalam. kosmo

Saturday, April 16, 2011

Zizan Raja Lawak Kemalangan


PETALING JAYA: Pelakon komedi dan pengacara Zizan (Raja Lawak) terlibat dengan kemalangan kira-kira pada pukul 3 petang Jumaat.

Dia bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan muncul pada pertandingan Maharaja Lawak malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh pengurusnya, Marina Juki.

Kata Marina, insiden yang berlaku di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur itu hanya melibatkan kemalangan kecil dan tidak mencederakan pelawak itu.

“Tiada apa yang serius. Hanya kemalangan kecil dan kami tidak apa-apa. Cuma cermin kereta Zizan saja yang pecah.

“Bagaimanapun, dia akan tetap meneruskan saingan dalam Maharaja Lawak malam ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pertandingan yang melibatkan barisan finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima itu, Zizan bergandingan dengan Johan dengan menggunakan nama Jozan.

Persaingan Maharaja Lawak untuk minggu ketiga yang berlangsung malam ini akan menyaksikan penyingkiran tiga peserta.

Dua peserta dengan undian terendah daripada minggu lepas akan disingkirkan sebelum pertandingan manakala peserta yang mendapat undian terendah malam ini akan disingkirkan di akhir rancangan.

Sumber : Mstar Online

ni video masa Fuhh! selongkar kereta zizan...

Man driving two bumper cars down the street in China

Thursday, April 14, 2011

Anak remukkan kereta bapa RM1.35 juta


BROKDORF, Jerman - Seorang remaja berusia 20 tahun hilang kawalan menyebabkan kereta sport bapanya yang berharga £275,000 (RM1.35 juta) remuk akibat terbabas di sebatang jalan raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, remaja tersebut dan seorang penumpang wanita berumur 19 tahun hanya mengalami cedera ringan selepas kereta sport Gumpert Apollo itu terbabas baru-baru ini.
Seorang jurucakap polis berkata: "Kereta itu remuk sepenuhnya dan hanya bahagian penumpang yang masih berada dalam keadaan baik."
Pihak berkuasa kini melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada remaja itu memandu dengan laju di kawasan yang mempunyai had kelajuan 80 kilometer sejam.
Kereta sport itu merupakan salah sebuah kereta yang paling laju di dunia.
Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 2.8 saat. - Agensi

source

Monday, April 11, 2011

Petronas Memperkenalkan Petronas Primax 95 Extra

Petronas telah memperkenalkan minyak baru mereka iaitu Petronas Primax 95 Extra untuk menggantikan minyak Petronas Primax 95 mulai 10 April 2011 dengan harga RM1.90 seliter sama dengan minyak RON 95 yang lain.Kepada para pengguna minyak RON 95 boleh mencuba minyak baru ini untuk merasai sendiri perbezaannya dan sesiapa yang telah mencuba, anda boleh berikan pendapat anda mengenai minyak ini di ruangan komen.

source

Trailer Filem Kongsi

Filem terbaru Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam. Genre filem ini adalah komedi aksi dan diarahkan oleh Farid Kamil.

Friday, April 8, 2011

Proton Satria Neo R3 Supercharged Edisi Khas

Proton R3 division telah membangunkan satu lagi Proton Satria Neo R3 tapi kali ini dilengkapi dengan unit supercharged dari Sprintex. Model ini dibangunkan sebagai tribute untuk pasukan Lotus Renault GP dalam F1 musim ini. Dengan bantuna supercharge, enjin Campro CPS Proton berjaya menghasilkan a 175hp and 200Nm torque. Model ini dikenali sebagai Proton Satria Neo R3 Supercharged Edisi Khas buat masa ini.








source: fastmotoring

Perodua jelaskan gangguan bekalan adalah sementara

KUALA LUMPUR 7 April - Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), berkata gangguan rantaian bekalan yang dihadapi oleh syarikat berikutan kejadian bencana alam di Jepun hanya bersifat sementara dan inventorinya mencukupi sehingga bulan Mei.

Pengarah urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, syarikat pada masa ini sedang mengkaji situasi untuk lebih memahami kesan gempa bumi dan tsunami dan pada masa yang sama berkomunikasi secara terus dengan rakan kongsinya di Jepun.

"Kami terus berhubung dengan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor Co Ltd, serta vendor tempatan untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik dan jelas akan masalah yang dihadapi dan mengambil langkah-langkah yang sesuai,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - Bernama

Tuesday, April 5, 2011

Evo Taxi

Taxi Evo with rally car spec.You will reach your destination faster than before.

Kawasaki Ninja Ad

Give me 5...!!

Monday, April 4, 2011

Perodua Viva Dikerat Menjadi Kereta Buggy

Gambar dibawah menunjukkan sebuah Perodua Viva dikerat dan dimodifikasi menjadi sebuah kereta buggy. Projek modifikasi yang dilakukan oleh bengkel tersebut kelihatan amat teliti dan kemas.






source

Pasukan Proton Unggul Dalam Kelas APRC





JOHOR BAHARU, 3 April -- Pasukan Proton Motorsports membuka tirai Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) 2011 dengan cemerlang apabila menguasai Rali Malaysia 2011 di Estet Tai Tak di Kota Tinggi Ahad.

Pelumba Chris Atkinson, yang memandu kereta Proton Satria Neo 2000, membuktikan kehandalannya dalam kelas APRC apabila meraih tempat pertama manakala rakan sepasukan Alistair McRae menduduki tempat ketiga.

Atkinson dari Australia bersama juru arah Stephane Prevot dari Belgium menamatkan saingan dua peringkat dengan jumlah catatan masa tiga jam 14 minit 49.3 saat.

Tempat kedua pula disandang oleh pemandu kereta Mitsubshi Lancer, Guarav Gill dari India dengan catatan masa 3'16:35.9s manakala McRae dan juru arahnya Bill Hayes mengumpul catatan masa 3'23:37.5s.

"Kami telah mengambil langkah besar ke hadapan dengan persembahan hari ini. Sistem suspensi dan kerja-kerja membangunkan enjin sudah berbaloi. Ini merupakan permulaan paling baik bagi tahun ini," kata Atkinson pada sidang media di sini.

Katanya rahsia kejayaan bagi dirinya dan McRae ialah kereta yang dipandu itu memberi respons kepada kehendak gaya pemanduan mereka.

Sementara itu, dalam kelas Rali Malaysia, pemandu China, Fan Fan, yang kembali semula ke arena rali selepas lima tahun, memenangi pusingan pertama dalam dua peringkat saingan.

Beliau, yang memandu kereta Mitsubshi Lancer Evo, mencatatkan masa 3'44:30.6s untuk mengatasi juara bertahan Muhammad Rafiq Udahaya yang memandu menduduki tempat kedua.

Muhammad Rafiq dengan kereta Subaru Impreza mencatatkan masa 3'47:20.6s manakala pemandu Jepun Aji Kim, yang memandu kereta Proton Satria Neo, menduduki tempat ketiga dengan masa 3'58:51.6s.

Bagaimanapun, dua pencabar tempatan, Karamjit Singh, atau dikenali 'Flying Singh' yang menjadi naib juara tahun lepas dan naib juara 2009, Saladin Mazlan, kedua-dua dari pasukan GSR Pennzoil gagal menamatkan perlumbaan selepas mengalami masalah mekanikal.

-- BERNAMA


source

Friday, April 1, 2011

Harga petrol RON97 naik 20 sen



KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 setiap liter berkuatkuasa tengah malam ini. - BERNAMA

kk: Nampaknya minyak RON 97 akan terus naik berikutan harga minyak mentah dunia yang semakin meningkat. Walaubagaimanapun, harga minyak RON 95 masih kekal RM1.90 seliter. Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen.

source

Satria Neo S2000 kembali beraksi dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik

Proton Satria Neo S2000 sekali lagi bakal memberikan saingan sengit dalam kempen Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) musim 2011, kali ini Proton Holdings Berhad melalui divisyen perlumbaan Proton Motorsports, berazam untuk mencatatkan kemenangan bagi mengulangi pencapaian cemerlang mereka pada tahun lepas (tempat kedua kategori pengeluar). Sehubungan dengan itu bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya kelmarin pada majlis pelancaran rasmi APRC 2011, Proton telah melancarkan jentera S2000 mereka dengan kehadiran bersama pemandu Alister McRae dan Chris Atkinson.

Rali pertama yang akan diadakan ialah Rali Malaysia di Johor yang akan bermula dari 1 hingga 3 April ini, di mana pasukan Proton Motorsports berazam untuk meraih kedudukan terbaik pada pusingan pembukaan itu. Selain mempersembahkan Proton Satria Neo S2000, Satria Neo yang dibangunkan bersama penala terkenal Cusco dari Jepun turut dilancarkan dalam majlis tersebut. Diletakkan dalam kategori Group N iaitu kereta keluaran standard dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh FIA, dua buah jentera itu akan turut beraksi dan akan dipandu oleh pemandu dari Jepun, Kosuke Takashino dan Akira Bamba



Dengan penampilan dalam sukan rali yang mendapat perhatian meluas dari penonton di seluruh dunia di lebih 129 negara, Proton bukan saja mendapat pendedahan dan input berguna dalam membangunkan setiap model kenderaan mereka, malah sukan rali itu sendiri merupakan salah satu cara mempromosikan jenama Proton ke peringkat global. Kejayaan Proton dalam sukan rali akan mengukuhkan nama syarikat itu sebagai pengeluar automotif terkemuka di dunia setanding dengan syarikat terkenal lain.

Selepas Rali Malaysia, APRC 2011 akan diteruskan di Rali Australia pada 13 sehingga 15 Mei 2011


Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2011

1 – 3 April Malaysia
13 – 15 May Australia
17 -19 June Nouvelle Caledonie
15 – 17 July New Zealand
30 Sep – 2 Oct Japan
4 – 6 Nov China 


source

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad