Wednesday, May 30, 2012
Syed Zainal letak jawatan pengarah urusan kumpulan Proton
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuatkuasa 4 Julai ini.
“Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu,” kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuatkuasa 6 Julai. Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil akan menyambung tugas menerajui syarikat itu. - BERNAMA
Monday, May 28, 2012
WWW 1 terima bidaan tertinggi RM520,000
2012/05/24
KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, siri WWW juga mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.
Katanya, bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.
"Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida, telah habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.
Kong berkata, sebanyak 4,908 nombor dalam siri WWW dibida manakala bakinya 5,091 akan menjadi nombor semasa Apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran kelak.
Katanya, keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini, dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.
Beliau berkata, nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju.
"Bagi pembida yang berjaya, bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik.
"Manakala pembida yang tidak berjaya, akan dipulangkan bayaran deposit berdasarkan alamat yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan," katanya. - BERNAMA
Monday, May 21, 2012
Wednesday, May 16, 2012
Friday, May 11, 2012
Pengajaran untuk pemandu bahaya
WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.
Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.
Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah. Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu. Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.
“Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.
Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.
“Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.
Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.
“Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya. - DM
source
14 Mei Tarikh Akhir Bida Nombor Siri "WWW"
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Hampir semua nombor, termasuk kategori kurang popular bagi pendaftaran kenderaan siri 'WWW' akan dibida, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Katanya kategori 'golden numbers' menarik dan popular juga mendapat bilangan pembidaan dan nilai harga yang sangat tinggi.
Setakat Khamis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima sebanyak 14,131 bidaan bagi nombor pendaftaran siri 'WWW' sejak tempahan dibuka pada 30 April lepas, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
"Dijangka hari ini dan Isnin depan 2,000 lagi resit pembidaan akan dikeluarkan," katanya.
Tarikh tutup bidaan ialah pada pukul 12 tengah hari 14 Mei.
Budak lapan tahun pandu BMW
ANGGOTA-ANGGOTA bomba menyaksikan kereta BMW yang dipandu seorang budak lelaki berusia lapan tahun selepas ia merempuh rumah jirannya di Boston kelmarin.
BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.
Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.
Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).
Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi
source
Tun Mahathir tokoh automotif
KUANTAN, 10 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi tokoh penggerak industri permotoran Malaysia sehingga berjaya menghasilkan kereta nasional Proton sejak 1985 hingga kini, akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Penganugerahan akan disempurnakan Canselor UMP Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada majlis Konvokesyen Khas UMP pada 17 Mei ini, di UMP Kampus Gambang, di sini.
Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata anugerah itu sebagai menghargai jasa Dr Mahathir atas sumbangan dan usaha berterusan bekas perdana menteri itu dalam pembangunan industri automotif negara.
"Wawasan dan pandangan jauh beliau terhadap potensi besar industri automotif sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi menyaksikan ramai anak tempatan berkepakaran dan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan automotif," katanya.
Daing berkata kejuruteraan automotif merupakan antara bidang kebitaraan universiti itu, yang akan menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya tahun ini.
Sempena dengan majlis konvokesyen itu, beliau berkata UMP akan mengadakan pameran mengenai biodata Dr Mahathir, sumbangan beliau dalam pembangunan industri automotif negara dan penglibatan UMP dalam bidang automotif.
Thursday, May 10, 2012
Lukis Ferrari pada garaj untuk hilangkan kecewa
LONDON: Peminat kereta, Chris Smart tidak mampu membeli sebuah Ferrari idamannya yang berharga �15 juta (RM75 juta).
Untuk mengubati kekecewaannya, dia melukis gambar kereta berkenaan di pintu garajnya.
Smart, 32, menghabiskan masa dua minggu melakar dan mengecat gambar Ferrari 250 GTO yang dikeluarkan pada 1962 dengan cat kalis cuaca. Kereta itu kini sukar diperoleh. Jiran dan orang ramai yang melintasi depan garajnya boleh dimaafkan sekiranya beranggapan pekerja perkhidmatan sokongan pelanggan itu menjual BMW 1 Seriesnya untuk mendapatkan kereta sport klasik itu.
Beberapa pemandu dikatakan brek mengejut untuk melihat ‘kereta’ itu ketika melintasi garaj Smart di Bishopstoke, berhampiran Eastleigh, Hants.
Chris yang sudah berumah tangga dan pernah belajar melukis di sebuah kolej berkata: ‘Sebelum ini saya benci melihat pintu garaj itu kerana ia membosankan.
“Saya melihat pintu depan garaj yang menarik di Internet dan mahukan sesuatu yang unik,” katanya. - TS
source
pic
Subscribe to:
Posts (Atom)