Saturday, April 27, 2013
Friday, April 19, 2013
Thursday, April 18, 2013
INFO: Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh?
Info Yang Anda Mungkin Nak Tahu - Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh? | Hari hari kita isi minyak di stesen minyak. Tapi bagaimana sebenarnya ‘nozzle’ atau picu pam minyak yang kita gunakan semasa isi minyak tahu bahawa tangki dah penuh?
Ada dua saluran (valve) iaitu saluran utama yang dilalui oleh petrol untuk masuk ke dalam tangki dan satu saluran halus yang mempunyai pelampung udara. Prinsip Bernoulli digunakan apabila udara didalam dikeluarkan sehingga menjadi vakum. Apabila tiada udara di dalam tangki dan pelampung tadi akan menghentikan saluran utama.
source
Friday, April 12, 2013
Polis Dubai guna kereta Lamborghini
DUBAI - Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu menggunakan sebuah kereta Lamborghini Aventador yang berharga hampir AS$550,000 (RM1.66 juta), lapor agensi berita AP semalam.
Kereta sport buatan Itali itu yang boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam dicat dengan warna hijau dan putih.
Harga petrol di Dubai adalah lebih murah berbanding harga minuman.
Kelmarin, ibu pejabat polis Dubai menyiarkan gambar kereta tersebut di depan pusat beli-belah terbesar di dunia, Dubai Mall.
Pihak berkuasa di negara ini berdepan masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian disebabkan kenderaan dipandu laju.
Menurut laporan media tempatan, seramai 33 orang mati akibat nahas jalan raya di Dubai dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Kereta sport itu juga digunakan polis Itali, Panama dan United Kingdom. - Agensi
source
Subscribe to:
Posts (Atom)