Google
 

Monday, September 7, 2009

Tip Penjagaan Tayar

Untuk memanjangkan jangka hayat tayar supaya tahan lebih lama dan tidak cepat haus, anda perlu mengamalkan cara pemanduan yang betul. Cara pemanduan yang salah akan memberi kesan kepada tayar dan seterusnya tayar akan lebih cepat botak.

Berikut adalah tip-tip pemanduan yang patut diamalkan:
- Jangan pandu mula dengan pantas dan berhenti dengan mendadak jika tiada kecemasan. Pandulah kereta anda dengan tenang dan santai.
- Jangan mengambil selekoh dengan laju. Bukan saja tayar anda akan lebih cepat haus, malah nyawa anda juga dalam bahaya dan risiko untuk terbabas adalah tinggi.
- Jangan selalu melanggar lopak/lubang atau jalan tidak rata, memandu di kaki lima dan melanggar bonggol di jalan.
- Elakkan pemanduan secara agresif kerana ia akan menjadikan bunga tayar anda haus tidak sekata sekaligus menyebabkan bunyi bising dan bergegar.

Sunday, September 6, 2009

Soal Jawab Mengenai RON 95 Bersama Caltex 2

Contd...

S: Bagaimanakah kita mampu mengesan 'knocking'? Dengan gegaran? Bunyi ketukan? Bila bunyi itu berlaku?

J: Bunyi ketukan akan kedengaran bila masalah 'knocking' berlaku pada enjin yang tidak mempunyai sensor 'knocking'. 'Knocking' berlaku bila minyak petrol yang digunakan mempunyai kadar RON yang lebih rendah dari apa yang enjin itu perlukan. Ia sering terjadi bila enjin dalam keadaan tertekan seperti menarik beban mendaki bukit atau ketika sedang memecut.

S: Jika kereta saya dikatakan sesuai dengan RON 95, adakah saya akan mendapat tenaga yang lebih jika saya menggunakan minyak RON 95 yang lebih mahal?

J: Secara amnya, tidak. Jika anda memang menggunakan minyak yang mempunyai kualiti rendah sebelum ini, penggunaan minyak yang mempunyai RON yang tinggi mungkin dapat akan membersihkan enjin anda yang kotor dan memperbaiki prestasi enjin anda. Kerana itu, Caltex mencipta bahan aditif istimewa dan juga kuat yang dipanggil Techron. Techron membantu membersihkan dalaman enjin dan melindungi enjin dan melindungi enjin, Aditif Techron yang menggunakan polyether amines (PEA) melawan deposit kotoran dalam sistem kemasukan enjin dan meminimakan deposit kekotoran.

Source: Auto Berita Harian

Saturday, September 5, 2009

Proton Logo History

Soal Jawab Mengenai RON 95 Bersama Caltex

S: Penggunaan RON yang salah akan membuatkan enjin kita mengalami masalah 'knocking'. Apa itu 'knocking'?

J: 'Knocking' ialah bunyi 'ketukan' akibat pembakaran tidak normal yang bukan disebabkan oleh percikan palam pencucuh. Bahagian terakhir campuran minyak yang tidak terbakar secara spontan dan membakar dengan pantas, menyebabkan tekanan didalam silinder naik dengan cepat. Ini yang menyebabkan bunyi ketukan itu.

S: Apa akan terjadi jika kita membiarkan masalah 'knocking' berlaku pada enjin kita?

J: Masalah 'knocking' yang sedikit tidak akan merosakkan enjin tetapi ketukan yang kuat dan berterusan akan menyebabkan kehilangan tenaga dan kepanasan melampau pada beberapa bahagian enjin, bunyi yang kasar dan enjin akan musnah. Enjin moden menggunakan modul kawalan elektronik yang mempunyai sensor ketukan untuk menghilangkan bunyi tersebut. Bila ini berlaku, daya pecutan dan juga kuasa akan berkurangan sedikit.

Lagi soal jawab akan menyusul pada entry yang akan datang..

Source: Auto Berita Harian

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad