Google
 

Monday, January 3, 2011

Model gantian Perdana guna platform Nissan Fuga

NISSAN Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif di pasaran Jepun.

Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.
Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.
“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.

Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.

Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.

Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.

Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.

Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.

“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.

“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.
source

Maut tayar motosikal pecah

KAMPAR: Lebih 50 peserta konvoi bermotosikal dari ibu negara yang berhasrat menyambut sambutan tahun baru di Pulau Pinang semalam, bertukar suasana sedih apabila seorang rakan mereka maut selepas motosikal ditunggangi terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi di Kilometer 304.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), mangsa, Fayzudin Ramlee, 21, maut selepas motosikalnya terbabas dipercayai akibat tayar belakang pecah.

Rakan arwah dikenali Maleng@Rahim, 20-an berkata, arwah bersama peserta konvoi lain dalam perjalanan dari ibu negara ke Pulau Pinang untuk menyambut sambutan tahun baru.
Katanya, ketika kejadian, mangsa berkonvoi bersama lebih 50 motosikal lain dan mula bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 2 pagi kelmarin sebelum berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat Tapah.

“Berdasarkan maklumat rakan konvoi lain, banyak motosikal rosak ketika konvoi berkenaan menyebabkan sebahagian peserta berhenti rehat di Tapah sebelum meneruskan perjalanan.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke Ipoh menemui isteri dan anak-anak sebelum terserempak kemalangan itu. Sebaik memeriksa, saya terkejut kerana mendapati arwah terbabit nahas itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Saleh, berkata motosikal Yamaha RX-Z ditunggang mangsa hilang kawalan akibat tayar belakang pecah lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.
 
source

ereta Ferrari Hugh Grant Rosak

HUGH GRANT keluar dari kereta Ferrarinya yang rosak dekat Sandwich di Kent, Britain baru-baru ini. 
KENT - Kereta Ferrari yang berharga £140,000 (RM674,102) rosak semasa pelakon Hugh Grant dalam perjalanan untuk bermain golf, lapor sebuah akhbar semalam.Grant, 50, terpaksa menerima pelawaan seorang pemilik sebuah pub yang mengajaknya menaiki van Volkswagen Kombi berusia 15 tahun untuk ke kelab gol tersebut.

Semasa kejadian, pelakon filem Notting Hill itu memandu di sebatang jalan raya dekat Sandwich di Kent.
Namun, kereta sportnya itu mengalami masalah enjin di laluan pandu laju menyebabkan dia cuba mengundurkan keretanya ke tepi jalan.Beberapa buah kereta yang berada di belakang Ferrari itu terpaksa dipandu ke tepi jalan bagi memberi laluan kepada Grant mengundurkan kereta.

Pelakon itu terpaksa menumpang van pemilik pub tersebut kerana trak penunda mengambil masa selama beberapa jam untuk tiba di tempat kejadian selepas dia menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.
Kereta sport itu tiba-tiba kehilangan kuasa menyebabkan ia tidak boleh bergerak ke depan.

Pemilik pub itu, Paul McMullan berkata: "Sejumlah pemandu kereta memperlahankan kereta untuk melihat kereta eksotik Grant. Mereka berasa terkejut melihat seorang pelakon berdiri di tepi jalan."
Grant membeli Ferrari itu pada Ogos lalu semasa sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-50. - Agensi

source

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Kaki Kereta ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua para pembaca blog Kaki Kereta. Sokongan anda amat saya hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Selamat Tahun Baru 2011... :)

source pictures: google

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad