Google
 

Wednesday, January 19, 2011

Polis wilayah Midlands diberi pinjam kereta Lotus

SEORANG anggota polis, Angus Nairn berdiri dekat kereta polis Lotus Evora di sebuah lebuh raya di Midlands, Britain baru-baru ini.
 
LONDON - Polis di wilayah Midlands diberi pinjam sebuah kereta Lotus Evora yang berharga £50,000 (RM240,526) dan boleh memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter kelajuan dalam tempoh kurang lima saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu diberi pinjam selama dua minggu untuk pasukan polis yang meronda di lebuh raya di Midlands Barat.
Seorang anggota polis, Angus Nairn berkata: "Ia merupakan sebuah kereta yang laju dan kami berharap untuk membuktikan akan terdapat satu halangan yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkan mahu memandu dengan laju atau cuba memandu lebih laju daripada kami."

Menurutnya, kereta itu mempunyai prestasi yang mengagumkan. Kereta keluaran syarikat Lotus yang kini dimiliki oleh syarikat Proton dari Malaysia itu menggunakan enjin 3.5 liter V6. - Agensi

source

Pemilik Bugatti isi minyak RM932

SEORANG pemilik kereta Bugatti Veyron mengisi minyak di stesen minyak Texaco, Chelsea baru-baru ini
 
LONDON - Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar semalam.

Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.
Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.

Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.
Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa. - Agensi

source

Friday, January 14, 2011

Kereta BMW diperbuat daripada batu

BAHAGIAN depan kereta BMW yang diperbuat daripada batu di Shenzheng, wilayah Guangdong, China kelmarin

BEIJING - Seorang artis, Dai Geng menjual kereta BMW yang diperbuat dengan batu pada harga £80,000 (RM383,652).Geng mengambil masa lebih setahun mencantum semua blok batu itu sebelum mengukirnya menjadi BMW Z4.

Pintu kereta itu yang boleh dibuka dan ditutup seperti kereta biasa turut diperbuat daripada batu.
Hanya tingkap kereta sahaja tidak dibuat dengan batu. Tayar, roda, paip ekzos dan aksesori lain semuanya dari bongkah batu.

Kereta BMW itu sepanjang lima meter, 2.15 meter lebar dan tinggi 1.6 meter serta seberat 6.5 tan.
Dia berharap dapat menjual kereta itu kepada hartawan di negara itu.
Kereta itu dipamerkan di Shenzheng, wilayah Guangdong, tenggara China kelmarin. - Agensi

source

Gran Turismo 5 Nurbugring Reality Check

This video is about how close the similarity of Gran Turismo 5 with the real circuit. You'll be surprised that the GT5 is superbly perfect.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad