Google
 

Friday, May 11, 2012

Budak lapan tahun pandu BMW



ANGGOTA-ANGGOTA bomba menyaksikan kereta BMW yang dipandu seorang budak lelaki berusia lapan tahun selepas ia merempuh rumah jirannya di Boston kelmarin.
BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.
Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.
Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).
Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi


source

Tun Mahathir tokoh automotif






KUANTAN, 10 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi tokoh penggerak industri permotoran Malaysia sehingga berjaya menghasilkan kereta nasional Proton sejak 1985 hingga kini, akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP).


Penganugerahan akan disempurnakan Canselor UMP Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada majlis Konvokesyen Khas UMP pada 17 Mei ini, di UMP Kampus Gambang, di sini.


Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata anugerah itu sebagai menghargai jasa Dr Mahathir atas sumbangan dan usaha berterusan bekas perdana menteri itu dalam pembangunan industri automotif negara.


"Wawasan dan pandangan jauh beliau terhadap potensi besar industri automotif sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi menyaksikan ramai anak tempatan berkepakaran dan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan automotif," katanya.


Daing berkata kejuruteraan automotif merupakan antara bidang kebitaraan universiti itu, yang akan menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya tahun ini.


Sempena dengan majlis konvokesyen itu, beliau berkata UMP akan mengadakan pameran mengenai biodata Dr Mahathir, sumbangan beliau dalam pembangunan industri automotif negara dan penglibatan UMP dalam bidang automotif.

Thursday, May 10, 2012

Lukis Ferrari pada garaj untuk hilangkan kecewa




LONDON: Peminat kereta, Chris Smart tidak mampu membeli sebuah Ferrari idamannya yang berharga �15 juta (RM75 juta).
Untuk mengubati kekecewaannya, dia melukis gambar kereta berkenaan di pintu garajnya.

Smart, 32, menghabiskan masa dua minggu melakar dan mengecat gambar Ferrari 250 GTO yang dikeluarkan pada 1962 dengan cat kalis cuaca. Kereta itu kini sukar diperoleh. Jiran dan orang ramai yang melintasi depan garajnya boleh dimaafkan sekiranya beranggapan pekerja perkhidmatan sokongan pelanggan itu menjual BMW 1 Seriesnya untuk mendapatkan kereta sport klasik itu.
Beberapa pemandu dikatakan brek mengejut untuk melihat ‘kereta’ itu ketika melintasi garaj Smart di Bishopstoke, berhampiran Eastleigh, Hants.

Chris yang sudah berumah tangga dan pernah belajar melukis di sebuah kolej berkata: ‘Sebelum ini saya benci melihat pintu garaj itu kerana ia membosankan.

“Saya melihat pintu depan garaj yang menarik di Internet dan mahukan sesuatu yang unik,” katanya. - TS


source
pic

Proton Preve Left Hand Drive

































source


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad