Google
 

Thursday, October 25, 2012

PROTON guna enjin PETRONAS




Dipasang pada model baru, gantian bermula tahun depan

Proton Holdings Bhd akan menggunakan enjin E01 yang dimajukan PETRONAS untuk model baru serta model gantian keluarannya bermula tahun depan.

Sumber industri berkata, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd itu kini sedang berunding dengan PETRONAS bagi pembelian enjin berkenaan berserta dengan hak inteleknya. Katanya, sebagai permulaan, Proton Holdings bercadang menggunakan enjin PETRONAS E01 yang memiliki teknologi dan kemampuan setara dengan enjin kereta terbaik dunia lain itu pada model Preve hatchback, Exora Facelift, model gantian Perdana serta model baru yang bakal diperkenalkan secara berperingkat.


source

Monday, October 22, 2012

PLUS wujud bengkel bergerak elak pengguna ditipu trak penunda haram


SEREMBAN: Konsesi lebuh raya, PlUS Malaysia Berhad (PlUS) mewujudkan perkhidmatan Bengkel Bergerak (WOW) bagi memberi perkhidmatan lebih efisien dalam membantu pengguna lebuh raya yang menghadapi kerosakan kenderaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, inisiatif itu yang merupakan khidmat sokongan kepada perkhidmatan PLUSRonda sedia ada, juga bertujuan mengelak pengguna lebuh raya daripada menjadi mangsa penipuan trak penunda haram dan bengkel tidak bertanggungjawab yang mengenakan caj melampau. "Sebelum ini ada pengguna lebuh raya yang mendakwa bahawa mereka diperdaya oleh kumpulan terbabit dengan mengenakan caj bayaran yang tinggi serta melampau ketika pengguna mengalami kesulitan di lebuh raya.
"Justeru kita yakin inisiatif Workshop on Wheels ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut sekali gus menjadi langkah proaktif kami untuk melindungi pengguna lebuh raya," katanya selepas melancarkan WOW di kawasan Rehat dan Rawat Seremban di sini, hari ini.

Katanya, perkhidmatan yang mendapat kerjasama Persatuan Automobil Malaysia (AAM) itu akan memberi perkhidmatan yang lebih efisIen kepada pengguna lebuh raya pada harga atau caj yang lebih berpatutan.

Noorizah berkata, kos penundaan kenderaan keluar dari kawasan lebuh raya adalah percuma dan pengguna hanya dikenakan bayaran sekiranya kenderaan ditunda ke bengkel.

"Jika mereka menunda kenderaan mereka ke mana-mana bengkel panel AAM, mereka juga akan menikmati kos peralatan yang lebih murah dan berkualiti, malah pengguna yang merupakan ahli AAM tidak perlu membayar upah kerja," katanya.
Katanya, buat masa ini perkhidmatan WOW akan meliputi lebuh raya PLUS bagi kawasan Selatan iaitu dari Seremban sehingga ke Johor Baharu, sebelum diperluas ke kawasan lain.

"Sebanyak 10 pasukan WOW disediakan sepanjang laluan ini bagi fasa pertama dan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke lokasi lain secara berperingkat sebelum ia dijalankan ke kawasan utara menjelang awal tahun depan," katanya. - BERNAMA



source

A bike race leader forgot to run last lap

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad