Google
 

Monday, June 17, 2013

Kereta Proton Saga SV hanya RM33,438

MOHD. KHAMIL (empat dari kiri) bergaya di sisi Proton Saga SV varian baharu yang dilancarkan di pusat pameran Proton Edar Platinum Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton memperkenalkan varian Saga terbaharunya, Saga Super Value (SV) yang diyakini mampu dimiliki oleh sebahagian besar rakyat di negara ini kerana harganya yang lebih rendah berbanding dengan model Saga sebelum ini.
Harga model Saga SV dijual pada harga bermula RM33,438 hingga RM36,888 dan model tersebut lebih murah kira-kira RM5,000 berbanding harga model Saga FL Standard.
Model Saga FL Standard sebelum ini ditawarkan pada harga RM38,361 hingga RM41,811 seunit.
Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, langkah memperkenalkan model Saga SV itu seiring dengan langkah kerajaan yang mengumumkan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat baru-baru ini.
“Model mampu milik ini merupakan satu lagi komitmen Proton untuk menyediakan kereta yang bukan sahaja praktikal malah turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
“Walaupun dijual dengan harga yang lebih rendah, varian ini mempunyai nilai kenderaan lebih tinggi seperti memiliki dua beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan, sistem penggera serta ciri-ciri keselamatan lain,” kata pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Saga SV di pusat pameran Proton Edar Platinum Mutiara Damansara di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2WQizxWru 
Hakcipta terpelihara 


source

Monday, June 10, 2013

10 model kereta turun harga

KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.
Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_04/10-model-kereta-turun-harga#ixzz2Vls48t8o
© Utusan Melayu (M) Bhd 


source

Thursday, May 23, 2013

Nombor Plat Kenderaan Kuala Lumpur



PUTRAJAYA 23 Mei - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan siri nombor WYY9999 akan berakhir pada Julai depan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, terdapat 13 siri lagi sebelum mencapai siri nombor pendaftaran WYY.

“Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baharu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah W (1 sehingga 9999)A.

“Siri ini akan bermula dengan W1A dan berakhir dengan W9999A. Siri berikutnya adalah W1B sehingga W9999B, diikuti W1C dan seterusnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini

Tuesday, May 21, 2013

Rocket Bicycle

Rocket bicycle speeding 163mph


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad