Google
 

Sunday, February 20, 2011

HondaCBR250R dilancarkan


BOON Siew Honda Sdn Bhd menyasarkan jualan tahunan sebanyak 200 unit bagi motosikal berkuasa tinggi Honda CBR250R yang baru dilancarkan semalam.

Ketua Pengarah Pemasarannya, Hitoshi Yamazaki berkata model 250cc itu mula diperkenalkan pada Oktober tahun lalu dan dijangka mengukuhkan lagi penguasaan pasaran motosikal keluaran syarikat permotoran terunggul tanah air itu.

“Model ini dikeluarkan berikutan permintaan tinggi terhadap motosikal berkuasa tinggi terutama model CBR dan saya yakin ia akan mendapat sambutan yang baik di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran di Litar F1 Sepang, semalam.

Yamazaki berkata, model motosikal itu akan berada di pasaran mulai bulan depan dengan harga RM18,799 seunit bagi model standard dan RM21,799 bagi model ABS.

Menurutnya model CBR ini turut dilengkapi dengan sistem ABS yang berupaya membantu penunggang mengawal sistem brek, menjadikannya model motosikal 250 cc pertama di dunia dilengkapi dengan sistem itu.

“ABS diperkenalkan dalam model CBR250R ini bagi memenuhi kepuasan pelanggan disamping meningkatkan kecekapan dan tahap keselamatan penunggang,” katanya.

source: metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad