Perodua Myvi baru 2011 1.5L boleh ditempah sekarang berdasarkan iklan di Mudah.my. Walaupun tempoh pelancarannya masih dirahsiakan, saya berpendapat Myvi baru ini akan dilancarkan tidak lama lagi.
Buat masa ini, Myvi baru ini masih belum ada nama rasmi dan pihak Perodua menggunakan kod D54T untuk Myvi baru ini. Ada juga khabar angin mengatakan Myvi baru ini akan dikenali sebagai Perodua Infiniti 1.5L. Sama-samalah kita nantikannya. Anda boleh lihat maklumat lanjut dan lagi gambar Myvi baru 1.5L di sini, http://www.mudah.my/Perodua+MYVI+TERBARU+D54T-9942810.htm
Tuesday, May 31, 2011
Spyshots New SUV on the road
From the video, we can't identify which car maker make the road test for this SUV.
Monday, May 30, 2011
Karavan terkecil boleh ditunda skuter
KARAVAN terkecil di dunia yang boleh ditunda dengan menggunakan skuter.
LONDON - Sebuah karavan sepanjang 2 meter yang dipercayai terkecil di dunia boleh ditarik dengan menggunakan skuter, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, karavan yang dinamakan QTvan dan berharga £5,500 (RM24,965) itu lengkap dengan sebuah katil, kabinet minuman dan sebuah televisyen skrin rata.
Ia yang direka oleh seorang pereka, Yannick Read, sesuai untuk aktiviti perkelahan jarak dekat untuk pengguna motosikal. - Agensi
source
Sunday, May 29, 2011
Hong Leong perkenal XJ6 CKD
YAMAHA XJ6 bakal dilancar Julai.
Motosikal berkuasa tinggi pemasangan tempatan bakal dilancar akhir Julai
HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (Hong Leong Yamaha) enggan ketinggalan dalam meraih manfaat peningkatan minat pengguna negara ini terhadap motosikal berkuasa tinggi menerusi pengenalan Yamaha XJ600 (XJ6) pemasangan tempatan (CKD) tidak lama lagi.
Menerusi pelancaran model motosikal berkuasa lebih 500cc itu yang dijangka dibuat menjelang akhir Julai ini, Hong Leong Yamaha menyertai pesaingnya yang lain seperti Kawasaki Motors (Malaysia) serta KTM Malaysia yang sudah memperkenalkan motosikal CKD masing-masing sejak 2008.
“Harga muktamad bagi model itu masih belum ditetapkan, namun ia adalah kira-kira 20 peratus lebih rendah berbanding model CBU. Ia adalah antara strategi kumpulan itu dalam meraih manfaat daripada sambutan dan permintaan yang semakin meningkat di kalangan pengguna negara ini terhadap motosikal berkuasa tinggi,” katanya kepada Berita Harian di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.
Kata sumber, pada mulanya Hong Leong Yamaha bercadang memperkenalkan model itu pada bulan depan, namun bencana tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu, menyebabkan ia terpaksa menangguh pelancaran model berkenaan.
“Buat masa ini, operasi pengeluaran berskala besar masih belum dilaksanakan lagi. Bencana di Jepun baru-baru ini menyebabkan gangguan terhadap rantaian bekalan komponen.
“Namun, jika tiada perkara di luar dugaan berlaku, ia mungkin dilancarkan pada akhir Julai ini dan ia akan dikeluarkan menerusi kemudahan pengeluaran milik Hong Leong Yamaha di Sungai Buloh, Selangor,” katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati, beberapa kedai motosikal berkuasa tinggi sekitar Lembah Klang sudah mula mengambil tempahan bagi model itu walaupun harga muktamad masih belum ditetapkan lagi.
“XJ6 adalah model yang sering dinanti-nantikan oleh penggemar motosikal berkuasa tinggi. Susulan itu, ramai yang membuat tempahan apabila mendengar khabar bahawa Hong Leong Yamaha akan mengeluarkan model itu secara CKD yang pastinya jauh lebih murah berbanding CBU,” kata seorang pemilik kedai motosikal di Cheras.
Katanya, XJ6 akan memberi saingan sengit kepada dua model CKD Kawasaki iaitu ER6N, ER6F dan Versys serta Duke 690 keluaran Kraftfahrzeuge Trunkenpolz Mattighofen (KTM).
Tahun lalu, Kawasaki Motors (Malaysia) memperkenalkan ER-6F CKD selepas meraih kejayaan menerusi pelancaran model CKD ER-6N pada Jun 2008 masing-masing dijual pada harga antara RM33,000 hingga RM35,000 seunit.
Baru-baru ini syarikat itu melancarkan Versys 650 pemasangan pada harga RM37,000 seunit.
Saturday, May 28, 2011
Friday, May 27, 2011
Proton Saga FL 1.6L Specification
Powertrain
Engine | CamPro IAFM, 4 Cylinder, DOHC 16V |
Total displacement (cc) | 1597 |
Bore x Stroke (mm x mm) | 76.0 x 88.0 |
Compression ratio | 10 |
Maximum output hp(kW)/rpm | 82 / 6500 |
Maximum torque (Nm/rpm) | 148/4000 |
Full tank capacity (Litre) | 40 |
Performance
Maximum Speed km/h | 165 |
Acceleration 0-100 km/h (sec) | 12.5 |
Fuel consumption @ 90 km/h (1/100km) | 7.0 |
Minimum turning radius (m) | 5.3 |
Chassis
Power Steering | Hydraulic |
Suspension, Front | MacPherson Strut with Stabiliser bar |
Suspension, Rear | Torsion Beam Axle |
Brake Front/Rear | Ventilated Disc/Drum |
Tyre/Wheel size | 185/60R14 - Alloy |
Dimension & Weight
Overall L x W x H (mm) | 4278 x 1680 x 1520 |
Wheelbase (mm) | 2465 |
Track front/rear (mm) | 1446/1446 |
Ground clearance (mm) | 150 |
Kerb weight (kg) | 1075 |
Features
Tilt steering | Yes |
Central door lock | Yes |
Alarm & keyless entry remote | Yes |
Front & rear power window | Yes |
Reverse sensor | Yes |
Immobiliser | Yes |
Side mirror with LED turn signal | Yes |
Audio | Radio CD/ MP3/ USB/ Aux player |
Driver's airbag with seatbelt pre-tensioner | Yes |
Passenger's airbag with seatbelt pre-tensioner | Yes |
Steering wheel with audio switches | Yes |
Driver seat height adjuster | Yes |
Electric door mirror | Yes |
Front fog lamp | Yes |
Rear spoiler | Yes |
Side protector moulding | Yes |
Decorative body stripe | Yes |
Finishing
Inner door handle | Dark chrome |
Air conditioner vent centre | Dark chrome |
Centre console panel | Dark chrome |
Accessories
Coil mat | Yes |
First aid kit | Yes |
Safety triangle | Yes |
Luggage tray | Yes |
Door visor | Yes |
Trunk lid cover | Yes |
Tinted window | Yes |
Multipurpose container | Yes |
Colour Variations
Solid White | Yes |
Thursday, May 26, 2011
Proton Saga FL enjin 1,600cc dijual mulai hari ini
SAGA FL yang mempunyai kapasiti enjin 1,600cc dijangka menarik perhatian pelanggan muda.
KUALA LUMPUR - Orang ramai kini berpeluang memiliki model terlaris Proton, Saga FL dengan kapasiti enjin 1.6 liter yang menjanjikan lebih kuasa dan kepuasan memandu.
Didatangkan dalam warna putih, ia dijual pada harga RM46,549, hanya RM3,700 lebih tinggi daripada model Saga FL Executive 1.3.
Varian itu mempunyai perbezaan daripada segi rim aloi yang baharu, pelekat pada badan kereta dan sedikit pengubahsuaian pada ruang dalaman.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya yakin ia mampu menarik pelanggan terutama sekali dalam kalangan golongan muda.
source
PDRM dapat tajaan Proton Insipra
Anggota polis bergambar bersama kereta peronda Proton Inspira semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Proton Inspira kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Kecermerlangan Proton di sini, Rabu. Proton Holdings Berhad telah menyumbang sepuluh unit Proton Inspira 1.8L (manual) kepada PDRM.Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT DARUS
Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin dengan penajaan 10 buah kereta Proton Inspira tersebut dapat membantu melengkapkan pasukan polis dengan peralatan yang mampu membanteras jenayah dalam tempoh waktu yang singkat.
“Saya yakin dengan sumbangan Proton Holdings ini akan membawa pulangan yang berlipat ganda bukan sahaja kepada PDRM tetapi kepada masyarakat amnya.
“Anggota polis perlu menghargai harapan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh semua pihak dengan meningkatkan mutu kerja serta disiplin yang tinggi dalam usaha membanteras insiden jenayah di negara ini,” katanya.
Justeru, beliau berharap dengan penajaan kereta daripada Proton itu dapat memperbaiki ‘tempoh bertindak’ kereta peronda polis daripada 12 minit kepada empat minit.
“Saya ingin melihat tempoh bertindak kereta peronda polis yang pada masa ini ditetapkan tidak melebihi 12 minit dipercepatkan.
“Misalnya, tempoh bertindak sesebuah kereta peronda yang berada dalam lingkungan satu kilometer daripada tempat kejadian hendaklah sampai ke tempat tersebut dalam tempoh empat minit,” katanya.
Jelasnya, perkara tersebut merupakan satu cabaran yang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan dengan komitmen serta kesungguhan anggota-anggota PDRM.
Sementara itu, Syed Zainal berkata, sejak 25 tahun lalu Proton telah menaja hampir 3,752 buah kereta keluaran mereka sebagai kereta peronda polis.
“Proton telah mengambil insiatif untuk mengubahsuai 10 model Proton Inspira menjadi kereta peronda polis. Kereta ini telah diubahsuai dan dilengkapi dengan sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya dengan logo PDRM serta sistem telekomunikasi radio bergerak.
“Kami percaya kereta peronda polis merupakan satu keperluan yang amat penting dalam memantau serta memerangi jenayag,” katanya.
Menurutnya, dalam menyediakan keperluan tersebut hubungan Proton dan PDRM diteruskan lagi dengan kerjasama meneroka pembangunan prototaip kereta peronda polis (Mobile Police Vehicle) dari model Proton Inspira.
“Prototaip ini masih dalam pembangunan sejak setahun yang lalu. Proton sentiasa komited dalam menambahbaik kualiti produknya apabila setiap model baru dikeluarkan.
“Dalam konteks ini, pihak PDRM pasrinya akan turut berkongsi manfaat daripada usaa penambahbaikan ini apabila model terbaru tersebut dijadikan kereta peronda,” katanya.
-- mStar

Wednesday, May 25, 2011
Berita Baik! Harga Minyak Kekal
Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa harga minyak RON 95, diesel dan LPG masih kekal dengan harga lama. Walaubagaimanapun, pengekalan harga ini untuk tempoh berapa lama tidak dibincangkan. Kita berharap agar harga minyak tidak akan dinaikkan lagi dalam masa terdekat ini. Pengekalan harga ini sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada para pengguna.
Drifting a Mustang at Drive Thru
Security Cam Footage of a Drifter Going Through a Carl's Jr. Drive-Thru
Tuesday, May 24, 2011
Keputusan subsidi petrol minggu depan
KEPUTUSAN sama ada kerajaan mahu meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas akan diumum minggu depan.
KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.
"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat daripada RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.
Ismail Sabri berkata, kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.
KK: Nampaknya keputusan sama ada harga minyak akan naik atau sebaliknya akan diketahui minggu depan. Kita harap harga minyak tidak akan dinaikkan untuk mengelakkan beban terhadap rakyat bertambah.

Dua larikan Porsche Cayenne
BRICKFIELDS: Seorang wanita terpaksa melupakan hasratnya untuk bergaya dengan kereta mewah yang baru dibeli beberapa hari lalu apabila kereta Porsche Cayenne miliknya berharga RM300,000 dilarikan dua lelaki tidak dikenalinya di hadapan rumah rakannya di Bukit Damansara, di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang berusia 38 tahun dikatakan berkunjung ke rumah rakannya itu apabila tiba-tiba dihampiri dua lelaki berusia lingkungan 20-an bersenjatakan sebilah parang sebelum mangsa menyerahkan kenderaannya kepada mereka.
Bimbang dicederakan, mangsa menyerahkan keretanya kepada kedua-dua lelaki terbabit. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Travers, kira-kira jam 10.45 malam.
Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa hanya kehilangan ‘smart tag’ dan kad ‘touch n go’.

Monday, May 23, 2011
Tak perlu gusar harga petrol
Oleh Petah Wazzan Iskandar
2011/05/23
BUTTERWORTH: Rakyat tidak perlu gusar dengan kemungkinan kenaikan harga petroleum termasuk petrol RON95 kerana kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengekalkan pada harga semasa atau menaikkan harga bahan bakar itu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kajian ke atas bahan api itu dilakukan selaras pelan Rasionalisasi Subsidi bahawa setiap enam bulan sekali, satu kajian semula perlu dibuat ke atas subsidi minyak.
"Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk inflasi dan beban rakyat kerana rakyat adalah keutamaan Barisan Nasional (BN) sebelum memutuskan sebarang keputusan mengenai semakan semula.
"Apa yang saya boleh katakan, minyak tidak akan turun tetapi harga petrol naik atau kekal, akan ditentukan selepas keputusan pelarasan yang akan dibuat akhir bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Batu Kawan, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim.
Ismail Sabri berkata, walaupun harga petrol RON97 meningkat kepada RM2.90 seliter, ia tidak bermakna harga petrol tidak naik lagi dan jaminan harga minyak akan kekal selama-lamanya.
"Tahun lalu tanggungan subsidi hanya RM8 bilion, tetapi disebabkan minyak mentah dunia meningkat hingga mencecah AS$100 setong, tanggungan kerajaan mencecah RM18 bilion.
"Jika difikirkan, mengapa perlu kita menyuntik wang yang banyak bagi mengekalkan harga minyak di negara ini, sedangkan wang itu boleh digunakan untuk projek yang memberi kebaikan kepada rakyat termasuk membasmi kemiskinan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri meminta semua pimpinan UMNO terutama di Pulau Pinang perlu bekerja keras dan sentiasa mendahului pembangkang dalam mendekati rakyat.
"Kita perlu keluar dari zon selesa dan menjadi sebahagian rakyat supaya masalah mereka dapat diketahui dan dibantu sepenuhnya.
"Apabila timbulnya masalah dalam kalangan orang Melayu, UMNO perlu menjadi juara rakyat supaya rakyat mengetahui bahawa hanya UMNO yang mampu membantu mereka," katanya.

Sunday, May 22, 2011
Alat ganti Proton AMP
PROTON Holdings Bhd, melancarkan jenama alat ganti keduanya, ‘Proton AMP’ yang menawarkan pelbagai komponen serta aksesori berkualiti dan diluluskan syarikat itu pada harga lebih murah.
Ketua Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim, berkata jenama AMP itu menyediakan alternatif terbaik kepada pelanggan yang mahu merendahkan kos penyelenggaraan kenderaan mereka tanpa beralih kepada penggunaan alat ganti murah dan tidak selamat.
Katanya, selain penjimatan kos penyelenggaraan, pengguna produk AMP juga akan menikmati jaminan produk oleh Proton dalam tempoh tiga bulan atau 5,000 kilometer, tidak termasuk bagi alat ganti jenis ‘pasang dan haus’.
PROTON Holdings Bhd, melancarkan jenama alat ganti keduanya, ‘Proton AMP’ yang menawarkan pelbagai komponen serta aksesori berkualiti dan diluluskan syarikat itu pada harga lebih murah.
Ketua Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim, berkata jenama AMP itu menyediakan alternatif terbaik kepada pelanggan yang mahu merendahkan kos penyelenggaraan kenderaan mereka tanpa beralih kepada penggunaan alat ganti murah dan tidak selamat. Katanya, selain penjimatan kos penyelenggaraan, pengguna produk AMP juga akan menikmati jaminan produk oleh Proton dalam tempoh tiga bulan atau 5,000 kilometer, tidak termasuk bagi alat ganti jenis ‘pasang dan haus’. “Pelancaran Proton AMP ini selaras usaha menyediakan alat ganti berkualiti kepada pelanggan yang mana semua produk AMP ini bukan saja ditawarkan pada harga mampu milik tapi yang lebih penting diluluskan dan dijamin oleh Proton.
“Apa yang utama bagi kami adalah kepuasan pelanggan, sokongan mereka memberikan manfaat besar kepada kereta Proton milik mereka, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk membanteras komponen berkualiti rendah dan terpakai,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam
source
Ketua Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim, berkata jenama AMP itu menyediakan alternatif terbaik kepada pelanggan yang mahu merendahkan kos penyelenggaraan kenderaan mereka tanpa beralih kepada penggunaan alat ganti murah dan tidak selamat.
PROTON Holdings Bhd, melancarkan jenama alat ganti keduanya, ‘Proton AMP’ yang menawarkan pelbagai komponen serta aksesori berkualiti dan diluluskan syarikat itu pada harga lebih murah.
Ketua Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim, berkata jenama AMP itu menyediakan alternatif terbaik kepada pelanggan yang mahu merendahkan kos penyelenggaraan kenderaan mereka tanpa beralih kepada penggunaan alat ganti murah dan tidak selamat.
“Apa yang utama bagi kami adalah kepuasan pelanggan, sokongan mereka memberikan manfaat besar kepada kereta Proton milik mereka, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk membanteras komponen berkualiti rendah dan terpakai,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam
source
Kanye West tayang Mercedes RM5.1 juta
KANYE WEST (kanan) memandu kereta Mercedes berharga RM5.1 juta di Cannes, Perancis, baru-baru ini
Penyanyi berusia 33 tahun itu berehat daripada berparti di atas beberapa kapal layar berharga berjuta-juta dolar AS di selatan Perancis dengan memandu kereta Mercedes McLaren SLR Stirling Moss 75 untuk bersiar-siar di sini, baru-baru ini.
Kereta sport berkuasa tinggi itu memiliki kelajuan maksimum 347 kilometer sejam dan dipercayai hanya segelintir kenderaan itu yang masih wujud di dunia.
Kanye dan rakan-rakannya turut menaiki kereta sport tersebut semasa dalam perjalanan untuk menghadiri acara Cannes yang paling menarik tahun ini iaitu majlis makan malam tahunan amfAR dan satu acara lelongan di Hotel du Cap di sini.
Dia memakai tuksedo hitam dan memandu kereta tersebut yang dianggap aksesori lelaki paling hebat tampil penuh bergaya di majlis tersebut.
Pada majlis itu, West disertai selebriti lain termasuk pereka fesyen, Karl Lagerfeld, aktres Kristen Dunst dan pemenang anugerah Oscar, Sean Penn. - Agensi
source
Saturday, May 21, 2011
Beban rakyat diambil kira sebelum pelarasan harga petrol
PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk beban kepada rakyat sebelum melakukan sebarang keputusan berhubung pelarasan harga petrol termasuk RON 95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, pelarasan itu akan ditentukan pada hujung bulan ini atau awal Jun dan setakat ini kerajaan tidak boleh menentukan sama ada harga RON 95 akan kekal atau sebaliknya.
“Pada tahun lepas tanggungan subsidi minyak adalah RM8 bilion. Tahun ini jika harga minyak AS$100 setong, jika keadaannya tidak turun atau naik lagi, kita jangka tanggungan kita mencecah RM18 bilion iaitu RM10 bilion lebih tinggi daripada tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, rakyat tidak boleh berharap supaya harga petrol serta barangan akan kekal sepanjang masa.-kosmo

Friday, May 20, 2011
Remaja cipta motosikal Transformers
MOTOSIKAL Uno III Streetbike yang belum berubah bentuk
BENTUK motosikal Uno III Streetbike selepas berubah bentuk
MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3.
Menurut Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang teruk.
Justeru, dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan butang.
Motosikal itu sesuai disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif. - Agensi
source
Thursday, May 19, 2011
Kawan rosakkan kereta Lamborghini RM1.1 juta
KERETA Lamborghini Murcielago yang remuk teruk dalam kemalangan di Sydney pada Ahad lalu.
Dia memandu kereta itu pada pagi Ahad lalu sebelum hilang kawalan di sebatang jalan raya di Sydney, Australia. Lebih malang lagi, kereta tersebut kemudian bertembung dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk.
Pemandu teksi itu merupakan wanita berusia 51 tahun dan dia terperangkap di dalam kenderaan lebih sejam sebelum diselamatkan dengan sebelah kakinya patah.
Pemilik kereta Lamborghini Murcielago yang berusia 30 tahun itu mungkin berdepan masalah untuk menuntut kerugian daripada syarikat insurans kerana kereta tersebut tidak diinsuranskan kepada pemandu berusia bawah 25 tahun.
Dia memberi pinjam kepada rakannya itu namun keretanya kini sukar untuk dikenali pasti kerana remuk teruk.
"Saya menganggap pemandu kereta itu berada (dirawat) dalam ambulans kedua. Sukar dipercayai dia masih boleh berjalan tanpa sebarang kecederaan," kata seorang saksi, Daisy Buckle.
Seorang lagi penumpang kereta sport itu yang berusia 26 tahun mengalami cedera ringan di bahagian dada.
Kereta sport Lamborghini Murcielago didedahkan kepada umum pada tahun 2002.
Pembuat kereta dari Itali itu menggunakan enjin bersesaran 6.2 liter V12.
Pihak polis sedang menyiasat kemalangan itu dan akan mendakwa pemandu tersebut kerana memandu secara berbahaya.
Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. - Agensi
source
Wednesday, May 18, 2011
Harga Minyak Dunia Menunjukkan Penurunan
Harga minyak dunia pada masa kini menunjukkan penurunan. Penurunan ini adalah satu perkembangan yang baik dan diharap harga minyak dunia akan semakin menurun.
Tuesday, May 17, 2011
Rakyat diminta bersedia jika harga minyak naik - Ismail Sabri
15/05/2011 11:09pm
Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
PUTRAJAYA 15 Mei – Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.
Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.
"Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya. - Utusan
Untuk makluman, harga minyak dunia pada 15 Mei 2011;
source
Monday, May 16, 2011
Sunday, May 15, 2011
Saturday, May 14, 2011
Thursday, May 12, 2011
Kereta sport paling mahal kini milik Lamborghini
KERETA Lamborghini Sesto Elemento.
Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu.
Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.
Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.
Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina.Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis. - Agensi
source
Wednesday, May 11, 2011
Honda labur RM50j bina gudang baru
HONDA Malaysia akan melabur sehingga RM50 juta untuk mendirikan gudang di kawasan perindustrian Bukit Jelutong, Shah Alam yang dijangka siap menjelang suku kedua tahun depan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno dalam satu kenyataan, berkata pembukaan gudang baru itu adalah sejajar dengan pertumbuhan berterusan pasaran Honda di Malaysia. “Membuka gudang baru di lokasi strategik adalah tindakan sewajarnya kerana kami sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan untuk pelanggan,” katanya.
Menurutnya, dalam tempoh tiga tahun, jumlah jualan kenderaan keluaran Honda meningkat kira-kira 12,000 unit dengan peningkatan sehingga 14 peratus penguasaan pasaran.
source
10 lagi pengimport kereta diserbu
KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 buah lagi syarikat jualan kereta mewah import milik bumiputera diserbu pihak berkuasa semalam atas dakwaan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Serbuan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan premis yang diserbu sekumpulan pihak berkuasa di seluruh negara setakat ini melebihi 30 buah.
Beberapa orang ahli lembaga pengarah syarikat terbabit turut disoal siasat oleh para pegawai daripada empat agensi kerajaan yang melakukan serbuan itu bagi membantu siasatan.
Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman ketika dihubungi Kosmo! semalam mengesahkan perkara tersebut.
source
Tuesday, May 10, 2011
Thursday, May 5, 2011
Harga Ron 97 naik lagi
Minyak petrol Ron 97 naik 20 sen menjadi RM 2.90 seliter berkuat kuasa 5 Mei 2011, manakala RON95 maish kekal pada RM1.90.
Sunday, May 1, 2011
Pandu kereta bawah lori
KERETA Mazda MX-5 menyelinap di bawah treler
MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Ini bukan adegan filem tetapi satu realiti. Seorang pemandu mengundang padah dengan memandu kereta sportnya di bawah sebuah treler yang sedang bergerak, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kereta sport Mazda MX-5 yang dipandu lelaki tersebut menyelinap di bawah treler 18 tayar itu yang bergerak selaju 64 kilometer di sebatang jalan yang sibuk di negeri Florida.
Dia kemudian bergerak keluar dari bawah treler itu dan terus memandu pergi.
"Saya tidak percaya melihat aksinya. Dia mengundang bahaya kepada semua pemandu lain. Kadangkala kebodohan manusia tidak mengenal batasan," kata seorang saksi Ben Ellis yang merakam kejadian itu baru-baru ini. - Agensi
source
Subscribe to:
Posts (Atom)