Google
 
Showing posts with label myvi baru. Show all posts
Showing posts with label myvi baru. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Perodua MYVI TERBARU D54T 2011

Perodua Myvi baru 2011 1.5L boleh ditempah sekarang berdasarkan iklan di Mudah.my. Walaupun tempoh pelancarannya masih dirahsiakan, saya berpendapat Myvi baru ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

Buat masa ini, Myvi baru ini masih belum ada nama rasmi dan pihak Perodua menggunakan kod  D54T untuk Myvi baru ini. Ada juga khabar angin mengatakan Myvi baru ini akan dikenali sebagai Perodua Infiniti 1.5L. Sama-samalah kita nantikannya. Anda boleh lihat maklumat lanjut dan lagi gambar Myvi baru 1.5L di sini, http://www.mudah.my/Perodua+MYVI+TERBARU+D54T-9942810.htm


Saturday, March 19, 2011

Perodua Jangka Lancar Model Baharu

BESUT 18/03/2011— Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka melancarkan model baharu kereta kompak yang menampilkan reka bentuk terkini, lebih bergaya dan sporty pada Julai atau September tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu yang bakal diperkenalkan itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris sedia ada, MyVi, Alza dan ViVa.

“Bagi model baharu ini, kita juga mengambil kira komen pelanggan terhadap model sebelum ini.”

“Sebab itu setiap kali Perodua memperkenalkan model baharu, tentunya ia lebih baik daripada yang lama, umpamanya dari segi reka bentuk, enjin dan penjimatan minyak,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai model baharu itu, mahu pun mengesahkan ketika ditanya kemungkinan model baru itu membabitkan kereta sedan kompak dengan kapasiti enjin 1.5 liter.

“Ia kereta kompak yang mampu milik dan berpatutan, ia sesuai untuk semua golongan masyarakat, khususnya golongan muda,” katanya.

Pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan 195,000 unit tahun ini.

– BERNAMA

Wednesday, March 16, 2011

Gambar Myvi Baru

Ini adalah gambar Perodua Myvi baru yang dikirimkan oleh pembaca blog kakikereta, Hilmy Ibrahim. Terima kasih saya ucapkan atas kiriman gambar-gambar tersebut. Nampaknya, Perodua Myvi akan masih menjadi sambutan kerana rekaan terbaru ini lebih menarik. Mungkin Perodua akan melancarkan model ini tidak lama lagi. Sama-samalah kita nantikan.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad