Google
 

Saturday, March 19, 2011

Perodua Jangka Lancar Model Baharu

BESUT 18/03/2011— Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka melancarkan model baharu kereta kompak yang menampilkan reka bentuk terkini, lebih bergaya dan sporty pada Julai atau September tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu yang bakal diperkenalkan itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris sedia ada, MyVi, Alza dan ViVa.

“Bagi model baharu ini, kita juga mengambil kira komen pelanggan terhadap model sebelum ini.”

“Sebab itu setiap kali Perodua memperkenalkan model baharu, tentunya ia lebih baik daripada yang lama, umpamanya dari segi reka bentuk, enjin dan penjimatan minyak,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai model baharu itu, mahu pun mengesahkan ketika ditanya kemungkinan model baru itu membabitkan kereta sedan kompak dengan kapasiti enjin 1.5 liter.

“Ia kereta kompak yang mampu milik dan berpatutan, ia sesuai untuk semua golongan masyarakat, khususnya golongan muda,” katanya.

Pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan 195,000 unit tahun ini.

– BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad