KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Kerajaan masih belum memuktamadkan rancangan untuk menamatkan industri mengimport barangan dan komponen kereta terpakai kerana perkara itu masih dalam perbincangan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kementerian berkenaan akan mengadakan pertemuan dengan pihak yang terlibat Jumaat ini.
"Terdapat pelbagai rancangan dalam Dasar Automotif Negara, namun sebelum dimuktamadkan, kita akan dengar maklum balas semua pihak," katanya kepada pemberita pada Seminar Pelaburan Domestik Nasional di sini Selasa.
Mustapa berkata kementerian itu menerima pelbagai cadangan serta memorandum daripada pihak yang terlibat dan semuanya akan ditentukan dalam rundingan lanjut tersebut.
"Kerajaan ada membuat cadangan supaya beberapa item yang kritikal di haramkan penggunaannya, namun ia baru di peringkat cadangan dan belum dimuktamadkan lagi.
"Kita ada pengguna kenderaan, penjual alat ganti dan orang awam, jadi kita harus buat pertimbangan yang seadil-adilnya. Kita tidak akan buat keputusan muktamad sehinggalah kita teliti pekara ini semasak-masaknya," jelas beliau.
Dasar Automotif Negara yang diumumkan pada 28 Okt 2009 menetapkan untuk menamatkan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai secara berperingkat-peringkat mulai Jun 2011.
Peraturan ini hanya terpakai untuk alat ganti dan komponen terpakai import. Ini selari dengan objektif jangka panjang kerajaan untuk mengharamkan pengimportan komponen automotif terpakai yang kurang bermutu dan tidak selamat.

source: bernama
No comments:
Post a Comment