Suspek berusia awal 40-an dikesan melarikan BMW 321i dari sebuah pusat servis di bandar ini kira-kira jam 4.30 petang Isnin lalu, sebelum meninggalkan kereta terbabit di tempat letak kenderaan kawasan kedai tidak jauh dari rumahnya.
“Anggota kita kemudian menahannya dan siasatan mendapati dia terbabit dalam sembilan kes sama, tetapi kita percaya dia sebenarnya bertanggungjawab dalam lebih banyak kejadian curi kenderaan.
“Berikutan itu, polis merampas BMW 321i terbabit dan menemui semula tiga kenderaan lain, iaitu PERODUA Myvi, Mitsubishi Triton dan Kia Spectra tidak jauh dari rumahnya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.
Beliau berkata, polis masih mengesan beberapa kenderaan lain dilarikan suspek yang aktif di Seremban, Selangor dan Kuala Lumpur itu, termasuk Honda City, Nissan Silphy, Honda Civic, Honda Accord dan Toyota Camry.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.
Osman berkata, siasatan mendapati suspek menjalankan kegiatan itu seorang diri, namun mempunyai pembeli di kalangan sindiket terancang yang akan menjual semula kenderaan berkenaan sebagai kereta terpakai.
source
No comments:
Post a Comment