Google
 

Wednesday, December 21, 2011

Tip Penjagaan 'Windscreen' Kereta

Memandangkan sekarang sudah tiba musim hujan, penglihatan pemandu pada waktu hujan boleh menjadi terhad disebabkan oleh 'windscreen' atau cermin hadapan kereta yang tidak dijaga. Ramai yang tidak tahu penglihatan yang kabur semasa hujan bukan saja disebabkan oleh getah 'wiper' yang sudah keras tetapi boleh juga disebabkan oleh debu-debu halus yang melekat di permukaan 'windscreen' menjadikan permukaannya terasa kasar.
Contoh cermin hadapan yang kabur. Sumber: Google Images
Jika ini terjadi di kereta anda, apa yang anda perlukan hanyalah 'rain repellent' untuk membersihkan cermin hadapan anda dan ia akan bertindak sebagai satu lapisan kalis air supaya air tidak melekat di cermin hadapan anda. Harga sebotol dalam sekitar RM6-RM8 bergantung kepada saiz dan jenama.

Perbezaan setelah menggunakan 'rain repellent'. Sumber: Google Images
Cara penggunaanya amat mudah, anda hanya perlukan titiskan 'rain repellent' ke atas cermin hadapan dan sapu rata dengan menggunakan tisu bersih selepas anda membasuh kereta. Anda boleh ulang semula bila cermin hadapan anda sudah mula kabur.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad