Hujung bulan ini merupakan tarikh yang pasti mengujakan kepada para peminat dan pencinta kenderaan nasional.
Ini kerana Proton Holdings Berhad dijangka melancarkan kereta terbarunya yang ketika ini dikenali sebagai P3-21A.
P3-21A merupakan model terbaharu yang didatangkan dengan reka bentuk terkini.
Yang pasti, ia bukanlah model gantian untuk Proton Persona.
Reka bentuknya berbeza sama sekali dan bukan menyerupai Persona seperti yang diperkatakan oleh orang ramai kerana ia merupakan sebuah kereta baharu.
Menariknya, kereta baru itu turut menawarkan akses internet 4G.
Menerusi kerjasama yang dijalinkan dengan YTL Communication, Proton akan membangunkan kemudahan sambungan modem di dalam keretanya, di mana penumpang boleh mendapatkan liputan jalur lebar di dalam kereta.
Bagaimanapun difahamkan penyediaan teknologi itu hanya memberi kesan minimum kepada harga kereta kerana tidak melibatkan pelaburan, sebaliknya berkait dengan pengubahsuaian teknologi sahaja.
Jika dibandingkan dengan kereta konsep yang dipaparkan di laman web rasmi Proton, gambar model terbaru proton tersebut mungkin diambil dari Proton Tuah yang telah diubahsuai di beberapa bahagian seperti lampu dan gril hadapannya.
Selain itu, bahagian “fog lamp” (lampu kabus) model tersebut berkemungkinan diadaptasi dari model Proton Kasturi, sebuah lagi model yang berasaskan model Proton Saga FLX.
Dengan reka bentuk yang lebih menarik dan beberapa aksesori tambahan dibahagian luar seperti “side mirror indicator signal light” (lampu signal di bahagian cermin pandang sisi), dijangka model tersebut akan mendapat sambutan hangat di pasaran negara ini jika dipasarkan tahun hadapan.
Dengan gaya yang lebih ‘elegen’, ‘sporty’ dan nafas baru ini, dipercayai bahawa model tersebut mampu menarik pembeli dari golongan muda dan graduan baru sebagai kereta pertama mereka.
Dalam perkembangan terbaru, Proton akan mula membuka tempahan untuk model baru P3-21A, serentak dengan penganjuran pameran automotif ‘Power of 1’ terbesar bermula 14 hingga 18 Mac ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur walaupun ada yang mengatakan bahawa pelancaran rasmi model ini terpaksa ditunda.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menegaskan, pihaknya akan tetap berusaha merealisasikan pelancaran kereta itu hujung bulan ini.
source
No comments:
Post a Comment