Google
 

Tuesday, April 10, 2012

Tempahan Toyota 86 dibuka

TOYOTA 86 dibangunkan bersama dua pengeluar automotif terkemuka Jepun, Toyota dan Subaru.




Kereta sports dijana enjin 2.0 liter boleh didapati dalam 6 warna pilihan 

UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi model kereta sports terbarunya, Toyota 86.


Kereta sports dengan enjin 2.0 liter yang disediakan dalam transmisi manual dan automatik itu ditawarkan masing-masing pada harga atas jalan RM243,000 dan RM249,000.


UMW Toyota dalam kenyataannya semalam berkata, model berkenaan boleh didapati dalam enam warna pilihan iaitu Crystal Black Silica, Sterling Silver Black, Lightning Red, Galaxy Blue Silica, Orange Metallic, serta Satin White Pearl. 

“Pelanggan yang mahu mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan boleh menghubungi talian bebas tol UMW Toyota Motor,” katanya. 

Toyota 86 adalah model kereta sports yang dibangunkan bersama dua pengeluar automotif terkemuka Jepun, Toyota dan Subaru. 

Ia mempunyai tempat duduk 2+2 dengan reka bentuk coupe dua pintu, enjin di depan dan pemanduan tayar belakang. 
Model itu, yang baru saja diperkenalkan bulan lalu untuk pasaran global dijual menggunakan beberapa jenama berbeza iaitu Toyota 86 di Jepun dan negara Asia, Toyota GT-86 di Eropah, Subaru BRZ dan Scion. 

‘86’ atau Hachi-Roku dalam bahasa Jepun merujuk kepada model Toyota AE86, model kereta popular yang dijual pada 1980-an. 

Toyota 86 pertama kali ditampilkan sebagai kereta konsep pada Pameran Motor Tokyo 2009 menggunakan nama Toyota FT-86, yang mana FT adalah singkatan kepada ‘Future Toyota’. 

Tidak lama selepas itu, versi prestasi tinggi model sama dilancarkan pada Januari 2010 ketika acara Tokyo Auto Salon dikenali sebagai Toyota FT-86 G Sports. 

Pada Pameran Motor Geneva tahun lalu, kereta konsep ketiganya ditampilkan yang dikenali sebagai Toyota FT-86 II. 

Versi pengeluaran untuk Toyota 86 kemudian diperkenalkan buat kali pertama semasa Pameran Motor Tokyo 2011. 

Pada 16 Mac lalu, model Toyota 86 dilancarkan oleh Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda di kilang pengeluaran utama Subaru di Ota-city, Gunma yang menandakan pencapaian terbaru pakatan antara Toyota dan pengeluar kereta Subaru, Fuji Heavy Industries. 

Dilaporkan, Toyota sudah menerima kira-kira 7,000 tempahan untuk model Toyota 86 di Jepun. Jualan pertamanya dijadualkan bermula bulan ini. 

source

1 comment:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad