Google
 

Friday, September 21, 2012

Ikon Volkswagen kini kembali




Sebut sahaja nama kodok, katak ataupun Bug pasti akan mengembalikan nostalgia kisah klasik anda bersama model pertama Volkswagen. Sebelum diberi nama Beetle, ia hanya dipanggil dengan nama Type 1 di awal pengeluaran.

Beetle sudah lama dikenali iaitu hampir 70 tahun dan kereta itu sendiri sebenarnya adalah ikon. Secara global, Beetle pertama kali diperkenalkan pada 1938 dengan jualan sekitar 22.5 juta.

Di Malaysia, Beetle adalah model pertama Volkswagen yang dibawa ke pasaran tempatan sekitar 1950-an oleh Champion Motors. Kira-kira 13 tahun kemudiannya, Beetle mula dipasang secara tempatan di Shah Alam.

Beetle 2012 pernah dipamerkan di Das Auto Show 2011 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Generasi ke-3 itu dipasang di kilang Volkswagen yang terletak di Mexico. Beetle mula di jual di Amerika Utara pada September 2011 dan kemudiannya ia dilancarkan secara progresif di negara lain.

Selama 67 tahun berada di pasaran, Beetle hanya mengalami perubahan evolusi tiga kali sahaja. Di pasaran tempatan, kereta kumbang itu ditawarkan dengan varian 1.2 liter (L) TSI pada harga bermula RM139,888 tanpa insurans.

Dijana enjin 1.2L dengan suntikan turbo, empat silinder, sama seperti Polo TSI, Beetle menghasilkan kuasa 105ps dengan tork 175Nm.

Dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan automatik, Beetle lebih berkuasa. Kecekapan bahan api dikatakan 17 kilometer per liter dan tangki penuh adalah 55 liter.

Bagi mereka yang menantikan varian 2.0L TSI yang menggunakan enjin sama dengan Golf GTI jangan bimbang kerana Volkswagen akan membawanya kemudian.

Pengarah urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM), Ricky Tay berkata ia sudah ada dalam rancangan Volkswagen bagaimanapun untuk mendapatkan stok daripada kilang memerlukan sedikit masa kerana mengejutkan Beetle 2012 mendapat permintaan tinggi di beberapa negara.

Pandangan pertama melihat luaran Beetle akan mengingatkan kembali kepada model Porsche 356. Bagaimanapun Beetle masih mengekalkan rekaan signatur lamanya dan nisbah rupa badan masih seimbang dan secara keseluruhan ia menerima sentuhan sporty.

Dari segi saiz, generasi ke-3 ini lebih panjang 152 milimeter (mm) dan lebih lebar dengan 84mm. Perbandingan dengan generasi sebelumnya, Beetle baharu lebih besar dan lebar. Terdapat ruang tambahan bagi bahagian kepala dan kaki sementara bahagian but lebih luas.

Beetle ditawarkan dengan empat warna menarik Candy White, Tornado Red, Saturn Yellow, Reflex Silver, Deep Black, Platinum Grey dan Graciosa Brown.
Sementara itu, Ricky Tay berkata pengeluar kereta itu juga sedang menimbang untuk memperkenalkan kenderaan hibrid Volkswagen di Malaysia, memandangkan faedah cukai dan penekanan yang diberikan oleh kerajaan bagi kenderaan cekap tenaga.


source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad