KUALA LUMPUR - Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal di ibu kota dibenarkan membelok kiri di enam lokasi yang menjadi laluan utama kenderaan, walaupun ketika lampu isyarat masih merah, sebagai langkah melancarkan perjalanan trafik, khususnya pada waktu puncak.
Lokasi tersebut adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja ke Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Semarak ke Jalan Tun Razak, dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, Dewan Bandaraya Kuala Kumpur (DBKL) menggunakan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (Miros) bagi melaksanakan 'authorised left turn' itu.
Menurutnya, pemandu perlu memandu kenderaan seperti biasa.
Namun bagi pemandu yang berada di lorong paling kiri, boleh membelok ke kiri jika selamat walaupun lampu isyarat masih merah.
"Lampu isyarat (anak panah) yang berkelip dipasang memastikan pemandu berhati-hati, namun keutamaannya masih hak pejalan kaki," katanya pada sidang media selepas pelancaran 'authorised left turn', di persimpangan Jalan Raja menuju ke Jalan Parlimen di sini, hari ini.
Pelaksanaan ini merupakan yang keempat di Malaysia selepas Putrajaya, Kuching dan Kuantan.
source
No comments:
Post a Comment