Google
 

Wednesday, November 3, 2010

Kereta hibrid Proton dijangka bawah RM100,000

Ini adalah berita baik bagi sesiapa yang ingin menggunakan kereta hibrid kerana harga yang ditawarkan amat kompetitif. Memandangkan harga minyak yang tidak menentu, kereta hibrid adalah pilihan yang bijak bagi pengguna yang selalu berjalan jauh. Buat masa ini, rasanya Proton telah menjalankan R&D tentang kereta hibrid ni. Sama-samalah kita nantikan spyshot kereta hibrid ni di jalan raya.

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd meninjau untuk menawarkan kereta hibrid pertamanya pada harga kompetitif di bawah RM100,000, kata Penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Dijangka dilancarkan secara komersial tahun depan, Proton dikatakan membangunkan enjin hibrid serta enjin elektrik dengan syarikat British Frazer-Nash Research, LG dari Korea Selatan dan anak syarikatnya yang berpangkalan di Britain Lotus.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pembangunan kereta hibrid adalah sebahagian daripada inisiatif Proton untuk beralih kepada teknologi hijau.

“Kami kini menghentikan reka bentuk dan dalam proses menambah baik prestasi kereta. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta edisi ulang tahun ke-25 Proton kepada sembilan pembeli pertama di sini.

“Harga kereta hibrid akan tinggi sedikit berbanding kereta biasa kerana bateri amat mahal. Bagi pengeluar kereta terkenal, kereta hibrid, akan tiga kali lebih tinggi daripada kereta biasa. Kereta kita, saya rasa di bawah RM100,000,” katanya.

Beliau berkata Proton akan menampilkan tiga kereta hibridnya untuk penyertaan perlumbaan di Britain pada 6 November ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat akan menguji kira-kira 50 kenderaan hibrid untuk kegunaan kerajaan sebelum pelancaran pengeluaran secara besar-besaran. Sebelum itu beliau berkata syarikat mengeluarkan Exora versi hibrid di Britain bagi tujuan ujian dan penyelidikan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad