Google
 

Wednesday, September 14, 2011

Proton lama lima pemilik setia akan bertukar wajah

Kereta Proton yang berjaya diberikan wajah baharu

SHAH ALAM 13 Sept. - Sebanyak lima pemilik kenderaan Proton yang setia berpeluang menukar wajah kenderaan lama masing-masing menjadi berprestasi tinggi dengan 'body kit yang menarik melalui penyertaan pertandingan Very Important Proton (VIP)', tahun ini.

Pertandingan VIP melalui laman sesawang www.protonVIP.com dikendalikan oleh unit R3, Bahagian Sukan Bermotor, Proton Holdings Bhd.

Pengarah Penjenamaan dan Pemasaran Kumpulan Proton, John Chacko berkata, pemilihan pemenang akan dilakukan melalui inisiatif pertandingan Very Important Proton (VIP) yang dijalankan secara dalam talian.

Beliau berkata, lima pemenang akan dipilih setiap bulan bermula Ogos sehingga Disember depan.

''Pertandingan ini merupakan ganjaran syarikat kepada pelanggan setianya sejak 26 tahun Proton ditubuhkan di negara ini,'' katanya selepas menghadiri majlis penyerahan kenderaan Proton lama ditukar wajah kepada baharu di sini hari ini.

Penerima pertama bagi model contoh tukar wajah kenderaan lama Proton di bawah program VIP adalah seorang juruteknik sebuah kilang pengeluaran, Fadhly Hisham Roplay, 33.

Fadhly memenangi pertandingan itu melalui kisah menariknya bersama Proton Saga yang dimiliki sejak 19 tahun lalu.

Proses tukar wajah baharu Proton Saga Fadhly Hisham mengambil masa selama empat minggu.

Tambah Chacko, program VIP merupakan inisiatif permulaan di bawah unit R3.

Katanya, pihaknya akan mendapatkan maklum balas orang ramai dan pelanggan mengenai tukar wajah tersebut.

''Jika program ini mendapat sambutan menarik, kami mungkin mempertimbangkan sama ada untuk membuka tawaran tukar wajah kenderaan lama Proton secara berbayar kepada orang ramai,'' ujarnya.

Tarikh tutup penyertaan pada 28 Disember 2011 dan para peserta juga boleh mendaftar penyertaan melalui mengunjungi mana-mana cawangan Pusat Jualan dan Perkhidmatan Proton.

source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad