Google
 

Saturday, September 10, 2011

Tempahan Myvi 1.5 liter Isnin ini

 sumber gambar: paultan

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka model baru Myvi 1.5 liter yang akan mula dibuka untuk tempahan 12 September ini akan menyumbang kepada kira-kira separuh jualan bulanan daripada 8,000 unit model Myvi sekarang.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Myvi 1.5 L itu hanya dikeluarkan secara eksklusif bagi pasaran Malaysia dan disasarkan kepada eksekutif muda serta di bandar yang mahukan kereta yang sporty dan premium sesuai dengan gimik pengenalannya, ‘Lagi Power Lagi Best’.

Beliau berkata, tempahan bagi variasi premium dan sporty dibuka dari 12 September manakala harganya akan diumumkan pada hari pelancarannya dengan empat varian ditawarkan termasuk varian multimedia membabitkan transmisi manual dan automatik.
“Model baru ini yang tersedia dalam lima warna akan tersedia di semua 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara dari 15 September dan pengenalan model ini hasil permintaan pihak tertentu yang mahu mendapatkan Myvi yang mempunyai kapasiti enjin lebih besar selain kejayaan Myvi 1.3 Liter edisi baru sebelum ini,” katanya, semalam.

Katanya, semua bilik pameran Perodua akan dibuka sehingga lewat malam bagi menampung pelawat yang ramai dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran itu dan setakat ini Perodua menerima tempahan 34,000 unit dengan 18,000 sudah diserahkan kepada pelanggan.

source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad