Google
 
Showing posts with label booking proton inspira. Show all posts
Showing posts with label booking proton inspira. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

PROTON Inspira janji kelainan

Sentuhan teknologi Lotus mampu mempertingkatkan ciri pemanduan


PEKERJA PROTON melakukan pemasangan kereta PROTON Inspira di PROTON Shah Alam.

PROTON Inspira yang bakal dilancarkan 10 November ini, menawarkan pengalaman pemanduan berbeza berbanding Mitsubishi Lancer yang ada dalam pasaran ketika ini, terutama aspek keselesaan pengendalian berikutan sentuhan teknologi Lotus pada model itu.

Pengurus Projek PROTON Inspira PROTON Holdings Bhd (PROTON), Zulkiflee Bidin, berkata sentuhan teknologi Lotus itu mempertingkatkan ciri pemanduan dan pengendalian model berkenaan, sekali gus memberikan pemandu serta penumpang Inspira pengalaman memandu lebih menarik dan selesa.

“Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.

“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.

“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.

PROTON Inspira dibangunkan bersama oleh PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun menerusi kerjasama strategik baru antara syarikat berkenaan.

Menerusi kerjasama itu, MMC menawarkan model Lancer versi terkininya kepada PROTON untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model PROTON.

Syarikat Jepun itu juga sebelum ini mengadakan kerjasama hampir sama dengan Peugeot yang mana model Outlander diubahsuai serta dikeluarkan sebagai model SUV syarikat Perancis itu.

Zulkiflee berkata, peningkatan pengendalian dan keselesaan pemanduan yang dilaksanakan PROTON itu mendapat pujian MMC apabila tiga juruteranya yang ditugaskan memantau pembangunan model itu, memberikan maklum balas positif selepas memandu uji Inspira.

“Meskipun hasrat PROTON untuk membuat beberapa perubahan kepada Inspira ditentang, namun selepas beberapa sesi penerangan dan ujian, mereka terkejut dengan peningkatan dibuat, sekali gus memuji usaha PROTON itu,” katanya.

Inspira yang setakat 3 Oktober lalu sudah menerima 1,500 unit tempahan, akan ditawarkan pada harga permulaan RM79,888 seunit.

Sebanyak 300 unit model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter dan didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih itu, kini sedia untuk diserahkan kepada pembeli, manakala hampir 500 unit dalam peringkat pengeluaran akhir.


-- B.Harian

Saturday, October 16, 2010

Proton Inspira dibuka untuk tempahan

Para peminat Proton boleh mula membuat tempahan Proton Inspira bermula 14 okt 2010 setelah Proton melancarkan pra-pelancaran Proton Inspira kelmarin. Harga Proton Inspira bermula dari RM79888 untuk versi manual 1.8 liter. Pada pendapat saya, harga tersebut adalah amat berpatutan berbanding dengan kereta lain yang sama kelas dengannya.

proton inspirapra pelancaran proton inspira

Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.

"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.

Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya.

"Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.

"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.

Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.

Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November.

Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.

Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

"Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal.

Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport Inspira, "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran."

Inspira tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah.

- Bernama

Wednesday, October 13, 2010

Info Mengenai Proton Inspira

Model baru Proton ini akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Model ini boleh didapati dalam tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Tempahan model pengganti Waja ini boleh dibuat bermula Khamis ini di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Buat masa ini, Proton waja lancer ini menggunakan kod P3-90A kerana nama Proton Inspira masih belum digunakan secara rasmi oleh pihak Proton. Pelancaran model ini secara rasmi ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Proton telah menala dan mempertingkatkan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dengan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad