Google
 
Showing posts with label brochure proton inspira. Show all posts
Showing posts with label brochure proton inspira. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Info Mengenai Proton Inspira

Model baru Proton ini akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Model ini boleh didapati dalam tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Tempahan model pengganti Waja ini boleh dibuat bermula Khamis ini di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Buat masa ini, Proton waja lancer ini menggunakan kod P3-90A kerana nama Proton Inspira masih belum digunakan secara rasmi oleh pihak Proton. Pelancaran model ini secara rasmi ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Proton telah menala dan mempertingkatkan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dengan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.



Proton Inspira Brochure

Menurut gambar brochure di bawah, Proton Waja Lancer akan dikenali sebagai Proton Inspira. Buat masa ini, tiada sebarang info mengenai bila model pengganti waja ini akan dilancarkan tetapi ada ura-ura mengatakan akan ada prapelancaran pada 14 Okt 2010. Proton Inspira boleh didapati dengan harga bermula lebih kurang RM80k. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

brochure proton inspira

source

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad