Google
 
Showing posts with label gambar waja baru. Show all posts
Showing posts with label gambar waja baru. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira

This is the latest pictures about Proton Inspira. This is the test drive unit for automotive journalist. To read about how the feedback after the test drive, click here

proton inspira

gambar proton inspira
proton inspira test drive
proton waja lancer
source

Wednesday, October 13, 2010

Info Mengenai Proton Inspira

Model baru Proton ini akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Model ini boleh didapati dalam tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Tempahan model pengganti Waja ini boleh dibuat bermula Khamis ini di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Buat masa ini, Proton waja lancer ini menggunakan kod P3-90A kerana nama Proton Inspira masih belum digunakan secara rasmi oleh pihak Proton. Pelancaran model ini secara rasmi ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Proton telah menala dan mempertingkatkan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dengan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.



Tuesday, October 5, 2010

Lagi Gambar Terkini Proton Waja Lancer

Ini adalah gambar yang paling terkini dan terbaru mengenai Proton Waja Lancer. Kemungkinan model pengganti waja ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2010.

Menurut sumber, model ini boleh didapati dalam 2 versi, 1.8 dan 2.0. Versi 2.0 akan mempunyai kerusi kulit, paddle shift, auto cruise dan mini spoiler like Proton Persona. Menurut sumber lagi, model ini menggunakan enjin yang sama dengan Lancer EX tetapi Proton telah menggantikan sistem suspensi dan menggunakan rim 16" seperti dalam gambar.

proton inspira
proton waja baru
proton waja lancer
waja 2010
gambar waja baru
source

Friday, September 24, 2010

Proton Waja Lancer aka Proton Inspira?

Proton Waja Lancer aka Proton Inspira?



Ini adalah gambar Proton Waja Lancer rekaan Theophiluschin sebelum gambar muka depan Waja Lancer tersebar luas di internet. Hampir sama bukan? Cuma pihak Proton telah mereka semula bumper depan untuk kelihatan lebih menarik.



Menurut dari satu laman web yang saya lawati, Proton Waja Lancer akan dinamakan sebagai Proton Inspira. Info ini belum disahkan lagi dan khabar angin mengatakan nama itu akan dipilih untuk model pengganti waja tersebut. Sama-samalah kita nantikan pengumuman dari pihak Proton dalam masa terdekat ini.

Saya akan update jika ada info baru mengenai hal ini.

Sunday, September 19, 2010

Gambar Proton Waja Baru (Waja Lancer)

Ini adalah gambar yang dikatakan model pengganti waja (Proton Waja Replacement Model). Jika ini adalah model yang dikatakan, pada pendapat saya, model ini amat menarik dan boleh menarik ramai pembeli apabila dilancarkan kelak.

Sebelum ini kita dihidangkan dengan gambar spyshot dan gambar sneak peak sahaja tapi kali ini keseluruhan muka depan dapat dilihat.

gambar waja baru

source

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad