Google
 

Tuesday, November 24, 2009

How to Drift FWD Car

Perodua Alza Tv Ad

Thursday, November 19, 2009

Monday, November 9, 2009

Friday, November 6, 2009

Perodua MPV Pictures Collection

Cadangan periksa kereta 15 tahun dibatal

Cadangan periksa kereta 15 tahun dibatal
Nov 6, 09 6:57pm

Kerajaan menarik balik cadangan mewajibkan kereta yang berusia 15 tahun ke atas, melalui pemeriksaan mandatori tahunan untuk memperbaharui cukai jalan.

Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini.

Menurutnya, kerajaan telah menerima banyak aduan sejak cadangan tersebut diumumkan.

"Kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini," kata kenyataan itu.

Pada 28 Oktober lalu, MITI mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk dasar tempoh jangka hayat Kenderaan. - Bernama

Toyota Passo Sette Specification Video

Spot the specification difference with the new Perodua MPV. I am wondering if Perodua can put all the same specication in their MPV.

Thursday, November 5, 2009

Wednesday, November 4, 2009

Rakyat dan Puspakom

e-mel from automobil@yahoogroups.com


From: Nazri Ahtar
Subject: Fw: www.auto.pdniaga. com - FW: semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun keatas
To: automobil@yahoogrou ps.com
Date: Sunday, November 1, 2009, 6:02 PM

kronologi.
9.15am - aku tepon puspakom, sembang ngan operator.... first soklan aku..."PUSPAKOM ADA ISO KE ?". operator tak tau ape bende ISO tu. dia pass kat PR dept. aku lupa nama dia. bila aku tanya soklan yang sama, PRO tu pun blur sambil dok cakap deras2 tanya kat orang sekeliling dia....'eh kita ada ISO ape ek ?' . last2 dia cakap kat aku..."macam ni la encik...saya pass pada bahagian kualiti, boleh ?". aku ok je.

encik Anuar dari bahagian kualiti yang bercakap ngan aku. soklan yang sama jugak aku bantai, dan jawapan dia....puspakom ada ISO9001/2000. ok fine, ada ISO..tapi aku belum tahu lagi apa ISO9001 tu.

soklan kedua aku...."saya ni keje bahagian IT, mesin2 test gear kami tiap2 6 bulan atau setahun mesti kena pi calibrate, puspakom sapa yang calibrate ?", aku tanya dia.
"kami ada dua tempat yang buat calibration, SIRIM dan JPJ sendiri. 6 bulan sirim, 6 bulan lepas tu JPJ pula", dia jawab.

soklan ketiga aku... "ada tak kat dalam website PUSPAKOM ni, dalam 10 checkpoint tu, bagitau tahap kelulusan utk satu2 inspection ?", tanya aku.
"tak ada", dia jawab. so aku bagi cadangan suh dia letak. (nanti aku crita pasal pa aku suh dia letak)

"tapi kami belum dapat apa2 surat dari kerajaan untuk buat inspection bagi kereta melebihi 15 tahun", en anuar tu tambah. JENG JENG JENG !!!!!!!!!!

9.33am abis borak.

aku cari apa maksud ISO9001/2000. mengikut kefahaman aku dalam website www.iso.org , ISO9001 nih jatuh pada Quality management system. (kualiti pengurusan sistem). tapi tak plak letak dalam website.

Dalam kepala aku sekarang nih....

1. puspakom nih cuma dilantik, dia bukan badan kerajaan. sapa share holder PUSPAKOM, ntah. aku malas nak carik. giler gemuk tuan2 puspakom camnih.

2. puspakom sendiri belum dapat hitam putih dari kerajaan untuk buat inspection bagi kereta melebihi 15 tahun. pesal ada yg dah kena ?

3. sapa tahu tahap kelulusan bagi 10 checkpoint puspakom tu ? cth: lampu terang mana ? tinggi kereta macam mana ? brake berapa jauh drag @ berapa speed ? skidding test lari macam mana ? kalau ada sesapa dalam ni yang tahu, tolong sebarkan2 maklumat tu. jadi sama2 kita manfaatkan maklumat tu utk bagi kereta kita tip-top. jadi nak pi test pun tak takut... ops! bab takut..... nak tau pasal apa ? baca point 4.

4. bila staff puspakom buat test, kita dok mana ? kita tengok sama ka .... atau kita dok tepi dengan penuh debaran ? sapa nak verify test result kereta kita ? bergantung harap pada staff puspakom tu je ? mana ketelusan ? kalau betul nak buat test, bawak sekali owner perhati test/meter/gauge what so ever test gear yg depa guna before and after test. baru la telus, jujur dan ikhlas. dan masa tu owner pun kalau kereta kantoi, tak leh cakap banyak. kalau kilang keluar barang...DO, mesti dua dua pihak sign document. apa benda sekali pun mesti ada dua pihak yang berasingan utk setuju transaksi tersebut.... ... nih test puspakom, harap pada dia je ?

5. apa jadik kalau salah satu test failed ? kalau ikut buku, bawak test result yg fail ke mana2 puspakom centre dan retest inspection yang FAIL SAHAJA. tak perlu retest semua. (refer kat website puspakom ye abg2, kakak2.)

6. kalau puspakom dibenarkan memeriksa kereta kita, kita mesti dibenarkan utk periksa test gear puspakom. sticker / cop logo SIRIM / JPJ mesti terpampang dengan JELAS pada semua TEST GEAR puspakom. aku sangsi PUSPAKOM ni badan kerajaan walaupun dia 'member of DRB-HICOM'. satu syarikat dengan nama puspakom sdn bhd.

7. cadangan aku, adalah lebih baik guna merit point. kereta yang tak pernah eksiden tak payah la nak check. kereta yang eksiden yang claim insurans sampai 40% (contoh la... mungkin 25% ke... 50% ke.....) value of the car ke.... patut le re-check kat puspakom utk tahu tahap kekemasan kereta tu semula. pada keadaan normal, semua kereta ada rosaknya, tapi kalau kereta tu tak pernah eksiden, rosaknya biasa2 je. brake haus, lampu terbakar dan lain2 minor point la. kalau kereta eksiden nih, sampai dah chasis bengkok ke, kemek sana sini ke.... bengkel yang tarik body tu bukan dapat buat perfect balik macam keluar kilang, mesti ada side effect, jadi patut la pun kalau nak pi buat inspection. tapi tak yah la sampai tiap2 tahun. cukup pada tahun yang dia eksiden sudah la.

kereta perfect macam mana pun, kalau dah nak eksiden, tetap eksiden juga. tak orang lain langgar, kita sendiri sebagai pemandu bawak kereta seolah2 macam racing kat litar sepang. tu belum kira lagi tukar lane tak bagi lampu signal, nak masuk simpang tak bagi lampu isyarat, haih !! macam2 lagik la. pokok pangkalnya pada pemandu, kereta tu ikut arahan pemandu je.

sok2 kalau ada lagik akal aku berfikir.... aku kongsikan lagik.

rgds,
Nazri Ahtar

Notice...

From PMC...

Kelab Volkswagen Selangor menganjurkan....

Petikan dari http://vwclubselangor.webs.com/apps/forums/topics/show/1566007-boikot-dasar-automotif-nasional?page=last

Tarikh : Khamis, 5hb November 2009

Masa : 6.00 Petang

Lokasi : Tempat Letak Kereta, Hadapan Restoran Qaseh Bistro, Seksyen 13, Shah Alam (belakang TESCO XTRA)

SEMUA PEMILIK KERETA-KERETA BERUSIA LEBIH 15 TAHUN SELURUH SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN MALAYSIA DIJEMPUT HADIR.

COME AND SUPPORT... MEDIA COMING TOO... LETS MAKE IT HAPPEN...

Tuesday, November 3, 2009

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad