Google
 

Wednesday, March 31, 2010

Proton lancar Satria Neo R3 Lotus Racing



Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan Proton Satria Neo R3 edisi Lotus Racing sempena penglibatan syarikat dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, model itu dikeluarkan khusus bagi mengingati pasukan F1 Lotus dan ditawarkan dalam edisi terhad.

Menurutnya, Proton mengeluarkan 25 unit kereta itu untuk permulaan sempena ulang tahun ke-25.

“Setakat ini, kami menerima 11 tempahan awal dengan tempahan berdasarkan prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’.

“Kami akan menambah unit model kereta ini jika ada permintaan tetapi Proton tidak berhasrat mengeluarkannya dalam skala besar,” katanya pada majlis pelancaran kereta itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga pemandu pasukan 1Malaysia Lotus F1 iaitu Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing menjanjikan prestasi tidak mengatasi kelasnya menerusi peningkatan kuasa enjin, sistem brek, casis tetapan Lotus dan suspensi tetapan R3.

Satria Neo R3 edisi Lotus Racing adalah model premium dan eksklusif yang boleh didapati pada harga RM115,000 (atas jalan) dalam dua warna pilihan iaitu hijau dan putih.

R3 adalah singkatan bagi Lumba, Rali dan Penyelidikan.

Kemalangan di Petrol Station

Sunday, March 14, 2010

Satria GTi Turbo hilang di CS Johor Bahru

Jenis Kenderaan: Satria Gti turbo
Plat: JGV 4090
Lokasi Hilang: City Square, Johor Bahru

Rakaman CCTV. Muka si pencuri memang jelas.



http://www.facebook.com/?ref=home#!/...2814310&ref=nf

Superbike Speeding 300km/h

Ibu hamil terperosok bawah kren

KULIM: Seorang ibu yang sarat mengandung nyaris maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah lori kren yang dipercayai hilang kawalan dalam kemalangan di Jalan Kulim Hi-Tech Park berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lori kren yang datang dari arah Kulim Perdana, di sini, turut merempuh lima lagi kereta yang berada di laluan berkenaan.


Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu bernasib baik kerana hanya cedera di bahagian kaki walaupun kereta Proton Wira yang dipandunya remuk teruk selepas dirempuh dan diseret sejauh kira-kira lima meter oleh lori kren berkenaan sehingga terperosok ke dalam longkang berhampiran.


Jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu lori kren berkenaan tiba-tiba hilang kawalan ketika hendak membelok ke Jalan Kelang Lama di persimpangan lampu isyarat di situ dan memasuki laluan bertentangan serta merempuh kereta wanita terbabit.


Kejadian itu turut menyebabkan lima lagi kenderaan di belakang kereta Proton Wira berlanggar sesama sendiri akibat perlanggaran itu.


“Wanita terbabit bernasib baik kerana kesan pelanggaran itu tidak mengenai bahagian perutnya yang sarat mengandung. Hanya kakinya yang tersepit di bahagian pemandu,” katanya.

Jurucakap polis berkata, bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa kerana mereka perlu berhati-hati dengan keadaan mangsa. Wanita terbabit dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut dan beberapa mangsa dari kereta lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital yang sama.


NAHAS...anggota bomba mengeluarkan wanita hamil yang tersepit dalam kereta.


NGERI...kereta mangsa yang dihempap kren.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...ahkren/Article

Saturday, March 6, 2010

Cara2 Menjimatkan Minyak

Pejam celik pejam celik hari ini kita dah tahun 2010.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang bersekolah waktu cuti persekolahan ini adalah masa terbaik untuk membawa anak-anak bercuti di kampung halaman.
Dalam sebulan dari sekarang, sesi persekolahan baru akan dibuka dan sudah tentu banyak perbelanjaan dan keperluan sekolah anak-anak perlu disediakan.
Sudah tentu perancangan kewangan perlu disediakan lebih awal dan sebolehnya kita mula melakukan perbelanjaan berhemat mulai sekarang.
Salah satu bentuk penjimatan yang dapat kita lakukan mulai sekarang adalah melalui penggunaan minyak kenderaan kita.
Jadi hari ini saya nak kongsikan beberapa tip penjimatan petrol dan diesel yang saya perolehi dari rakan -rakan saya yang bertugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi. Berikut tips yang boleh kita ikuti:-
• Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan yang tinggi.
• Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.
• Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
• Kurangkan perjalanan jarak dekat.
• Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.Pastikan tekanan tayar anda berada pada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
• Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
• Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.
• Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan.
• Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.
• Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.
• Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol ( tukar 40 000 km sekali).
• Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
• Matikan enjin ketika sedang menunggu.
• Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
• Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
• Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
• Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
• Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
• Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.
Selamat mengamalkannya.

Friday, March 5, 2010

Senarai Kereta Pemain Bola Sepak Antarabangsa

SUKAN bola sepak terutama aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan antarabangsa memang menjadi perhatian peminat apatah lagi melihat kelincahan mereka di padang.


BERGAYA...Rooney memandu Lamborghini Gallardo miliknya ketika menjalani latihan harian bersama Manchester United.

Malah, kadang kala kelibat pemain bola sepak itu setanding dengan selebriti di Hollywood. Apa sahaja mengenai mereka akan menjadi tumpuan termasuk hobi mengumpul kenderaan mewah.


Mereka sanggup berbelanja besar untuk memiliki jentera mewah itu, bukan sebuah tetapi dalam jumlah yang banyak.


Antara selebriti yang 'gila kereta' pastinya bintang Manchester United dan England, Wayne Rooney yang boleh digelar sebagai Raja Kereta berkuasa tinggi.


Dengan bayaran gaji sekitar 100,000 Pound (RM540,000) seminggu, bintang berusia 22 tahun itu mampu memiliki barisan kenderaan mewah dan berprestasi tinggi seperti Lamborghini Gallardo, Bentley Continental GT, Range Rover, Aston Martin Vanquish dan BMW M6.


Malah, penyerang panas baran itu juga dikatakan berusaha memiliki Mercedes McLaren SLR Convertible berharga 350,000 Pound (RM1.89 juta) dengan kuasa pecutan sehingga 207 mph.

Pemain tengah Chelsea, Claude Makelele juga memiliki nafsu besar terhadap kenderaan sport dan berprestij.


Bekas pemain Real Madrid itu memiliki jentera Mercedes McLaren SLR, SL65 AMG dan Ferrari 360.


Pemain kelahiran Kinshasa, Republik Demokrasi Congo itu menghabiskan wang 600,000 Pound (RM3.24 juta) bagi melayakkannya menghuni tangga kedua selepas Rooney.


Pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard memiliki beberapa kenderaan mewah seperti Porsche 911 Turbo, Mercedes SLK, Aston Martin Vanquish, BMW X5, Bentley Continental dan Range Rover Sport HST.


Dia menghabiskan lebih 530,000 Pound (RM2.86 juta) memiliki semua kenderaan terbabit.


Rakan baik Rooney, Rio Ferdinand turut memiliki kereta bernilai ratusan ribu ringgit.


Bintang pertahanan Manchester United dan England itu berminat terhadap jentera buatan Amerika Syarikat seperti Cadillac Escalade 4x4 dan trak pikap Ford F150.


Selain model buatan Uncle Sam, Ferdinand turut memiliki Bentley Arnage, Bentley Continental dan BMW X5. Nilai kenderaan keseluruhan miliknya mencecah lebih 480,000 Pound (RM2.59 juta).


Pemain yang baru dipecat daripada tugas kapten kelab Chelsea dan England akibat skandal hubungan intimnya tersebar, John Terry memiliki kereta idaman ramai.


Dia menghabiskan 450,000 Pound (RM2.43 juta) memiliki jentera seperti Ferrari F430 Spider, Range Rover Sport, BMW X5, Porsche 911 Turbo dan Bentley Continental. Satu-satunya wakil dari kelab Arsenal, William Gallas memiliki Mercedes ML63 AMG 4x4, jentera pacuan empat roda yang mampu memecut dari kedudukan pegun sehingga ke 60 mp/h kurang daripada lima saat.

Kapten Arsenal itu bercadang memiliki Mercedes McLaren SLR seperti rakan baiknya, Makelele.


Bintang Chelsea, Frank Lampard turut mempunyai nafsu luar biasa terhadap kenderaan bertaraf Supersport.


Memiliki Ferrari 612 Scaglietti dan Aston Martin DB9 yang disimpan di dalam garaj kediaman mewahnya, pemain kebangsaan England itu turut berura-ura membeli kenderaan 4x4 Mercedes ML63 AMG.


Bekas penyerang Liverpool, Michael Owen, antara pemain yang pandai menyembunyikan barisan kereta mewahnya.


Dia bukan sahaja mempunyai jentera seperti Jaguar X-type, Range Rover V8 Vogue dan Chrysler Voyager tetapi turut memiliki Aston Martin DB7 Vanquish selain Jaguar XKR 460 Typhoon yang ditala khas pakar Jaguar Racing Green Cars.


Penyerang Portsmouth, Jermaine Defoe, lebih berminat pada Kenderaan Sport Utiliti (SUV), antaranya BMW X5, Range Rover Sport dan Mercedes ML63 AMG selain sebuah kereta sport, Aston Martin V8 Vantage.


Bintang penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sedang menanti kenderaan idamannya, Bugatti Veyron berharga 830,000 Pound (RM4.48 juta).


Jentera hypercar berkuasa 1,001 hp (kuasa kuda) itu adalah yang termahal dimilikinya selepas Audi R8, Ferrari 360 dan BMW X5.


Selepas memiliki Veyron, Ronaldo membelanjakan 1.08 juta Pound (RM5.83 juta) untuk kepuasan pemanduannya.


Semua 10 pemain bintang bola sepak terbabit masih gagal menandingi pemain emas England, David Beckham yang menghabiskan lebih dua juta Pound (RM10.8 juta) memiliki kenderaan mewah.


Beckham satu-satunya pemain bola sepak yang memiliki kenderaan supersport terbanyak seperti Ferrari 575, Ferrari F430, Lamborghini Gallardo, dua buah Bentley Arnages, Porsche 911 Turbo, Rolls-Royce Phantom dan Aston Martin V8.


Jika beriadah di kawasan lasak, beliau memandu model kalis peluru BMW X5, Range Rover, Ford F150, Lincoln Navigator, GMC Yukon Denali dan Cadillac Escallade.


Bagi memperingati angka tujuh jersi yang dipakai ketika beraksi bersama Manchester United, Beckham memiliki Aston Martin DB7 dengan nombor pendaftaran 'DB7'.


Beliau turut menyimpan model lain seperti BMW M3, beberapa siri Mercedes S Class, Bentley Continental, TVR, Audi Q7 dan Hummer.


Di sebalik deretan kereta mewahnya, Beckham hanya memandu Ford Escort ketika mula membabitkan diri dalam bola sepak profesional sekitar 1991.

Thursday, March 4, 2010

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad