Google
 

Thursday, October 13, 2011

Proton Nafi Rancangan Jual Pegangan Dalam Group Lotus

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menafikan khabar angin bahawa ia mungkin merancang menjual pegangannya dalam anak syarikat yang mengalami kerugian Group Lotus kepada Genii Capital dari Luxembourg, dengan menyatakan dakwaan itu tidak benar dan hanya spekulasi semata-mata.

"Hubungan Proton dengan Group Lotus baik seperti sedia kala.

"Menerusi sinergi positif ini, keutamaan kami sekarang adalah memastikan Pelan Pemulihan Perniagaan Lotus dilaksanakan mengikut jadual dan kedua-dua pihak komited kepada kejayaannya," kata Proton dalam satu kenyataan hari ini.

Proton berkata ia dan Lotus telah sampai ke tahap di mana pasaran tidak sabar menunggu "produk baharu" Lotus dan semua tenaga dan usaha kami perlu disalurkan ke arah mencapai matlamat penting ini."

Ia berkata pembabitan Lotus dalam sukan F1 sebagai penaja kepada pasukan GP Lotus-Renault adalah untuk mewujudkan pemasaran dinamik dan sinergi penjenamaan.

Tuesday, October 11, 2011

Kereta tertua di dunia dilelong AS$4.6 juta


WASHINGTON: Kereta yang dianggap tertua di dunia yang menggunakan kuasa stim dan masih boleh digunakan, dijual dengan harga AS$4.6 juta (RM14.2 juta) dalam satu lelongan.

Kereta buatan De Dion-Bouton et Trepardoux Dos-a-Dos Steam Runabout atau lebih dikenali sebagai “La Marquise,” yang dikeluarkan di Perancis pada 1884, dijual dua kali ganda daripada harga anggarannya dalam lelongan di Hershey, Pennsylvania, Jumaat lalu.
Syarikat lelongan, RM Auctions memaklumkan kereta yang mempunyai kelajuan maksimum 61 kilometer sejam dan sejak 127 tahun usianya kereta itu hanya mempunyai empat pemilik saja.
Pemilik terakhirnya ialah seorang pengumpul antik, dari Texas, John O’Quinn yang membeli kereta klasik yang pertama kali menyertai satu perlumbaan kereta pada 1887 dengan harga AS$3.5 juta pada 2007.

Kereta itu juga pernah menyertai perlumbaan antara London ke Brighton.

Bagaimanapun, pemilik terbaru kereta itu tidak didedahkan kali ini.

Media Amerika bagaimanapun mendakwa ada sebuah lagi kereta yang kini terletak dalam Muzium Kereta Nasional Britain, yang turut didakwa sebagak kereta tertua di dunia.
Kereta buatan British itu dikeluarkan pada 1875 oleh Robert Neville Grenville yang hanya mempunyai tiga roda. - AFP

source

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad