Google
 

Wednesday, August 31, 2011

Kereta berusia 107 tahun masih berfungsi


BRIAN CASELEY (kanan) memandu kereta berusia 107 tahun di Sherborne, Britain baru-baru ini.


SHERBORNE, Britain – Sebuah kereta dua tempat duduk yang dibina pada 1904 masih boleh bergerak dan didakwa tidak pernah mengalami kerosakan, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta model Wolseley 6 itu dibeli oleh Brian Caseley, 65, pada 2004 daripada seorang rakannya yang merupakan pengumpul kereta vintaj.

Namun, harga kereta itu tidak didedahkan kepada media.Kereta tersebut mempunyai kelajuan maksimum 46.67 kilometer sejam. Namun, jumlah jarak pergerakan kereta itu tidak diketahui kerana ia tidak dilengkapi dengan meter perbatuan.

Isteri Brian, Pat, 63, berkata, kereta itu tidak pernah mengalami kerosakan dan masih berada dalam keadaan elok seperti ia baharu dikeluarkan.“Kereta itu menggunakan 3.78 liter petrol untuk perjalanan di antara 48.28 kilometer hingga 64.37 kilometer dan ia lebih efisen daripada kebanyakan kereta pada hari ini,” katannya.

Pemilik pertama kereta itu ialah E. H. Greenly dari Titley Court, Herefordshire yang memilikinya pada 1905.
– Agensi

source

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya


Sumber gambar: Google images

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat khusunya kepada para pengunjung blog Kaki Kereta. Terima kasih saya ucapkan atas sokongan anda semua dan teruskan menyokong supaya blog ini kekal aktif dan dapat memberikan maklumat berguna kepada semua para pembaca.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.









Saturday, August 27, 2011

Untung Pracukai Suku Pertama Proton Susut Kepada RM12.10 Juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan pracukai Proton Holdings Bhd untuk suku pertama berakhir 30 Jun 2011 merosot kepada RM12.107 juta daripada RM104.649 juta dalam suku yang sama 2010.

Pendapatannya turun kepada RM2.233 bilion daripada RM2.290 bilion sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Proton berkata keuntungan yang merosot ini dikaitkan terutamanya kepada perbelanjaan tinggi yang ditanggung oleh Lotus Group International Ltd (LGIL)dalam pembinaan semua jenama dan kos penyusunan semulanya.

"LGIL sedia mencapai rancangan perniagaannya dan pencapaiannya setakat ini adalah seiring dengan eksesais transformasi perniagaan lima tahun syarikat," katanya.

Ia berkata perbelanjaan tinggi ke atas LGIL, bagaimanapun, sebahagiannya telah diimbangi oleh pendapatan yang tinggi hasil daripada peningkatan jumlah jualan domestik Proton iaitu kira-kira tiga peratus lebih tinggi dalam suku pertama berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusi kumpulan, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata Proton akan terus giat menerajui transformasi LGIL.

"Perkembangan terbaru ialah pemeteraian perjanjian hak pengedaran baharu di China yang juga antara pasaran kereta sport mewah yang paling pesat berkembang di dunia.

"Wakil penjual yang dilantik, Lotus China Symphony Ltd, akan melabur dalam hak wakil penjual seluruh negara untuk menawarkan rangkaian penuh kereta-kereta Lotus berprestasi tinggi ke pasaran China," kata beliau.

Baru-baru ini, LGIL turut melantik pengedar baharu di Australia dan New Zealand, kata beliau.

Mohd Nadzmi berkata, langkah itu didorong oleh perkembangan positif di pasaran-pasaran besar seperti India dan China.

"Faktor-faktor ini, bersama-sama usaha kami menembusi pelbagai pasaran baharu dan baru muncul, akan merancakkan lagi langkah globalisasi Proton," kata beliau.- BERNAMA

Friday, August 26, 2011

Kawasan Speed Trap

Berhati-hati di jalan raya. Patuhi peraturan dan had laju jalan raya. Semoga perjalanan anda pulang berhari raya berjalan lancar dan selamat.

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor

source

Thursday, August 25, 2011

Curi kereta di pusat servis

SEREMBAN: Seorang lelaki yang menggunakan taktik menyamar sebagai wakil pemilik sebelum melarikan sembilan kenderaan yang ditinggalkan di pusat servis sejak beberapa bulan lalu, ditahan di rumahnya di Sikamat di sini, semalam.

Suspek berusia awal 40-an dikesan melarikan BMW 321i dari sebuah pusat servis di bandar ini kira-kira jam 4.30 petang Isnin lalu, sebelum meninggalkan kereta terbabit di tempat letak kenderaan kawasan kedai tidak jauh dari rumahnya.

Polis yang mengesan lokasi kenderaan berkenaan sejam selepas ia dilarikan, kemudian memerhatikan kereta itu sebelum suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau muncul pada jam 6.15 pagi kelmarin untuk menukar nombor pendaftaran kereta itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata pasukannya segera mengepung kereta terbabit dan mengarahkan suspek menyerah diri, namun dia merempuh kenderaan polis sebelum terbabas selepas melanggar tiang elektrik.

“Anggota kita kemudian menahannya dan siasatan mendapati dia terbabit dalam sembilan kes sama, tetapi kita percaya dia sebenarnya bertanggungjawab dalam lebih banyak kejadian curi kenderaan.

“Berikutan itu, polis merampas BMW 321i terbabit dan menemui semula tiga kenderaan lain, iaitu PERODUA Myvi, Mitsubishi Triton dan Kia Spectra tidak jauh dari rumahnya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Beliau berkata, polis masih mengesan beberapa kenderaan lain dilarikan suspek yang aktif di Seremban, Selangor dan Kuala Lumpur itu, termasuk Honda City, Nissan Silphy, Honda Civic, Honda Accord dan Toyota Camry.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Osman berkata, siasatan mendapati suspek menjalankan kegiatan itu seorang diri, namun mempunyai pembeli di kalangan sindiket terancang yang akan menjual semula kenderaan berkenaan sebagai kereta terpakai.

source

Kereta seperti F1 bergerak di jalan raya


FURORE F1 ciptaan Russ Bost sah digunakan di atas jalan raya di Britain.

BENFLEET, Britain - Seorang peminat kereta lumba, Russ Bost (gambar kecil) yang berusia 54 tahun membelanjakan hanya £10,000 (RM49,146) untuk mencipta sebuah kereta seperti Formula Satu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pada kebiasaannya, kos untuk membina sebuah kereta F1 melibatkan berjuta-juta pound.
Kereta itu juga sah di sisi undang-undang untuk dipandu di atas jalan raya bersama dengan kenderaan lain.
Bost mencipta kereta itu yang mampu bergerak selaju 273.59 kilometer sejam.

Dia menggunakan sebuah enjin motosikal Kawasaki manakala banyak peralatan termasuk gear dan brek diambil daripada kereta Toyota MR2, yang dibelinya pada harga cuma £300 (RM1,474). Kereta itu diberi nama Furore F1 dan ia mampu memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh tiga saat.

Menurut Bost, semasa memandu kereta itu di bandar, ramai orang yang memerhatikannya.
"Saya kerap ditanya jika kereta itu benar-benar sebuah kereta lumba F1," katanya. Kereta lumba F1 yang dipandu oleh pelumba Lewis Hamilton dan Jenson Button memerlukan penggunaan minyak 3.78 liter untuk setiap 6.43 kilometer.

Namun, kereta ciptaan Bost itu mampu menggunakan minyak 3.78 liter untuk setiap perjalanan sejauh 48.28 kilometer. - Agensi

source

Wednesday, August 24, 2011

My PROTON Makeover Programme

 Technician Is First Recipient In My PROTON Makeover Programme

 
SUBANG JAYA, 22 August 2011 – PROTON Holdings Berhad revealed today, the first recipient of its “My PROTON Makeover” programme, targeted at rewarding PROTON car owners who have loyally supported the brand over the years. Fadly Hisham Roplay, 33, will have his 1992 Proton Saga completely reworked by the R3 unit of PROTON Motorsports Division.
 
“Fadly’s story about how his Proton Saga has impacted his life was quite an inspiration to us all,” said PROTON Group Managing Director, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir who launched the “My PROTON Makeover” contest at the announcement of PROTON’s “Committed to be Better” programme in July. The contest is part of PROTON’s programme to acknowledge and reward faithful customers of PROTON who have fervently supported the national car maker over the last 26 years. “My PROTON Makeover” requires entrants to submit their story involving themselves and their PROTON car. PROTON will then identify the best stories or most heart-warming and reward five other winners with a complete car makeover. Entries for the contest will close on 28 December 2011.

“When we kicked off this initiative, Fadly’s name came up as a model example. The story of him and his Proton Saga was lighthearted and entertaining. But more importantly, it was really heartwarming to hear about much he loves his car and the memories that his family and him share with the car. For this, we truly felt that he and his car deserved a big ‘Thank You’ and reward,” Dato’ Sri Haji Syed Zainal said.

Purchasing his Proton Saga in 1999 from its original owner in Kuala Lumpur, Fadly, a technician with an international electronics manufacturer, drove it back immediately to his home town, where upon arriving at the Sultan Azlan Syah bridge in Perak, shouted out “Welcome to Kuala Kangsar!” to the car, as described by his mother who was travelling with him.

“He has such an attachment to the car that only he can describe best,” said his mother, Puan Hamiah Abdullah. “He once brought us down to shop in KL, and had his car towed by the traffic police as it was parked illegally. After frantically rushing to the impound and paying the fine, he ran over and hugged the car! We couldn’t help but watch and laugh!” she added.

When asked, Fadly expressed great sentiments of the car. “One of my most memorable moments, or rather nightmare involving the car was when I drove my mother over to my girlfriend’s house for her to convey the proposal of marriage to my girlfriend’s parents. I was sitting in this car, outside the house, trembling!” he recalled. His car has played a major facet in his personal story, being the vehicle used on his first date with his then girlfriend, who has since become his wife and mother to his two children.

“This car and I have shared many stories together. We have been the brunt of jokes by my family and friends. My father-in-law has even offered to pay the down payment for a new car, but I politely declined,” said Fadly. “It is a bit of a relationship, where my car keeps me going and I also keep her going,” he laughed after revealing that thousands of ringgits have been well spent over the years to keep the car as road-worthy as possible and for the regular service maintenance.

Fadly’s 19 year-old Proton Saga will now be in the R3 workshop for four weeks, for a full rework, from top to bottom, front to back and inside out. Speaking on behalf of the R3 unit of PROTON Motorsports Division, Head of Engineering, Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel said that the department is very excited about the project. “It’s not often that we are given freerein to do up a car like this. Considering the background of the situation, we’re really looking forward to giving the car an outstanding makeover as a gift for Fadly.”

The fully reworked Proton Saga will be unveiled in September.
source

Tuesday, August 23, 2011

Lamborghini tersangkut di padang golf

SEBUAH kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di tepi cerun sebuah kawasan berpasir di padang golf di Monterey, California pada Jumaat lalu.

MONTEREY, California - Sebuah kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di kawasan berpasir di sebuah padang golf di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu semasa satu pameran kereta dari Itali sedang berlangsung.

Salah seorang pemandu Lamborghini itu memandu kereta tersebut ke padang golf.

Namun, dia tidak menyedari terdapat kawasan berpasir yang mempunyai cerun.

Ramai orang yang mengerumuni kereta itu selepas ia tersangkut.

Sebuah trak tunda kemudian tiba untuk membantu mengeluarkan kereta tersebut dari kawasan tersebut dengan menggunakan peralatan mengangkat kenderaan. - Agensi 


source

Monday, August 22, 2011

Pengguna PLUSMiles, Touch n Go nikmati rebat tol ketika Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menikmati rebat tol sehingga 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada hari tertentu semasa cuti Hari Raya Aidilfitri kelak.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata rebat tol itu akan diberikan kepada pengguna kad PLUSMiles dan 'Touch n Go' ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
"Pengguna yang membayar tol secara elektronik pada Khamis dan Jumaat ini akan menerima rebat tol sebanyak 20 peratus manakala pengguna yang membayar tol dengan sistem sama pada 30 dan 31 Ogos akan menerima rebat sebanyak 10 peratus.
"Pada 1 dan 2 September pula, orang ramai yang membayar menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles dan 'Touch n Go' pula akan menerima rebat sebanyak 20 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, rebat itu boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad PLUSMiles dan Touch N Go mereka bermula 15 Oktober hingga 31 Disember ini.

"Tuntutan rebat tol selepas tempoh tersebut tidak akan diterima," katanya.

Noorizah berkata, langkah itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan sistem pembayaran elektronik yang mudah dan pantas.
"Langkah itu juga diambil untuk membolehkan orang ramai merancang perjalanan dan menggalakkan mereka bergerak di luar waktu puncak kerana rebat diberikan sepanjang hari," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan rebat itu tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

Selain itu, PLUS menjangka jumlah trafik meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari pada musim cuti yang akan datang, katanya. - BERNAMA

source

Saturday, August 20, 2011

Leonardo DiCaprio dapat kereta baharu

LEONARDO DICAPRIO berdiri di tepi sebuah kereta hibrid miliknya yang baru dibelinya baru-baru ini di Los Angeles

LOS ANGELES - Aktor filem The Inception, Leonardo Dicaprio telah menerima penghantaran kereta berkuasa hibrid iaitu 2012 Fisker Karma yang bernilai AS$100,000 (RM298,749), lapor sebuah akhbar semalam.

Kenderaan mewah berteknologi hijau itu memggunakan enjin dua liter enjin hibrid.

Ia membolehkan pengguna memasuki kereta itu tanpa menggunakan kunci, kerusi selesa dan salah satu ciri-ciri yang menakjubkan ialah bumbung kaca berteknologi solar.

Kereta tersebut sebenarnya boleh menggunakan tenaga dari bumbung untuk membantu bateri lithium menjanakan dua motor elektrik. - Agensi

source

KEN BLOCK'S GYMKHANA FOUR; THE HOLLYWOOD MEGAMERCIAL

Friday, August 19, 2011

Diskaun Tol Aidilfitri Di 24 Lebuh Raya 30-31 Ogos


KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 24 Lebuh Raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima dan 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri tahun ini.

Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK).

Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor berkata Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.

"Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari," katanya.

-- BERNAMA

Ferrari FF In Malaysia








source

Thursday, August 18, 2011

Kereta Skoda lebih laju berbanding Porsche 911

RICHARD 'Dickie' Meaden memandu kereta Skoda Octavia pada kelajuan 325.32 kilometer sejam di Bonneville Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

BONNEVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu lagak ngeri, Richard 'Dickie' Meaden menjadi pemandu pertama yang memecah paras kelajuan 321.86 kilometer sejam dengan memandu kereta Skoda, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, kereta buatan Republik Czech itu kerap menjadi bahan ketawa kerana ia dianggap tidak setanding dengan jenama-jenama kereta utama di Eropah.

Namun, pihak Skoda mengambil masa selama enam bulan untuk melakukan pengubahsuaian pada kereta Skoda Octavia untuk cabaran tersebut.

Meaden memandu kereta itu dengan kelajuan 325.32 kilometer sejam dalam sesi pemanduan pada Minggu Kelajuan Bonneville di sini, negeri Utah pada Sabtu lepas.

Enjin kereta berkapasiti dua liter itu dilengkapi pengecas turbo gergasi untuk meningkatkan kuasa kenderaan itu daripada 200 kuasa kuda (bhp) kepada lebih 500bhp sekali gus lebih berkuasa daripada kereta sport Porsche 911. - Agensi


source

Lawak Bulan Puasa

Tuesday, August 16, 2011

Idea bijak peminat F1 berusia 14 tahun


TANGAN kiri palsu Matthew James memegang sebuah kamera.

WOKINGHAM - Seorang peminat perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Matthew James berusia 14 tahun memperoleh tangan kiri palsu selepas dia menghantar sepucuk surat kepada bos pasukan F1 Mercedes Petronas, Ross Brawn, lapor sebuah akhbar kelmarin.

James yang dilahirkan tanpa tangan kiri menghantar surat tersebut bagi meminta wang sebanyak £35,000 (RM169,832.29) untuk memperoleh tangan kiri palsu.

Sebagai balasan, dia akan meletakkan logo Mercedes seperti yang terdapat pada logo kereta F1 pada tangan kiri palsunya.

Pihak pengurusan pasukan Mercedes itu terharu dengan kebijaksanaan remaja berkenaan.

Justeru, pasukan pengurusan Mercedes F1 itu bersetuju untuk membantu remaja berkenaan.

Pasukan Mercedes itu bekerjasama dengan firma Touch Bionics di Livingston, Scotland untuk mencipta tangan palsu berteknologi tinggi.

Hasil kerjasama itu menyebabkan tangan palsu yang paling canggih dikenali sebagai i-LIMB Pulse berjaya dihasilkan.

Tangan palsu tersebut membolehkan James memegang sebatang pen dan melukis gambar serta menulis, mengikat tali kasut selain menangkap bola.

Ia diperbuat daripada plastik gred tinggi dengan mengandungi soket silikon.

Setiap jari digerakkan dengan menggunakan motor.

Selepas menerima surat pada Jun lalu, Mercedes mengundang James ke ibu pejabat pasukan berkenaan dan menemui legenda F1, Michael Schumacher.

Namun, pasukan itu menyatakan ia tidak mampu untuk membayar harga tangan tersebut tetapi bersetuju untuk membantu remaja berkenaan memperoleh wang dengan meminta para peminat dan penaja membiayai kos tangan palsunya. - Agensi

source

Hummer berteknologi elektrik diperkenalkan

KERETA Hummer yang dilengkapi dengan teknologi elektrik.

LONDON - Kenderaan terbaharu Hummer elektrik mempunyai saiz lebih kecil daripada bentuk kenderaannya yang asal, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia bermakna kenderaan itu dikecualikan daripada Caj Kesesakan London.

Kenderaan itu memiliki saiz tiga meter (m) panjang dan lebarnya pula 1.5m dan kebanyakan model hanya memuatkan dua penumpang.

Hummer asal yang bersaiz lebih besar dihentikan pengeluaran oleh syarikat GM Motor dari Amerika Syarikat (AS) pada awal 2010 selepas ia menimbulkan kontroversi kerana ia menjadi simbol penggunaan minyaknya yang terlalu banyak.

Kenderaan asal Hummer itu menggunakan minyak sebanyak 3.78 liter bagi setiap 16 kilometer.

Hummer mula dikeluarkan untuk kegunaan orang awam pada 1992 selepas ia menjadi popular semasa Perang Teluk yang diketuai tentera Amerika Syarikat bagi menyerang Iraq. - Agensi




source

Saturday, August 13, 2011

Tawaran periksa 18 bahagian percuma

SYED ZAINAL menampal pelekat pada cermin kereta sambil diperhatikan Alias (kanan) dan Muhammad Fuad (dua dari kanan) pada majlis Pelancaran Kempen Keselamatan PROTON 1Malaysia di Shah Alam, semalam.

Pengguna boleh dapat khidmat di semua pusat servis PROTON Edar seluruh negara

SHAH ALAM: PROTON Holdings Berhad (PROTON) menawarkan khidmat pemeriksaan 18 bahagian percuma kepada pengguna keluarannya di semua pusat servis PROTON Edar seluruh negara sehingga 16 September ini.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pemeriksaan percuma itu dilancarkan 15 Julai lalu bersama diskaun sehingga 30 peratus bagi pemegang kad keahlian setia PROTON untuk pembelian alat ganti kenderaan.

 “Ini inisiatif utama Kempen Keselamatan PROTON 1Malaysia bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan supaya memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik sebelum melakukan perjalanan jauh pada musim perayaan.

“Bermula 22 hingga 25 Ogos ini juga, kita akan buka khidmat percuma ini di tiga Hentian Rehat dan Rawat (R&R) PLUS di Ayer Keroh, Melaka; Dengkil, Selangor; Gunung Semanggol, Perak dan Hentian Temerloh Timur, Lebuhraya Pantai Timur (LPT),” katanya ketika melancarkan kempen itu di Kilang PROTON, di sini semalam.

Kempen mendapat kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), PLUS, MTD InfraPerdana Berhad, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis. Hadir sama Ketua Pengarah JKJR, Gerald Leslie Leon; Timbalan Ketua Trafik Bukit Aman, Asisten Komisioner Muhammad Fuad Abdul Latiff dan Pengarah AADK Selangor, Alias Jaafar.

Syed Zainal berkata, kempen itu juga menyediakan pelbagai aktiviti merangkumi aspek keselamatan, kesihatan di tempat kerja dan kempen anti dadah bagi warga kerja PROTON.
source

Thursday, August 11, 2011

Kereta curi Malaysia di Israel

Azis Yacub (dua dari kanan) bersama para pegawai kastam dan polis meninjau kereta curi yang berjaya dirampas baru-baru ini selepas sidang media mengenai kejayaan itu di Wisma Kastam Pulau Indah, Klang, semalam

PELABUHAN KLANG 10 Ogos - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan kerjasama polis berjaya mengesan dan membawa pulang 25 buah kereta curi jenis Honda City bernilai RM2 juta yang berada di Pelabuhan Haifa, Israel, baru-baru ini.
Kesemua kereta itu yang dimuatkan di dalam lima buah kontena ditemui pada 4 Julai lalu dan dibawa pulang ke Pelabuhan Barat di sini pada pukul 11.30 malam, 27 Julai lalu.
Penemuan semua kereta itu adalah susulan kejayaan polis menumpaskan sindiket curi kereta, Black Water di Klang pada 30 Jun lalu yang menyaksikan 98 buah kereta mewah yang bakal diseludup ke Kepulauan Cyprus dirampas dan empat anggota sindiket terbabit diberkas.
Pengarah KDRM Selangor, Datuk Azis Yacub berkata, lima kontena yang memuatkan kereta curi tersebut sebelum ini diikrar mengandungi peralatan perabot kayu dan dibawa keluar dari pelabuhan negara pada 25 Jun lalu.
Beliau berkata, bertindak atas pemantauan, pihaknya telah mengesan kapal yang mengangkut kontena-kontena itu yang berlabuh sementara di Pelabuhan Haifa sebelum dibawa ke Kepulauan Cyprus.
"Selepas pemeriksaan rapi bersama polis dibuat terhadap kesemua kontena tersebut pada 4 Ogos lalu, kita mendapati kesemua kereta tersebut telah dilapor dicuri di negara ini.
"Kita juga dapati syarikat itu sebenarnya hendak mengeksport 10 kontena tetapi hanya sempat melepaskan lima kontena sahaja.
"Kita menahan semula suspek yang sebelum ini telah diberkas polis semasa sindiket Black Water ditumpaskan bagi membantu siasatan dan sedang memburu dua lagi suspek," kata beliau pada sidang akhbar bersama polis di Wisma Kastam Pulau Indah di sini hari ini.
Menurut beliau, kes penemuan kontena-kontena terbabit disiasat di bawah Seksyen 133 (1) (a) Akta kastam 1967 (semakan 1980) iaitu membuat ikrar tidak benar ke atas dagangan.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, dengan penemuan kesemua kereta Honda City itu, pihaknya percaya telah menyelesaikan 25 kes curi kereta masing-masing 20 di Selangor, Kuala Lumpur (3), Negeri Sembilan (1) dan Melaka (1) yang kesemuanya dilaporkan hilang sejak Jun lalu.

source

Top Gear: James May's Bugatti Veyron Top Speed Test

Tuesday, August 9, 2011

Harga minyak jatuh kepada RM253.38 setong



SINGAPURA - Harga minyak mentah jatuh dengan berada di bawah paras AS$84 setong (RM253.38) di Asia semalam selepas agensi kewangan Standard & Poor menurunkan penarafan hutang Amerika Syarikat (AS) daripada tahap cemerlang AAA kepada AA+.
Penurunan penarafan hutang itu menjejaskan pertumbuhan ekonomi global termasuk permintaan untuk minyak mentah.
Perkembangan tersebut menyebabkan harga minyak global merudum. Para pelabur kini bimbang keputusan Standard & Poor menurunkan nilai kredit AS itu akan turut melemahkan keyakinan pengguna.
Harga minyak mentah terus menurun daripada AS$100 (RM301) setong pada bulan lalu dan hampir AS$115 (RM346) pada Mei lepas.
"Sentimen lemah pelabur menyebabkan harga minyak menjunam diikuti kebimbangan hutang negara yang meningkat di AS dan Eropah," kata firma Barclays Capital dalam laporannya. - AP

source

Monday, August 8, 2011

Beli kereta "cash" dengan syiling



SEBUAH cerita menarik di Negara China, biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China.

Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos yang lalu.


Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.

"Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756)," katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg.

Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.

Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.

Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.

Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.

Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut [Free Malays].

source

Sunday, August 7, 2011

Nombor Pendaftaran KDA Catat Tawaran Tender RM762,601

Nombor pendaftaran kenderaan 'KDA' mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut.

"Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.

KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.

Beliau berkata dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.

Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. BERNAMA

PROTON - Lebih daripada sekadar kereta

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad