Google
 

Saturday, November 22, 2014

Parallel Parking Tips


source

Wednesday, September 3, 2014

Thursday, August 14, 2014

PERODUA Axia dibuka untuk tempahan mulai esok

Perodua Axia


KUALA LUMPUR: PERODUA membuka tempahan mulai esok bagi model terbaharunya, PERODUA Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dijual pada harga bermula RM24,900.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata model terbaharu dengan penjimatan bahan api dipandu sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter turut ditawarkan dengan fungsi unik dan harga yang berpatutan. 

"Kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke 180 bilik pameran jualan kami di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran terbaharu dan paling menarik dari kami. 

"Tempahan bagi model PERODUA Axia adalah RM250 dan RM300 bergantung kepada varian," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dijadualkan untuk pelancaran tidak lama lagi, PERODUA Axia adalah model generasi akan datang yang dihasilkan menerusi pemodenan PERODUA dan dari kilang pengeluaran mesra alam terbaharu syarikat berkenaan.

PERODUA Axia ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance.

Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun, konsep pertama yang ditawarkan PERODUA. 
Penggunaan nama "Axia" (disebut a-zee-a) dipilih hasil gabungan perkataan Asia, sementara abjad "X" menunjukkan nombor 10 dalam angka Roman yang mewakili model ke-10 yang dikeluarkan PERODUA.

Dihasilkan menerusi kilang mesra alam baharu milik PERODUA, kemudahan itu antara lain berfungsi menghasilkan formula semburan cat berasas air yang kurang kasar berbanding cat berasaskan pelarut yang digunakan ketika ini.

Penggunaan sistem automasi pada paras tinggi itu juga meningkatkan kualiti dan pada masa sama mengurangkan kos operasi.

"Kami percaya bahawa PERODUA Axia adalah model berdaya saing di rantau ini, itulah sebabnya perkataan "Asia" digunakan selain ia menjadi satu standard baharu kepada kami.

"Standard ini boleh dikategorikan kepada empat garis utama iaitu mesra alam, ruang luas untuk kereta kompak, pemanduan mudah dan ekonomik dari segi kos pemilikan," kata Aminar Rashid.

Dengan slogan "Your Smart Move", model itu mewakili usaha PERODUA menjadi lebih berdaya saing di peringkat global dari segi gaya, fungsi dan harga.


PERODUA Axia boleh memuatkan empat beg dengan keupayaan ruang isi barang 260 liter.

source

Wednesday, June 4, 2014

Isu Cermin Gelap: Kadar telus cahaya cermin sisi, belakang kenderaan dikurangkan kepada 25 peratus


KUALA LUMPUR: Kadar telus cahaya untuk cermin sisi penumpang dan belakang kenderaan diturunkan daripada 50 peratus kepada 25 peratus, berkuat kuasa bulan ini.

Bagi cermin depan dan sisi pemandu ia bagaimanapun masing-masing kekal 70 peratus dan 50 peratus.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, memberitahu BH, keputusan pindaan akan dibawa kepada peringkat menteri untuk kelulusan serta-merta. 

source

Wednesday, May 21, 2014

Tun M sahkan pelantikan sebagai Pengerusi Proton

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan yang beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd‎.

Pengumuman rasmi mengenainya dijangka diumumkan esok.

"Rancangan saya ialah untuk bekerja dengan Proton dan menjadikannya berjaya," katanya kepada pemberita di majlis Makan Malam Anugerah Pencapaian Kepemimpinan Tahunan Asian Banker 2014, di sini hari ini.

Laporan berita hari ini menyatakan Dr Mahathir akan dilantik sebagai Pengerusi Proton, yang dilihat sebagai langkah paling berani DRB-Hicom Bhd setakat ini dalam usaha menangani kemerosotan Proton sejak ia mengambil alih syarikat itu pada 2012.

Sejak menjadikan Proton milik swasta, DRB-Hicom telah berusaha menangani kemerosotannya dengan memberi tumpuan kepada pelbagai langkah transformasi pengurusan yang radikal.

Pelantikan Dr Mahathir dilihat sebagai langkah bijak memandangkan pengetahuan luas dan pengaruh bekas perdana menteri itu kepada industri berkenaan dan kerajaan.

Dr Mahathir yang juga penasihat pengeluar kereta perintis negara sejak bersara sebagai perdana menteri pada 2003, bagaimanapun tidak mengulas sama ada Pengerusi Eksekutif sekarang, Tan Sri Mohd Khamil Jamil akan berundur daripada jawatan berkenaan.

Laporan berita itu turut menyatakan Dr Mahathir juga akan dilantik sebagai Pengerusi Lotus Plc, anak syarikat milik penuh Proton dan difahamkan telah menerima kedua-dua pelantikan terbabit.

Pada zaman kegemilangannya, Proton yang mengeluarkan lebih 3.5 juta kenderaan di kilangnya di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak, menguasai sehingga 85 peratus pasaran kereta domestik.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor, termasuk liberalisasi pasaran domestik sehingga menyebabkan kebanjiran kereta import murah, saingan daripada Perodua dan kajian semula Dasar Automotif Nasional, telah menyumbang kepada kemerosotan Proton.

Penguasaan pasaran domestik Proton kini hanya kira-kira 22 peratus manakala eksport secara bandingannya sangat sedikit.

Sementara itu mengenai anugerah berkenaan, Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Bhd telah memenangi Anugerah Jurubank Muda Harapan Asian Banker di samping tujuh pemenang lain daripada negara serantau.

Anugerah Pencapaian Kepemimpinan Asian Banker diiktiraf industri perkhidmatan kewangan sebagai anugerah tertinggi kepada profesional dan bank dalam industri berkenaan di Asia Pasifik dan Timur Tengah. - Bernama

Tuesday, February 18, 2014

Wednesday, January 15, 2014

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad