Google
 

Saturday, March 6, 2010

Cara2 Menjimatkan Minyak

Pejam celik pejam celik hari ini kita dah tahun 2010.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang bersekolah waktu cuti persekolahan ini adalah masa terbaik untuk membawa anak-anak bercuti di kampung halaman.
Dalam sebulan dari sekarang, sesi persekolahan baru akan dibuka dan sudah tentu banyak perbelanjaan dan keperluan sekolah anak-anak perlu disediakan.
Sudah tentu perancangan kewangan perlu disediakan lebih awal dan sebolehnya kita mula melakukan perbelanjaan berhemat mulai sekarang.
Salah satu bentuk penjimatan yang dapat kita lakukan mulai sekarang adalah melalui penggunaan minyak kenderaan kita.
Jadi hari ini saya nak kongsikan beberapa tip penjimatan petrol dan diesel yang saya perolehi dari rakan -rakan saya yang bertugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi. Berikut tips yang boleh kita ikuti:-
• Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan yang tinggi.
• Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.
• Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
• Kurangkan perjalanan jarak dekat.
• Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.Pastikan tekanan tayar anda berada pada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
• Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
• Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.
• Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan.
• Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.
• Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.
• Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol ( tukar 40 000 km sekali).
• Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
• Matikan enjin ketika sedang menunggu.
• Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
• Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
• Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
• Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
• Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
• Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.
Selamat mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad