Google
 

Thursday, June 30, 2011

Motosikal terbang pertama di dunia

CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini

SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

source

Perompak curi, bakar Ferrari California

GAMBAR model kereta mewah Ferrari California yang sama seperti dimiliki oleh jutawan Australia, Nathan Tingkler. – AGENSI


SYDNEY 27 Jun – Polis hari ini menemui semula kereta Ferrari California berharga A$500,000 (RM1.6 juta) milik seorang daripada lelaki terkaya di Australia yang telah dicuri dari rumahnya Sabtu lalu.

Kereta milik jutawan perlombongan, Nathan Tinkler ditemui dalam keadaan hangus terbakar di Raymond Terrace, bersebelahan dengan Lebuh Raya Pasifik, utara Newcastle.

Polis kini sedang melakukan ujian forensik ke atas kereta itu dan belum ada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

Tinkler sedang tidur di dalam rumahnya yang berdepan dengan pantai berdekatan dengan Newcastle, utara Sydney ketika pencuri-pencuri itu memasuki rumahnya tengah malam Sabtu lalu.

Menurut polis, selain Ferrari California berwarna hitam keluaran 2010 yang dilaporkan hanya ada 141 unit sahaja di Australia, pencuri-pencuri tersebut turut melarikan jam tangan, komputer riba dan kamera digital milik keluarganya.

“Mereka empat sekeluarga sedang tidur di tingkat satu rumah itu ketika pencuri-pencuri itu memecah masuk tetapi mereka semua selamat,” lapor polis.

Tinkler merupakan pemilik dan pengarah Tinkler Group, sebuah syarikat yang mula dikenali selepas membuat pinjaman sebanyak AUS$500,000 (RM1.6 juta) untuk membeli lombong arang batu pada tahun 2006.

Dia kemudiannya menjual lombong arang batu itu kepada Macarthur Coal dengan harga AUS$275 juta (RM878 juta).

Tinkler, 35, yang juga merupakan lelaki terkaya di Australia bawah usia 40 tahun dan bernilai A$1.01 bilion (RM3.23 bilion) itu turut memiliki kelab liga ragbi Newcastle Knights dan kelab bola sepak Newcastle Jets. – AFP

source

Wednesday, June 29, 2011

Tips Apabila Kemalangan Berlaku

Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :

1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.
2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor).
3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.
4. Jika kereta boleh di pandu... Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.
5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa ke balai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.
6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya)
7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.
8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.
9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan
kemalangan.
10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.
11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki.
12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga.

Tips :
- Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.
- Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.
- Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut ganti rugi insuran.
- Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang berharga di ambil atau dipindahkan
daripada kereta anda.
- Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi, bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan - rakan yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.

Amaran !
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan
tempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas.

source

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad