Google
 

Wednesday, November 24, 2010

Nombor Pendaftaran Siri 'MCA' Boleh Ditempah Mulai Rabu

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran nombor pendaftaran kenderaan siri "MCA 1" hingga "MCA 999" bermula 8 pagi esok (Rabu) dan berakhir 12 tengah hari 14 Dis ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata orang awam yang berminat bolehlah memasukkan tawaran itu ke dalam peti tawaran di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, Kompleks JPJ Bukit Katil, Melaka.

Borang Tempahan Nombor Pendaftaran (M.V 10) boleh didapati di mana-mana pejabat JPJ Negeri/Cawangan atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPJ (www.jpj.gov.my).

Panduan dan syarat-syarat mengenai tawaran tempahan nombor pendaftaran terkandung dalam borang itu, kata Solah.

Beliau berkata tawaran nombor pendaftaran siri "MCA" akan diumumkan selepas dua minggu dari tarikh tutup tawaran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad