Google
 

Tuesday, March 29, 2011

Harga kereta melonjak

GANGGUAN terhadap industri automotif Jepun yang dicetuskan bencana gempa bumi dan tsunami dijangkakan menjadi semakin buruk. Dalam beberapa minggu akan datang, pembeli kereta akan menghadapi kesulitan mencari model kenderaan dan warna yang diinginkan, sementara ribuan kakitangan kilang automotif mungkin akan diminta untuk tidak keluar rumah dan pengeluar kenderaan seperti Toyota, Honda dan lain-lain pula akan kehilangan pendapatan berbilion dolar.

Lebih dari dua minggu sejak bencana alam melanda negara itu, simpanan bekalan peralatan penting kenderaan, daripada cip komputer sehinggalah kepada pigmen cat, semakin berkurangan berikutan pengeluar bahan berkenaan terkial-kial memulakan operasi semula.

Berikutan komponen dan bekalan diangkut menggunakan kapal, penurunan sebenar bekalan masih belum dialami di kilang yang beroperasi di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

“Ini adalah kesan terburuk dalam sejarah industri pengeluar kenderaan,” kata Pengarah Urusan Advanced Research Jepun di Tokyo, Koji Endo.

Sebahagian besar industri automotif Jepun, iaitu pembekal kereta kedua terbesar di dunia, masih belum beroperasi.
Beberapa kemudahan pengeluarannya terjejas teruk akibat gempa bumi, namun dengan kekurangan bekalan air dan elektrik, tiada seorang pun yang mampu menyatakan bilakah ia akan kembali beroperasi seperti biasa.

Beberapa penganalisis automotif berkata situasi semasa berkemungkinan berlarutan sehingga musim panas.

Hitachi Automotive Systems, pengeluar komponen seperti pengesan aliran udara dan sistem kawalan pemanduan, masih menunggu pembekalnya memulakan operasi, selain ia turut berdepan dengan masalah sendiri.

Tidak lama lagi, pembeli kereta bakal berdepan dengan kenaikan harga kenderaan selain kekurangan pilihan, manakala beberapa warna kenderaan juga sukar didapati ekoran kemudahan pigmen cat di Jepun mengalami kerosakan.

Toyota dan Honda dijangka akan menutup kilangnya di Amerika Utara di mana Honda menyatakan pengeluaran kilangnya akan terganggu selepas 1 April walaupun sebahagian besar bahagian kenderaan dibina di luar Jepun, namun beberapa bahagian masih dikeluarkan di negara itu. – AP 


source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad