Google
 

Monday, February 6, 2012

Rempuh gerai lari dari polis

ROSAK...gerai yang dirempuh kereta suspek.

PUCHONG: Tindakan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta melarikan diri daripada pemeriksaan polis mengundang padah apabila kenderaan itu merempuh sebuah gerai makan menyebabkan dua wanita di dalam premis berkenaan cedera.
Bagaimanapun, dalam kejadian di Seksyen 5, Taman Kinrara di sini, jam 7 malam tadi itu, seorang daripada suspek terbabit ditahan.

Dalam kejadian itu polis yang melakukan rondaan cegah jenayah menahan sebuah Proton Perdana dinaiki dua lelaki berusia 30-an di Seksyen 5, Taman Kinrara, di sini.
Menurut sumber, dalam pemeriksaan berkenaan mereka memberikan kerjasama dengan menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa sebelum kad pengenalan itu dipulangkan.

“Ketika anggota polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap penumpang pula, pemandu kereta terbabit memecut kenderaannya ke Bandar Puchong.

“Kereta itu melakukan pusingan U di Bukit Jalil sebelum berpatah balik ke Taman Kinrara,” katanya ketika dihubungi di sini ,semalam.

Sumber itu berkata, ketika tiba di Jalan 5/8 di Taman Kinrara, kereta suspek yang dipandu laju gagal dikawal lalu merempuh sebuah gerai makan di tepi jalan.

“Seorang suspek berusia 30-an ditahan polis manakala rakannya melarikan diri. Akibat rempuhan itu, dua wanita yang masing-masing peniaga dan pelanggan mengalami kecederaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sementara itu, saksi, Norizan Baharom, 39, berkata dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki di bahagian belakang rumahnya sambil mengacukan pisau dan merayu jangan menjerit kerana dia diburu polis.

Bagaimanapun, dia yang terkejut menjerit meminta tolong sebelum lelaki itu melarikan diri.

Katanya, sebaik saja penjenayah itu melarikan diri, dia menghubungi suaminya.

“Saya sangat takut dengan kejadian yang berlaku petang tadi (semalam). Saya risaukan keselamatan anak-anak apabila melihat lelaki terbabit memegang pisau,” katanya.




source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad