Google
 

Wednesday, May 30, 2012

Syed Zainal letak jawatan pengarah urusan kumpulan Proton


KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuatkuasa 4 Julai ini. 


“Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu,” kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuatkuasa 6 Julai. Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil akan menyambung tugas menerajui syarikat itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad