Google
 

Monday, July 9, 2012

Kereta mini jadi dinding rumah




KOTA BHARU - Idea kreatif guru digunakan sebaik-baiknya apabila beliau sanggup menjadikan kereta Mini miliknya dipotong kepada dua dan bahagian depan dijadikan landskap dinding luar rumah.

Kereta Mini yang dinamakan ‘Che’ Wo’ itu terhasil apabila pemilik rumah iaitu pesara guru, Abdul Rahim Abdul Kadir, 62 menjadikan ia sebagai salah satu tarikan pengunjung ke Taman Restu, di sini.

Lebih menarik, cetusan idea itu turut disokong isterinya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Norlin Othman, 57 yang juga meminati kereta antik.

“Idea ini diperoleh semasa menjadi guru, saya mengajar Kemahiran Hidup dan sudah biasa menjalankan sendiri sesuatu kerja kerana saya berasa puas apabila hasilnya tercipta.

“Bahagian kereta mini ini dijadikan sebahagian daripada pagar tepi rumah setelah ideanya saya cipta dan disiapkan pada 31 Ogos 2007 iaitu selepas saya bersara menjadi guru,” kata Abdul Rahim kepada Sinar Harian di kediamannya di Nombor 13, Taman Restu, di sini.

Abdul Rahim berkata, nama ‘Che’ Wo’ itu diabadikan memandangkan beliau adalah penghuni perintis di kawasan perumahan Taman Restu dan boleh dikatakan seluruh penduduk serta kenalannya memanggilnya ‘Che’ Wo’.

Kata beliau, sebelum kereta Mini itu dipotong kepada dua bahagian, beliau bersama isteri menggunakan kenderaan itu, namun setelah ia rosak, idea menjadikan landskap unik itu kemudiannya menyusul.

“Kami memang meminati kereta antik dan sebelum ini mempunyai dua kereta Mini, sebuah kereta Morris Minor, Nisan Fair Lady, Mazda Savana RX7 dan Mazda Neo, selain terdapat dua motosikal klasik.

“Dulu kami ada banyak motosikal klasik, tetapi memandangkan ramai yang berminat, kami menjualnya dan kini hanya simpan dua buah sahaja,” katanya yang mempunyai lima anak

1 comment:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad