Google
 

Sunday, July 12, 2009

Cara Menghidupkan Kereta Ketika Bateri Lemah II

Cara ini memerlukan sepasang wayar. Wayar ini mesti kasar seperti wayar bateri serta berukuran antara 20 hingga 25 cm panjang dan dipasangkan klip dihujungnya. Seelok-eloknya satu berwarna merah dan satu lagi hitam. Anda juga perlu seorang rakan yang berkereta dan mempunyai bateri yang baik.
PERTAMA sekali, sambung wayar hitam daripada terminal negatif (-) dari bateri anda kepada terminal negatif bateri rakan anda (tanpa menanggalkan keluar kepala bateri atau mana-mana bahagian bateri daripada kereta).
KEDUA, sambung wayar merah daripada terminal positif (+) dari bateri anda kepada terminal positif bateri rakan anda.
KETIGA, hidupkan kereta anda seperti biasa.
Akhir sekali, setelah enjin hidup, tanggalkan wayar daripada terminal positif kemudian diikuti dengan terminal negatif.

Menggunakan Cara Tolakan:

Cara ini memerlukan rakan-rakan yang gagah untuk menolak kereta anda. Pertama sekali, pusingkan kunci kereta kepada 'ON'. Kemudian masukkan gear dua dan tekan klac. Beri isyarat kepada rakan-rakan untuk mula menolak kereta. Bila kereta yang ditolak sudah agak laju, perlahan-lahan lepaskan klac. Insya-Allah enjin itu akan hidup. Untuk perhatian anda, cara ini tidak boleh dilakukan pada kereta yang bergear automatik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad