Jika anda ingin menukar tayar kereta anda, pastikan anda mengambil berat terhadap beberapa perkara berikut:
- jika anda ingin menukar tayar, pastikan anda menggunakan tayar yg betul saiznya dan sesuai untuk kereta anda. Jangan sesekali menggunakan tayar yang lebih kecil dari saiz standard kerana tayar tersebut tidak mampu menanggung bebanan yg sepatutnya ditanggung oleh tayar tersebut.
- Untuk tekanan tayar yang sesuai, sila rujuk manual kenderaan anda untuk mengetahui tekanan yang sesuai untuk kereta anda mengikut bebanan yang anda bawa.
- Jangan gunakan tayar yang berbeza saiz, model dan jenama untuk kereta anda. Setiap jenama mempunyai kemampuan, tahap kelajuan maksima, ketahanan, tahap cengkaman, bebanan, serta kehausan yang berbeza.
- Jika anda ingin atau terpaksa menggunakan tayar yang berlainan jenis/jenama, pastikan anda menggunakan jenis/jenama tayar yang sama untuk bahagian yang sama. Sebagai contoh, untuk tayar hadapan, anda gunakan Jenama A untuk kiri dan kanan dan Jenama B untuk tayar belakang kiri dan kanan.
No comments:
Post a Comment