'Hydroplaning' atau gelungsuran hidro terjadi apabila terdapat lapisan air diantara tayar dan permukaan jalan raya. Gelungsuran hidro juga dikenali sebagai 'aquaplaning'. Bila keadaan ini terjadi, tayar anda tidak melekat diatas jalanraya sebaliknya tayar anda terapung diatas satu lapisan air.
Bagaimana situasi ini boleh berlaku? Keadaan ini berlaku disebabkan oleh bunga tayar kereta anda yang gagal mengalirkan air keluar ke tepi bahagian tayar. Kegagalan ini disebabkan oleh bunga tayar yang sudah haus atau kenderaan dipandu dengan laju semasa hujan.
Ini adalah salah satu punca kenderaan terbabas atau kemalangan semasa hujan kerana tayar hilang cengkaman dan kenderaan amat sukar dikawal. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memastikan bunga dan tayar kenderaan anda masih dalam keadaan baik dan tidak memandu laju dalam keadaan hujan walaupun anda menggunakan tayar baru.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletepenting sangat niena.. rajin2 lah check bunga tayar kereta...tukar je kalau dah nak botak...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi. Ada maklumat untuk beli hawa dingin murah di seikitar KL?
ReplyDelete