Google
 

Saturday, October 16, 2010

Proton Inspira dibuka untuk tempahan

Para peminat Proton boleh mula membuat tempahan Proton Inspira bermula 14 okt 2010 setelah Proton melancarkan pra-pelancaran Proton Inspira kelmarin. Harga Proton Inspira bermula dari RM79888 untuk versi manual 1.8 liter. Pada pendapat saya, harga tersebut adalah amat berpatutan berbanding dengan kereta lain yang sama kelas dengannya.

proton inspirapra pelancaran proton inspira

Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.

"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.

Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya.

"Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.

"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.

Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.

Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November.

Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.

Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

"Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal.

Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport Inspira, "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran."

Inspira tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad