Google
 

Tuesday, October 19, 2010

Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM



2010/10/12

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa tinggi bernilai RM5.5 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenderaan terdiri daripada dua kereta Proton Perdana, sembilan kereta keluaran Australia, Holden, selain lapan motosikal Harley Davidson itu dikurniakan baginda untuk kegunaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor sebagai kenderaan pengiring Sultan Ibrahim dan seluruh keluarga Diraja Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata kurniaan baginda secara tidak langsung membantu ke arah kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata di seluruh negara terutama penduduk Johor.

“Tuanku begitu prihatin dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya seluruh rakyat negeri Johor. Tuanku mempunyai keluhuran budi pekerti dan begitu dermawan.

“Kurniaan baginda akan dijaga dan dipelihara dengan baik kerana kenderaan yang disumbangkan baginda sangat tinggi nilainya,” katanya berucap pada Majlis Derma Kurnia Motosikal dan Motokar kepada PDRM di Bukit Aman di sini, semalam.


source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad