Google
 

Wednesday, January 19, 2011

Polis wilayah Midlands diberi pinjam kereta Lotus

SEORANG anggota polis, Angus Nairn berdiri dekat kereta polis Lotus Evora di sebuah lebuh raya di Midlands, Britain baru-baru ini.
 
LONDON - Polis di wilayah Midlands diberi pinjam sebuah kereta Lotus Evora yang berharga £50,000 (RM240,526) dan boleh memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter kelajuan dalam tempoh kurang lima saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu diberi pinjam selama dua minggu untuk pasukan polis yang meronda di lebuh raya di Midlands Barat.
Seorang anggota polis, Angus Nairn berkata: "Ia merupakan sebuah kereta yang laju dan kami berharap untuk membuktikan akan terdapat satu halangan yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkan mahu memandu dengan laju atau cuba memandu lebih laju daripada kami."

Menurutnya, kereta itu mempunyai prestasi yang mengagumkan. Kereta keluaran syarikat Lotus yang kini dimiliki oleh syarikat Proton dari Malaysia itu menggunakan enjin 3.5 liter V6. - Agensi

source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad