Google
 

Thursday, June 2, 2011

SL1M| Skim Latihan 1Malaysia Untuk Siswazah Menganggur Dilancar Rabu


KK: Ini  adalah berita baik kepada para graduan yang menganggur, Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) ini akan membantu para graduan menimba pengalaman kerja dan meningkatkan kemahiran. Kepada para graduan yang berminat boleh daftar di http://www.epu.gov.my/sl1m_about

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancar oleh beliau esok akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.

Perdana Menteri berkata berdasarkan program itu, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun, dan selepas itu, dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan, katanya pada jamuan tengah hari sempena Forum Tindakan Belia di sini Selasa.

"Kumpulan pertama 3,000 siswazah akan diambil secara beransur-ansur, dan ini bagi menentukan bahawa kita mempunyai bilangan siswazah menganggur yang paling minimum," kata Najib.

Skim Latihan 1Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Najib juga berkata Sidang Kemuncak Belia Negara dan Forum Tindakan Belia merupakan satu wadah berguna dan berkesan bagi golongan muda menyatakan pendapat dan pandangan serta bagi kerajaan dan sektor korporat mendengar cadangan mereka.

"Ia membolehkan remaja di Malaysia memberikan impak kepada masyarakat.

"Anda mahu satu platform menyuarakan pendapat kepada pembuat dasar tertinggi (Perdana Menteri)...tuan-tuan dan puan-puan, anda berjaya mendapatnya," kata beliau sambil diberi tepukan gemuruh oleh lebih 350 pemimpin belia yang hadir.

Najib berkata sidang kemuncak dan forum berkenaan adalah kaedah baru bagi mewujudkan peluang bagi menarik penyertaan lebih banyak belia.

Pada acara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, melancarkan Dana Makro myHarapan, yang menyediakan geran kepada belia ke arah membolehkan mereka dipertimbangkan menerima Dana Belia 1Malaysia bagi golongan muda menggunakan bakat dan tenaga mereka untuk kemajuan beliia selain menyelesaikan isu-isu sosial.

myHarapan adalah sebuah yayasan amanah yang menyokong belia dan projek-projek belia yang menyumbang kepada kemajuan sosio ekonomi negara.

Mengenai Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya hujung minggu lepas, Perdana Menteri berkata beliau telah melawat beberapa ruang pameran dan menyertai pelbagai aktiviti bersama belia.

"Malah, lutut saya terseliuh tetapi yang memberi saya semangat ialah melihat anak-anak muda kita begitu bertenaga dan dinamik," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad