Google
 

Wednesday, July 20, 2011

PDRM Berazam Kurangkan Kes Curi Kenderaan

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Polis berazam mengurangkan kejadian curi kenderaan selepas berjaya menangani jenayah ragut dan kecurian kecil menerusi kaedah pengawasan bersama orang awam.

Pengerusi Majlis Pengurangan Pencurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) Datuk Hadi Ho Abdullah, yang juga Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berkata sejumlah kenderaan dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion hilang akibat dicuri tahun lepas.

Ini berdasarkan indeks jenayah tahun lepas yang menunjukkan curi kenderaan menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks berkenaan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas bengkel tertutup dua hari anjuran VTREC dengan kerjasama Pemandu dan agensi berkaitan serta sektor swasta bagi membangun strategi memerangi jenayah curi kenderaan.

Hadi juga berkata jenayah itu mempunyai kesan yang ketara terhadap pengusaha insurans dan takaful kerana ia mungkin menyebabkan kadar premium meningkat, sekaligus membebankan pengguna.

"Dalam dunia jenayah tanpa sempadan kini, kumpulan dan sindiket penjenayah menggunakan transaksi elektronik serta kaedah sofistikated bagi mencuri kenderaan.

Hadi berkata VTREC akan mengemukakan semua saranan kepada Pemandu selain bekerjasama dengan pihak dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi memantau perkembangan pelaksanaannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad